Pelakon popular yang juga isteri kepada Wan Emir Astrar, Mira Filzah menzahirkan rasa terkilan dan dukacita apabila keputusan PRU-15 gagal memihak kepada dua pemimpin muda hebat iaitu Nurul Izzah Anwar (PH) dan Khairy Jamaluddin (BN).

Mira mempunyai harapan yang tinggi terhadap dua figura hebat itu untuk meneruskan legasi di Parlimen, namun hampa. Perkara itu dimaklumkan Mira menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Netizen Turut Luah Rasa Sedih!

Mengulas isu sama, netizen turut terbawa emosi seperti Mira Filzah apabila ramai diantaranya bertindak menulis beberapa ciapan dan bebenang di laman
Twitter yang memaklumkan betapa sedih dan kecewanya mereka terhadap keputusan itu.

Selain itu ramai juga yang terkilan apabila dua figura hebat yang mendapat julukan ‘pemimpin peneraru negara masa hadapan’ itu kecundang pada Pilihanraya kali ini.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Suami Isteri Temui Ajal Selepas Mengundi PRU-15

Meninjau ke laman Twitter, ini antara komen yang ditinggalkan oleh wargamaya untuk meluahkan rasa kecewa mereka.

“Nurul Izzah, Khairy Jamaluddin mereka dah kalah dan kekalahan mereka membuatkan saya sedih! Mereka adalah pemimpin masa depan kita. Our next leader! Kata wargamaya.

IKLAN

“Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah adalah yang paling merisaukan saya pada PRU15. Kedua-dua mereka dah kalah dan hati saya rasa macam hancur,” Ujar seorang netizen.

Untuk rekod, Khairy Jamalaudin atau lebih mesra di sapa KJ, bertanding di kerusi Sungai Buloh dan tewas kepada calon PH, Datuk R.Rahman dengan keputusan 48,250 undi berbanding lawan yang berjaya meraih 50,943 undi.

IKLAN

Manakala, Nurul Izzah yang bertanding mewakili PH di kerusi legasi milik keluarganya di Permatang Pauh juga gagal mendapat tempat apabila tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.

Sumber: Instagram Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Pertahan ‘Legasi Keluarga’, Nurul Izzah Berduka Pada Hari Lahirnya

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI