Sekarang sedang trending lakonan lakonan Zul Ariffin sebagai Umayr Harris dalam Titian Cinta bergandingan dengan Farah Nabila. Drama ini secara terangan memaparkan wajah kacak Zul serta sikap romantis yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Beza sangat penampilan Zul dalam FILEM yang ditunggu TAHUN ini, TOMBIRUO. Sepanjang 115 minit itu, memang tak nampak langsung wajah kacaknya, sebaliknya hanya mainan mata dan suara memberitahu itu adalah Zul Ariffin.
Lakonannya juga sangat superb dan setiap aksi yang dipaparkan sangat mendebarkan hati penonton. Namun, bukan mudah untuk pelakon lelaki pujaan Malaya ini menjayakan watak Ejim atau TOMBIRUO yang dibawakannya.
Lantaran kehendak filem itu yang hanya memerlukan dia tampil gagah perkasa tanpa memperlihatkan wajah sebenar.
Zul Ariffin nyata gembira dapat membintangi filem berkenaan. Dia hanya bersembunyi di sebalik topeng dalam watak Ejim atau Tombiruo yang menjadi lagenda di Hutan Keningau, Sabah.
Watak beliau bukanlah hantu sebaliknya wira yang tidak berwajah manusia. Dia cuba berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.
Pelakon drama Rindu Awak 200 Peratus ini berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem adaptasi dari novel penulis terkenal Ramlee Awang Murshid.
Adakah Tombiruo seperti filem Tarzan
Tidak sama sekali. Ia adalah adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid. Bezanya Tarzan dibesarkan oleh monyet, Tombirou dijaga oleh orang. Karya yang sangat yang sangat bagus.
Hampir 60 hari penggambaran filem ini dari bulan Ogos hingga September 2016. Dan saya memang berikan sepenuh perhatian pada filem yang saya rasa lain daripada yang lain. Kebanyakan penggambaran dilakukan di Hutan Keningau, Sabah dan ada juga dilakukan di Hulu Langat.
Ada alami kecederaan sebab kebanyakan stunt dibuat sendiri. Selama dua minggu terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan slipped disc ketika cuba melakukan aksi ngeri. Akibatnya saya terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan aksi berbahaya dan terpaksa menggunakan bantuan pelakon aksi ngeri. Malah saya juga baru habis melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih. Memang saya tak pakai padding
kerana watak Tombiruo tidak memakai baju.Banyak sebenarnya tapi satu scene saya angkat Nabila Huda yang memegang watak Wan Suraya di sungai. Waktu itu memang menggigit tangan sewaktu mengangkat dia. Bukan sahaja berat tetapi kena berjalan atas batu dan rambut palsu pula menutup topeng muka. Memang kami berdua agak was-was kerana keadaan batu yang licin.
Sebenarnya filen ini memang mencabar kerana tidak menjual rupa hero seperti kebanyakan filem lain. Bayangkan wajak saya memang tak nampak langsung. Filem ini memang akan close up pada bahagian badan dan mata. Saya sebenarnya menjual beberapa bahagian lain tetapi bukan muka.
Sepanjang penggambaran berat saya turun dari 90kg ke 60kg. Ini adalah bagi memenuhi tuntutan produksi yang mahukan fizikal saya nampak lebih fit. Justeru, saya tidak boleh sebarang pemakanan kecuali minum air sahaja.
Sebelum itu memang saya ada dengar macam-macam pendapat. Tetapi secara jujurnya saya cuma akur pada pendapat yang keluar dari mulut Abang Ramlee sahaja. Banyak kali saya tanyakan role
macam mana dan sebagai penulis cerita Tombiruo, memang dia sahaja yang layak menilai lakonan saya.File mini lain daripada yang lain sebab saya perlu mengenakan kostum. Dan paling mengharukan bila Abang Ramlee sendiri berkata ‘tidak percaya orang yang dia bayangkan selama ini menjelma depan mata’. Tugas saya menyempurnakan filem ini dari awal hingga akhir. Saya juga seronok berada dalam produksi ini semua pelakon bagus dan berpengalaman. Seperti Datuk M.Nasir, Faizal Hussin, Farid Kamil dan banyak lagi.
KREDIT FOTO: REMY OSMAN & INSTAGRAM ZUL ARIFFIN