Pasangan gandingan serasi drama, Meerqee dan Anna Jobling yang berjaya merangkul anugerah Pasangan Terbaik pada Tonton Anugera Drama Sangat (TADS) 2023 akui bahawa kemenangan ini bukan untuk mereka.
Malah, kemenangan ini adalah kemenangan yang ditujukan khusus buat para peminat yang juga merupakan keluarga besar mereka, kerana peminat yang bertungkus lumus mengundi untuk memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.
Mengulas lanjut berhubung kejayaan ini, Meerqee menegaskan bahawa kemenangan yang digapai mereka hari ini adalah kerana para peminat yang sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
“Anugerah ni bukan untuk kami tapi untuk mereka yang mengundi untuk kami.
Ads
“Saya tak banyak kongsikan aktiviti saya bersama peminat sebab pada saya, peminat adalah keluarga saya dan kami ada privasi masing-masing.
“Saya dengan Anna banyak dapat hadiah, mereka selalu hantar foodtruck bawa makanan semua dan hampir setiap hari mesti ada hadiah dekat set penggambaran. Macam birthday hari-hari,” ujar Meerqeen.
Selain itu, ketika ditanya adakah Anna mempunyai masalah sekiranya peminat dambakan mereka bergandingan lagi dalam drama seterusnya, ini respon bekas Dewi Remaja, 2018/2019 itu.
“Kami tidak akan bosan selagi penonton dan peminat tak bosan tengok muka kami,” ujar Anna sambil ketawa.
Sekadar info, kemenangan pasangan serasi itu, bukan sahaja menaikkan nama masing-masing dalam dunia seni tanahair, sekaligus turut melonjakkan drama yang dibintangi oleh mereka berdua yang berjudul ‘Melur Untuk Firdaus’ apabila turut sama merangkul anugerah bagi kategori Drama Adaptasi Novel Terbaik.
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini memang sering menjadi idola gadis-gadis remaja dek kerana personalitinya yang selamba dan caranya membawa diri dengan penuh yakin. Gelagatnya yang spontan bersama suami, Awal Ashaari dan juga anak tercinta iaitu Lara Alana juga sering mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Sempat berbicara mengenai soal keyakinan diri yang sering menjadi isu di kalangan wanita ketika pelancaran produk Downy terbaru iaitu Downy Natural Secret Garden dan Downy Natural Aqua Ocean menerusi kempen ‘Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya’, penjelasan Scha pastinya mampu membuat semua terkesan dan lebih menghargai diri sendiri.
Dahulunya sering memikirkan persepsi orang terhadap dirinya.
“Sebelum ini, semasa saya baru bermula di dalam industri hiburan, saya sentiasa kisahhkan apa yang orang lain fikir tentang saya. Lama – kelamaan, saya bermula untuk menerima diri sebenar saya kerana tidak boleh memuaskan semua orang. Jadi, marilah kita semua meraikan semua aspek, besar ataupun kecil, yang mendefinisikan diri kita.
Semua wanita dicipta unik, dan setiap wanita mempunyai kisah sendiri. Sebab itulah saya ingin menggalakkan nilai yang dipupukkan dengan Downy Natural supaya kita semua meraikan diri semula jadi kami, ” kata Scha.
Scha juga menjelaskan bahawa dirnya suka jika orang sekeliling rasa senang dengan dirinya.
“Scha sebenarnya seorang yang introvert. Namun apabila berada bersama orang lain, kita akan tukar diri kita supaya mereka rasa selesa dengan kita.”
Selain itu, sebelum ini terdapat juga netizen yang suka mengkritik hidung dan suaranya dan mengatakan ianya seperti suara seorang budak lelaki.
Mungkin pada awalnya terkesan, namun kini semuanya tidak bermakna lagi buat Scha.
“Bagi Scha kita kena embraces kekurangan yang ada pada diri kita. Sentiasa praktis dan ingatkan pada diri sendiri kerana hanya kita yang mengenali diri kita. Memang orang akan mengata jadi kita harus abaikan sahajalah.
“Setiap pagi kita cakap pada diri, ‘I am going to have a productive day today.’ Kalau tak okay pun tidak mengapalah it’s okay kita boleh teruskan rutin harian seperti biasa. Yang penting kita harus bersyukur. Kita akan bahagia jika bersyukur dan jangan bandingkan dengan orang lain. Perkara itulah yang akan buat kita tidak happy,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ada orang setelah bertahun alami wajah breakout barulah ia kembali pulih. Tapi ada juga yang hanya ambil masa hanya beberapa bulan sebelum wajah yang dulunya bermasalah sebab jerawat, pulih setelah memakai produk bersesuaian.
Seperti perkongsian gadis ini yang sebelum itu ada mengalami masalah kulit wajah. Tetapi setelah mengamalkan cara penjagaan yang betul dan memakai produk sesuai akhirnya kulit kembali flawless.
Namun menurutnya, dia membuat rutin penjagaan harian tanpa skip berterusan selama 5 bulan. Biarpun masih ada lagi kesan parut, tetapi ia lama kelamaan makin pudar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang membuat thread di laman sosial twitter menggunakan nama akaun @sepetismine.
Semoga perkongsiannya ini dapat memberi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang turut mengalami masalah sama. Lebih-lebih menjelangnya sambutan Syawal yang tak sampai dua minggu lagi ini.
Selepas 5 bulan, wajah akhirnya makin hari makin elok.
Inilah produk penjagaan kulit wajah yang dipakai.
Rutin harian setiap hari tanpa skip.
Ini pula yang dipakai untuk hilangkan blackhead atau jerawat pasir. Jerawat jadi kecut.
Setiap kali cuci muka gunakan sekali dengan silikon ini. Lepas bilas muka jadi bersih.
Diamalkan selama 5 bulan dan pesannya jangan cepat give up.
Contoh teladan untuk hijabi di luar sana komited jaga kulit wajah masing-masing.
Ini caraya untuk apply moisturiser dan sunscreen.
Cara apply aloe vera biar meresap dalam kulit.
Ada alergik, so pemakanan memang kena jaga. Kulit wajah juga alahan dengan debu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mempunyai beberapa rancangan temu janji yang menarik, atau hanya ingin kelihatan cantik? Perubahan drastik pada penampilan anda adalah cara terbaik untuk menyegarkan dan menghilangkan kebosanan mengenai penampilan santai anda.
Selain itu, anda akan berasa lebih baik tentang penampilan anda. Hanya mengubah perkara kecil boleh membuat penampilan cepat berubah pada penampilan anda. Hanya dengan sehelai selendang gaya bosan anda akan berubah.
UNIQLO hari ini mengumumkan koleksi kolaborasi terbarunya dengan ikon fesyen global Ines de la Fressange. Sesuai dengan motif ““Luxurious clothes, and beyond,” rangkaian keperluan almari pakaian baru menyatukan kepercayaan Ines dalam merancang pakaian yang dapat dipakai oleh semua wanita dengan selesa dalam segala gaya.
Ubah gaya anda dengan riasan tambahan seperti selendang
GAYA 1: Pilihan selendang tidak perlu warna menonjol, cukup dengan sentuhan corak yang tampak manis. Warna selendang yang sedondon seperti bukan aksesori tambahan.
CADANGAN PRODUK:
Bergaya ketika bercuti, koleksi ini diilhamkan oleh Visits to Deauville, sebuah resort tepi laut yang khas untuk Ines Inspirasi untuk koleksi baharu adalah Deauville. Deauville adalah tempat kenangan khas untuk Ines.
GAYA 2: Boleh juga gantikan tali pinggang anda dengan selendang bercorak, untuk ikatan lebih kemas gunakan scarf ring.
Wanita berpakaian elegan di pantai dan di tempat-tempat sosial yang tidak dapat dilupakan. Konsep koleksi terbaharu dari Uniqlo.
GAYA 3: Nah busana serba putih anda akan berubah serta-merta dengan sehelai selendang. Kali ini cuba selendang sedikit kontras tambahan tali pinggang yang menampakkan pemisah susuk badan.
CADANGAN PRODUK:
Warga Paris suka gaya laut pada musim bunga dan musim panas dan koleksi baru ini menawarkan pelbagai koleksi berwarna biru laut, dari gaun hingga blaus.
GAYA 4: Tambahkan gaya percutian anda dengan selendang fabrik ringan dan tidak akan membosankan gaya percutian anda.
CADANGAN PRODUK:
TRIK KEMEJA OVERSIZED:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu