Setelah enam tahun akaun Twitternya disekat oleh Yuna akibat gurauan kasar, pemuda yang dikenali sebagai Akeem Sharyzal meluahkan rasa gembira apabila penyanyi antarabangsa itu kini sudah memaafkan kesilapannya yang terdahulu.
Menyedari khilafnya, Akeem yang kini sudah mendirikan rumah tangga meminta maaf kepada pelantun lagu Dan Sebenarnya itu dan mengakui kesalahan yang dilakukannya pada tahun 2016.
“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua.
“Please notice me Yuna, saya nak minta maaf. Masa itu saya masih budak-budak yang nakal & tak pandai fikir dengan baik.
“Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna saya datang bawa wife ya,” coret Akeem di laman Twitternya.
Memberi reaksi kepada ciapan jejaka tersebut, Yuna akhirnya membuka semula sekatan tersebut sambil memberikan jawapan balas yang ringkas buatnya.
“Don’t do it again! Congrats on your wedding,” balas pemilik nama Yunalis Zarai ini.
FROM THIS TO THIS
Sejurus itu, Akeem meluahkan rasa bahagianya dan menganggap ia hadiah yang paling bermakna buatnya pada tahun ini.
“Ini hadiah paling bermakna tahun ni, thank you Yuna!
“Hahahaha inilah kenangan paling manis di Twitter,” coretnya lagi.
Sempoi je Yuna membalas ciapan tersebut! Tak salah nak gurau, yang penting jangan sampai menyakiti hati orang lain.
Pujian juga harus diberikan buat Akeem kerana berani mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Memang terbaik!
sumber: twitter @AkeemSharyzal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Berkesan Dan Cepat Untuk Mengatasi Serangan Panik! Cari Objek…
Sesetengah orang mengalami serangan panik yang mengganggu aktiviti harian mereka. Keadaan ini membolehkan anda menyerang pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk merawat keadaan ini.
Serangan panik biasanya muncul dengan gejala seperti takikardia, berpeluh, sesak nafas dan sakit dada. Jika ya, berikut adalah empat cara untuk menangani serangan panik.
Artikel Berkaitan : Jika Ada Ciri-Ciri Ini, Doktor Ini Jelaskan Anda Mungkin Kena Panic Attack
1.Deep Breathing
Cara mengatasi panic attack yang pertama adalah dengan menggunakan teknik deep breathing atau teknik pernapasan dalam. Teknik ini bisa mengatasi hiperventilasi yang merupakan gejala serangan panik.
Hiperventilasi tersebut adalah gejala serangan panik yang bisa meningkatkan rasa takut. Peneliti lainnya menemukan bahwa pernapasan lambat bisa memiliki efek yang serupa.
Teknik ini disarankan untuk bisa meningkatkkan perasaan rileks, nyaman, dan mengurangi kecemasan.Kawalan pernafasan ini boleh menghalang gejala lain daripada menjadi lebih teruk.
Caranya ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan rasakan nafas di dada dan perut secara perlahan-lahan. Kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut anda dan rasakan udara meninggalkan badan anda.
- Kenali serangan panik yang kamu alami
Selain itu, mengakui bahawa anda mengalami serangan panik juga boleh menyedarkan anda bahawa serangan panik yang anda alami adalah sementara dan akan berlalu.
Jika anda sedar tentang serangan panik ini, anda boleh menghilangkan ketakutan yang berlebihan, seperti kematian atau malapetaka lain. Membolehkan anda mengelak daripada mencetuskan serangan.
- Cari objek yang difokuskan
Sesetengah orang juga mendapati ia berguna untuk mencari sesuatu untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka untuk membantu menguruskan serangan panik. Anda boleh memilih objek dengan jelas.
Caranya ialah melihat jarum jam berdetik. Tumpukan semua tenaga anda pada objek dan gejala panik anda akan reda.Apabila anda melihat objek itu, anda mungkin akan berfikir tentang perasaannya, siapa yang membuatnya dan bagaimana rupanya.
- Bayangkan tempat yang gembira
Apabila anda mengalami serangan panik, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk mencari tempat yang indah atau saat yang menggembirakan. Oleh itu, anda boleh bayangkan tempat yang gembira di mana anda boleh berehat dengan selamat dan tenang.
Untuk membayangkannya, seseorang mesti menutup mata apabila serangan tiba-tiba datang. Selepas itu, fikirkan betapa damainya tempat itu dan perasaan anda di udara segar melangkah ke pasir putih atau permaidani lembut.
Ini adalah empat cara untuk menangani serangan panik dengan cepat dan berkesan. Semoga ulasan sebelum ini dapat membantu anda mengatasi ketakutan anda Hijabi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Thank You For Your Service, Please Comeback Stronger! We need You,” – Netizen & Selebriti Malaysia Suntik Kata Semangat Buat KJ!
Isi Kandungan
ToggleMeskipun gagal mendapat tempat di Parlimen pada PRU15 kerana tewas kepada pihak lawan, namun ahli politik kesayangan Malaysia, Khairy Jamaluddin masih tetap berada di hati rakyat termasuklah selebriti tempatan tanah air.
Ini terbukti apabila hantaran terbaharu di laman Instagram bekas Menteri Kesihatan itu, yang mengulas mengenai perasaanya apabila gagal mendapat kerusi Sungai Buloh pada PRU15 baru-baru ini telah dihujani dengan pelbagai kata-kata positif, optimis dan semangat dari wargamaya.
Kekalahan Adalah kekalahan, Tak Kira Berapa Hampir Anda Dengan Kemenangan
“Saya fikir saya telah lakukan yang terbaik. Tetapi, saya tidak cukup baik. Kekalahan adalah kekalahan. Tidak kisahlah berapa hampir anda dengan kemenangan, dan betapa ramai yang kecewa dengan kekalahan anda.
“Adakah ini merupakan satu pengakhiran. Saya kira tidak. Tetapi saya akan gunakan masa ini untuk fikirkan semula apa yang harus saya lakukan seterusnya.
“Sejujurnya, saya kepenatan. Saya kurang masa untuk berehat sejak saya ditugaskan untuk menguruskan pandemik. Ia merupakan dua tahun yang sukar untuk saya memastikan negara kita terhindar dari COVID-19.
“Tetapi ia merupakan satu keistimewaan untuk saya untuk berkhidmat kepada rakyat pada waktu yang sangat kritikal dan saya gembira kita telah pulih lebih baik dari negara-negara yang lain,” tulisnya.
Please Comeback Stronger! We need You
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati ribuan netizen bertindak meninggalkan kata-kata semangat buat KJ tidak terkecuali para selebriti dan golongan artis tempatan.
“We are still here waiting for you to become our PM,” tulis Elfira Loy.
“Come back stronger KJ, we are always with you,” ujar Sherry Ibrahim.
“Thank you for your service sir! Actuallt we need you! Please comback stronger for us Malaysian! InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan segala urusan buat YB,” kata Yana Samsudin
“Best to rest and realigned, get the down time you need. Thank you for your hardwork especially during the pandemic YB. Waiting for you to comeback stronger,” komen Diana Danielle.
Artikel berkaitan: Mira Fillzah Terkilan, Dua Pemimpin ‘Popular’ Negara Kecundang Pada PRU15
Ramai selebriti terkenal seperti Alif Satar, Mira Filzah, Datuk Adi Putra, Datuk Amy Search, Elfira Loy, Yana Samsuddin, Ummi Nazeera, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Emelda Rosmila, Safee Sali dan netizen menitipkan kata-kata semangat buat bekas menteri ‘tall dark and handsome’ itu.
Hijabista mendoakan agar kata-kata semangat ini dapat dijadikan suntikan semangat dan memberi kekuatan agar Khairy tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan berkhidmat demi rakyat dan negara.
Sumber: Instagram Khairy Jamaluddin
Artikel berkaitan: ‘First Time’! Ramai Yang Bangga Hanis Dan Hairul Berkesempatan Mengundi, PRU14 Ralat dan Menyesal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Badan Dah Langsing Macam Anak Dara, DS Siti Nurhaliza Tak Cadang Keluar Produk Kurus
Sejak melahiirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memang banyak berubah. Tubuhnya yang kini kekal langsing bahkan dipuji netizen seperti anak dara. Walaupun mengetahui saiz fizikalnya sudah berubah, namun beliau tidak bercadang untuk mengeluarkan produk pelangsingan badan. Menurut isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini, fokus beliau kini hanya pada perniagaan produk kosmetik dan penjagaan tubuh badan.
“Buat masa tidak ada cadangan lagi untuk buat produk pelangsing badan kerana bab-bab macam ni mereka mahukan keberkesanan. Kalau saya betuL-betul mengamalkan satu produk nanti, barulah boleh kongsikan dengan pembeli atau pelanggan.
“Sebagai usahawan fokus saya kini adalah hanyalah pada produk penjagaan wajah, komsetik dan juga parfume. Kalau ada pun mungkin saya akan keluarkan losyen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman.
“Apa yang penting saya mensasarkan produk yang dikeluarkan lebih kepada soal bersih, selamat dan halal,” ujar Siti ketika ditemui usai majlis Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti miliknya di Menara Kuala Lumpur.
A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on
Menurutnya, beliau lebih gemar berkongsi sesuatu produk yang memberi ilmu kepada pengguna. Malah sejak lapan tahun mengusahakan Simplysiti juga, mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan paling penting telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
“Saya juga tak akan buat produk pemutih yang segera untuk mencerahkan wajah. Sebaliknya produk Simplysiti diyakini selamat, bersih dan hasilnya akan terserlah jika kita pakai secara konsisten. Perubahan berlaku tidak mengejut dan paling penting ia juga di jual dengan harga mampu milik.
“Kami juga tak perlukan gimik kosong sebaliknya lebih bertanggung jawab untuk melariskan sesuatu produk itu. Tidak ada guna promosi secara gempak, tetapi hasilnya tidak seperti dijangkakan. Apa yang penting beri ilmu kepada pengguna kami bahawa produk ini sesuai digunakan dalam lingkungan usia dari sekolah menengah, remaja hingga ke 40 tahun ke atas.
“Ramai di kalangan pelajar dan suri rumah yang masih setia menggunakan produk ini dan buktinya kami masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Namun saya juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh itu,” tambahnya yang pernah rasa ‘give up’ untuk berhenti berniaga sebaliknya beri tumpuan pada bidang nyanyian sahaja.
“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja. Mujur suami pujuk dan bagi sokongan serta kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini yang tidak putus-putus menyokong pada belakang,” tambahnya yang turut berdepan masalah lain sepanjang memasarkan jenama ini.
“Cabaran lain yang saya hadapi seperti stok hilang, kecurian dan banyak lagi. Dan paling terbesar sekali adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” jelas Siti yang bersyukur kerana masih boleh bertahan kerana ramai menyangkan jika produk dari selebriti selalunya tidak mampu bertahan lama.
Penyanyi tersohor negara ini yang tampil menawan petang itu juga turut membawa permata hatinya, Siti Aafiyah ketika majlis semalam.
Menurut Siti, produknya kini bukan sahaja boleh didapati di Watson, tetapi juga di butiknya di Creacion By Siti Nurhaliza dan juga turut dijual secara online.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM OFFICIAL SIMPLYSITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI