Menyimpan duit boleh menjadi sesuatu aktiviti yang sukar buat seseorang yang suka berbelanja ataupun boros. Pasti ada sahaja barang yang hendak dibelinya. Hmm, susah juga ya kalau nak menabung macam ni.
Jangan bimbang sis. Ada cara yang mudah untuk anda menabung walaupun boros berbelanja. Ikuti sahaja perkongsian daripada Qila ini untuk ketahui caranya.
Ads
First , log in Maybank2u mcm biasa pehtu click Accounts & Banking
Ads
So nanti dia akan keluar mcm ni , tekan button go tu
Ads
Haaa kan senang kalau macam ni. Jadi, kita pun tidak akan risau jika terlebih guna wang di dalam bank kerana ia sudah disimpan siap-siap. Mudah sangat!
Pada hari perginya seorang bintang yang disayangi pasti orang tersayang merasa amat kehilangan. Begitu jua bapa kepada Almarhumah Siti Sarah iaitu Raissudin enggan di temubual kerana berita yang mengejutkan ini cukup membuatkannya hilang kata-kata.
Pada malam Selasa, tahlil secara maya khas untuk kesayangan ramai ini, pihak media berpeluang menemubual Raissuddin Hamzah juga penyanyi era 80-an. Bagaimanapun menurutnya, dia redha dengan permergian anak manjanya. Sedia maklum anaknya dimasukkan ke hospital dan menjalani kuaratin dirumah tak sangka kedatangan Shuib dengan berita yang tak diingini.
“Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata… abah orang nak pegi hospital.
“Dia melutut depan saya dan dia kata… Siti dah tak ada, abah.
“Saya rasa dunia ni macam sangat sepi,” katanya sambil menahan sebak.
Dalam pada itu, Raissuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja.
“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.
“Arwah juga seorang yang manja dengan saya, banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya. Bermula dari hasratnya ingin menjadi seorang penyanyi sehinggalah saya serahkan tanggungjawab saya kepada suaminya Shuib.
“Saat Shuib dating dan melutut di hadapan saya, sambil memberitahu Siti Sarah sudah tiada…saya tidak tahu nak kata apa-apa.”
Sepanjang 37 tahun bersama anak kesayangannya arwah Siti Sarah pasti banyak momen terindah yang tidak boleh dilupakan. Sayalah yang menguruskannya di awal kerjayannya pasti setiap kenangan tidak boleh dilupakan.
Kemanjaannya diakui penyanyi hebat Anuar Zain. “sebelum kahwin kami memang rapat, Sarah ni suka bergurau sampai saya hilang kata. Orangnya gemar berlawak memang disenangi ramai,” ujar Anuar dalam majlis tahlil secara maya berlangsung.
Dalam pada itu Raissuddin berkata “Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” momen terakhir bersama anaknya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19. Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Dalam majlis tahlil secara maya ini juga, Shuib berkongsi pada hari ini dia pertama kali dia dibenarkan untuk melihat Ayash Affan yang masih dalam pemantauan pihak hospital. Nada keterujaannya berkongsi dengan pihak media pastinya juga membuat ramai yang menanti berita perkembangan bayi Ayash Affan. Bagaimanapun Shuib juga tidak ada masalah untuk berkongsi gambar atau apa sahaja perkembangan mengenai bayinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beruntungnya insan yang bernama Siti Sarah Raissuddin apabila seluruh rakyat Malaysia mendoakannya pada hari pemergiannya hari ini. Hingga kini, ramai rakan artis serta kenalannya yang tidak jemu berkongsi kisah kebaikan allahyarhamah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.
Bagi Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad, beliau sayu mengenangkan apabila arwah sanggup mencari nombor telefon bagi menghubungi dirinya sewaktu beliau dan keluarga sedang dijangkiti wabak covid-19 pada bulan Julai yang lalu.
Bismillahirrahmannirahim 😭..
Speechless 😭 ….. Assalammualaikum.
Berita Yg Sgt Sgt Sedih Pagi ni Lembik satu badan saya.. Satu Malaysia Merasa kan Kesedihan Ini..
Artinya: “Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam surga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (HR. Muslim)
Ameen Allahuma Ameen 🙏🏻😭
Sayang @sitisarahraissuddin Syurga Menanti Mu Utk menambah kan lagi BIDADARI SYURGA Di Sana 😭 Dikau TerLalu Baik.. Hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui 🙏🏻
Husnul Khatimah Sayang Ku Sarah ❤️
WalauPun kita Tidak Pernah Kenal Dgn Lebih Dekat,Tapi… Pada 15/7/2021 you benar benar buat Diri ini terasa Lebih Dekat Dgn Diri you..
Sanggup Usaha dan Cari Number i Utk WhatsApp i ,BerDoa Utk i,suami dan anak anak 😭😭😭 sehingga kan I merasa sgt Sayang Kat you dan sgt Dekat dgn you.. Dan Sehinggakan Hari Jumaat Hari tu i boleh mimpi Terang Muka You Dgn Berpakaian Serba putih.. Dan i terus tak boleh Tido 😭 Rupa nya Bidadari Syurga you Sayang..
Berat Mata Memandang, Terasa Lemah Seluruh Badan Ini, Berat lagi Bahu Yg Selama Ini BerKongsi Segalanya Bersama sama @shuibsepahtu 😭😭 Allah Hu Akbar
Salam Takziah Buat @shuibsepahtu Anak anak 😭 Dan Papa uncle @raissuddin_hamzah Dan Seluruh Ahli Keluarga Yg keHilangan Insan Syurga TerCINTA ini 🙏🏻😭
Melalui perkongsiannya, Rebecca juga telah berkesempatan ke perkarangan luar kubur arwah bagi mengiringinya buat kali terakhir serta menghadiahkan bacaan yasin buat arwah. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Koleksi tudung ‘Kakak Kita’ yang dilancarkan oleh pelakon jelita, Nur Fazura baru-baru ini mendapat sambutan hangat apabila 20,000 helai tudungnya terjual dalam masa sehari.
Bukan hanya menampilkan rekaan yang cantik, koleksi ini juga mendapat sambutan ramai oleh para penggemar hijab yang teruja untuk mendapatkannya dek kerana harganya yang cuma RM27.
Menerusi sebuah sesi IG Live baru-baru ini, Fazura menjelaskan dia tidak mahu menjual tudung tersebut pada harga yang mahal kerana mahukan semua orang untuk mampu membelinya.
“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” ujarnya.
Tambah pelakon Pisau Cukur ini, sebagai usahawan sudah pasti dia mahu untuk mendapatkan keuntungan dalam jualan produk namun niatnya adalah mahu semua mampu untuk membelinya.
“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.
“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan angka 27 atau harga RM27 untuk jualan tudung tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” jelas isteri tercinta kepada Fattah Amin ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.