Selamat berlangsung majlis pertunangan, Da’I Syed dan Hana Ismail sah menjalinkan hubungan. Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada malam Rabu.

Bukan lagi sekadar tanda tanya, kini pasangan itu sah menjadi tunang. Ramai yang mendoakan supaya ikatan ini akan terus ke jinjang pelamin!

Artikel berkaitan: Majlis Gilang Gemilang, Himpunkan Wajah A List, Menariknya Semua Mengayakan Songket Serba Klasik

Hanya menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih besar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

 Selesai mengadakan majlis pertungan pada malam Rabu, pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang bersama pengacara, Hana Ismail.

Majlis itu turut disaksikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida, yang menitipkan perkongsian di akaun Instagram miliknya dengan ucapan manis buat kedua pasangan itu. Banyak nasihat yang dititipkan supaya pasangan itu lebih bersedia menghadapi alam perkahwinan.

“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka,

IKLAN

“Jaga amanah ini sebaiknya Da’i Syed  dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya.” tulisnya.

Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri

Ramai yang mendoakan kebahagian buat Da’I Syed dan Hana Ismail

Sudah pasti, warga maya tidak akan lepaskan peluang untuk memberikan kata-kata nasihat dan doa apabila melihat berita baik ini. Ada juga mengatakan muka Da’i Syed dan Hana Ismail seiras!

IKLAN

“Tahniah!!! Muka seiras betul,

“MasyaAllah tabarakallah, Alhamdulillah ukhti Hana Ismail patut lah berseri lain macam, semoga dipermudahkan,

IKLAN

“MasyaAllah tabarakallah. Dulu meeting event dgn @daisyed_ umur dia baru 22 tahun. Sekarang dah nak pegang tanggungjawab sebagai suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.” antara komen yang diberikan oleh warga maya.

Semoga perjalanan antara Da’I Syed dan Hana Ismail berjalan dengan lancar. Kami dari Hijabista mendoakan agar segala urusan ke jinjang pelamin.

Sumber: Harian Metro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/zXFfDzLyO2Y

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI