Hana Ismail Akui Terpikat Dengan Keperibadian Da’i Syed Yang Lemah Lembut

Share

Tertarik dengan keperibadiannya yang lebut, itulah menjadi pilihan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail kepada bakal suaminya, Da’i Syed. Mereka yang telah melangsungkan pertunangan pada baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Tambahan lagi, pendakwah bebas dan pengacara TV itu tidak lama lagi bakal melangsungkan pernikahan mereka dalam temph yang terdekat. Bagaimanapun, tarikh pernikahan rasmi tidak lagi di dedahkan.

Orang yang tenang dan penuh ilmu tentang Islam

Memetik di Astro Awani, Hana Ismail menjelaskan dia terpikat dengan keperibadian yang di miliki oleh pendakwah bebas, Da’i Syed. Katanya, dia memiliki pengetahuan dalam Islam yang membuatkan dia menerima lamaran tersebut.

Artikel berkaitan: Da’i Syed dan Hana Ismail Selamat Bertunang, Umie Aida Titip Nasihat Ke Alam Perkahwinan

“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya,

“Dalam masa sama, Syed sangat takzim dan memuliakan ulama juga sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.

Hana juga berkongsi tentang pengisian sesi taaruf yang diadakan pada Oktober lalu dimana dia membuat solat istikharah untuk memintak petunjuk daripada Allah SWT.

“Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,

“Saya mohon doa terbaik dari semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. Insya-Allah saya akan uar-uarkan nanti. Doakan kami.” ujarnya.

Bagaimanapun, Hana Ismail enggan mengeluarkan apa-apa maklumat berkenaan tarikh pernikahan. Dia mengharapkan untuk orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka kelak.

Sumber: Astro Awani

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee