
Tekad berubah menjadi muslim sejati, penyanyi popular, Zizi Kirana tidak menyesal melakukan perubahan diri kerana percaya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.
Berusaha untuk istiqamah, Zizi reda dengan takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya dan tidak pernah terdetik pun rasa sesal dalam dirinya atas penghijrahan yang telah dilakukannya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini. Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan Allah.
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,” ujar penyanyi lagu Eh itu kepada SinarPlus.

Di samping itu, Zizi juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak pernah lelah memberikan sokongan buat dirinya.
Dia juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang Sakinah dan mawaddah.
Bahagia di sisis suami tersayang, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama.

“Setelah bergelar seorang isteri, saya tidak boleh lagi bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing kerana perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Masih banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal selamanya dan kita ikutkan saja takdir yang telah diaturkanNya,” jelas Zizi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berita Paling Gembira Buat Nurul Zahid Atas Perlantikan Bapanya Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Manjat rasa kesyukuran tidak terhingga oleh Nurulhidayah apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik secara rasminya menjadi Timbalan Perdana Menteri malam semalam. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri serta Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus memperkenalkan kabinet Menteri yang lain.
Perkhabaran Yang Paling Indah Malam Ini
Ramai yang mempersoalkan barisan Menteri Kabinet yang masih belum diumumkan oleh DSAI seusai beliau diumumkan 9 hari lepas sebagai Perdana Menteri ke-10. Ramai juga yang membuat banyak spekulasi dan ramalan menteri kabinet yang akan datang.
Pada jam 8.15 malam semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rasminya mengumumkan barisan Kabinet Menteri yang bakal menerajui Malaysia bersamanya. Menjadi tumpuan ramai adalah Timbalan Perdana Menteri.
Secarar rasmi jawatan Timabalan Perdana Menteri di sandang oleh Datuk seri AHmad Zahid Hamidi di bawah pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sekali gus, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdanan Menteri II.
Tentunya NurulHidayah, anak kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, amat bersyukur atas pengumuman itu. Katanya, itu merupakan berita yang paling gembira pada malam semalam.
“Allahuakbar. Alhamdulillah, Subhanallah!” itulah sekeping foto yang tertulis ayat-ayat sebagai tanda terkejut dan bersyukur atas pengumuman itu.
Sudah tentu posting tersebut di penuhi dengan komen ucapan tahniah buat bapanya. Nurulhidayah juga ada memuat naik sebuah posting gambarnya bersama ayah dan adik keduanya.
Tujuan posting itu juga menjadi satu penjelasan pengorbanannya sebagai ‘benteng’ buat keluarganya. Sudah tentu imejnya banyak dipertikaikan namun dia tetap gagah demi menjaga mereka.
“Kebetulan, kedudukan kami bergambar adalah gambaran kedudukan tugas kami dalam keluarga,
“Saya (KakLong) akan menjaga benteng dari luar dan adik saya (anak ke-2) akan menjaga dari dalam. Segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa sahaja ‘Internal Affairs’ dia akan jaga.” tulisnya.
Nurulhidayah juga tidak kisah ramai yang acapkali menghentamnya. Sebagai tanggungjawab, dia akur dan terima segalanya dengan redha dan percaya ada sinar disebalik semua tomahan itu.
“Itu sebab saya yang paling dikenali dan yang paling teruk kena hentam. Saya tak kisah kerana saya rasa berbaloi untuk saya ambil tugas menjaga ‘External Affairs’ demi Abah dan Mak serta keluarga,
“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini. Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ dari Allah untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti.” ujarnya lagi.
Tahniah buat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan Kabinet Menteri yang lain. InsyaAllah, adanya kerajaan baharu ini kita pasti dapat capai bermacam-macam impian pada masa akan datang.
Sumber: Instagram nurul.zahid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lepas Berhijab, Isteri Fad Bocey Padam Semua Gambar Free Hair. Ambil Masa Lama Sebelum Aktif Semula Di IG!

Lepas Eyra Hazali dan Nonny Nadhirah yang berhijrah awal tahun ini, seorang lagi selebriti juga melakukan penghijrahan dengan berhijab. Salah seorang adalah isteri kepada pelawat terkenal, Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman yang juga ibu kepada tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.
Sebelum ini dia yang lebih mesra dipanggil Sya telah mendapat mimpi kiamat sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
Sepanjang tempoh itu, Sya tidak mengaktifkan akaun Instagramnya. Sebaliknya memberitahu segala aktiviti terkini dilakukan melalui akaun suaminya Fad Bocey.
Namun Sya kini telah aktifkan semula akaun Instagramnya yang menggunakan nama akaun @syaheeraarahman
Walau bagaimanapun, Sya mengakui perlu mengambil masa untuk memadam gambar-gambar dirinya tidak bertudung sebelum itu.
Jika sebelum ini Sya memang rajin muat turut foto dia melakukan aktiviti bersama anak-anaknya atau hobinya yang gemar memasak.
Malah aktiviti memasak yang dimuat turut menarik perhatian netizen untuk mengikut apa yang dikongsi graduan TESL (Teaching English as a Second Language) di Management & Science University (MSU).
Sejak memakai hijab, penampilan Sya juga semakin cantik dan sangat memukau.
Buat masa ini pasangan ibu bapa muda ini menjadi hos untuk rancangan Pa&Ma bagi musim ke 4 di saluran Astro Prima & Astro Prima HD setiap Selasa jam 12 tengah hari.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAD BOCEY & SYAHEERA RAHMAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi Jangan Ambil Mudah Masalah Gangguan Mental! Ini Pendedahan Mengejutkan Faezah Elai

Di Malaysia, kebanyakkan wanita dikesan berhadapan isu kemurungan, kebimbangan atau kecelaruan dua kali ganda berbanding lelaki. Ini berlaku terutamanya kepada wanita yang hamil, bekerjaya dan berkeluarga.
Malah, kesan masalah kesihatan mental antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Sekaligus menjelaskan mengapa wanita secara globalnya berhadapan isu kesihatan mental ini.
Terdahulu, pengakuan aktres Faezah Elai yang mengesahkan bahawa dirinya menghidap beberapa masalah mental seperti Anxiety Disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Insomnia telah menarik perhatian HIJABISTA.
Faezah Elai Pandang Serius Isu Kesihatan Mental

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram milik bekas Dewi Remaja 2005/2006 itu, Faezah Elai berkongsi masalah insomnia yang menghantuinya sejak 24 tahun lalu.
“Me at gym and haven’t slept for more than 24 hours.
I was on medication dulu, tapi tak mahu bergantung sangat dengan ubat tidur ni. Pernah juga telan ubat tidur tapi tak tidur-tidur juga sampai sakit kepala…
Have you ever experienced a situation like this? Please share…” – Faezah Elai
Menerusi sebuah laporan akhbar, wanita berusia 38 tahun itu sebenarnya sudah mula mengambil ubat sejak berusia 12 tahun. Dia juga berdepan masalah terlalu banyak berfikir sehingga kadangkala menjejaskan rutin hariannya.
Faezah Elai juga memandang serius isu kesihatan mental dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang kelakar.

“I swear I can’t take it. No one will understand you, not even your family and worst part, you can’t talk to anyone about this.” – Faezah Elai
Pengakuan Faezah Elai tentang masalah kesihatannya ‘membuka mata’ banyak pihak. Kebanyakan netizen turut meluahkan kebimbangan yang sama di ruangan komen, namun tidak tahu bagaimana penyakit gangguan mental ini boleh diatasi.
Bahkan majoriti daripada mereka terpaksa melalui hidup yang dibayangi gangguan fikiran sehingga menyebabkan kesukaran tidur, keletihan ekstrem dan migrain.
Artikel berkaitan: Hanya Makan Nasi Beras Perang, Rahsia Faezah Elai Hilang 13 Kg Ketika Berpantang
Apa Kata Pakar?
Justeru, HIJABISTA mendapatkan pendapat Profesor Dr Yeah Kim Leng berkaitan penyakit yang mampu membunuh dalam senyap itu.
Mengambil kira masalah migrain juga sebagai salah satu masalah paling kerap mengganggu mental masyarakat, Profesor Dr Yeah Kim Leng menyatakan bahawa penyakit seperti yang dialami Faezah Elai boleh menjejaskan produktiviti serta memberi impak negatif kepada ekonomi.

Kata beliau, rakyat Malaysia sudah biasa dengan gaya hidup sibuk dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi. Ini merupakan salah satu punca pencetus utama bagi migrain.
Migrain biasanya menyerang seseorang individu pada umur paling produktif (iaitu umur bekerja antara 31-40 tahun).
“Berdasarkan kaji selidik Novartis Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, penemuan mendapati bahawa kebanyakan pekerja masih berkeras untuk bekerja atau berada di tempat kerja walaupun mengalami masalah mental seperti migrain.
Mereka kebiasaannya tidak mahu meluahkan masalah tersebut kerana bimbang dianggap tidak boleh dipercayai dan kurang produktif ketika sakit.
Ini adalah sesuatu yang membimbangkan, bukan saja kepada pesakit malah pihak majikan juga,” ujar Profesor Dr Yeah Kim Leng tentang realiti kesihatan mental yang semakin meningkat.
Justeru, seseorang yang mengalami apa jua masalah berkaitan mental seharusnya tidak berdiam diri dan memendam perasaan. Luahkan segala yang terbuku kepada orang yang dipercayai dan dapatkan bantuan pakar bagi menguruskan penyakit ini dengan segera.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: Miliki Senyuman Yang Menawan, Faezah Elai Kongsi Tip Mudah Caranya Jaga Gigi Kekal Putih
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram @faezahelai
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

