Namanya pernah menjadi bualan dan sorotan ketika zaman jahil, kerana gemar memaparkan penampilan seksi dan mencolok mata hingga mendatangkan ketidakselesaan dikalangan warganet.
Namun, hidayah itu milik Allah. Kini penyanyi hip hop jelita, Zizi Kirana atau nama penuhnya Nur Fazelah Mat Tahir sudah berada di landasan yang benar setelah meninggalkan masa silam dan melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.
Tak sangka penyanyi dari Sabah ini rupanya sudah meniti usia 38 tahun, nampak muda kan. Zizi Kirana di antara wanita bertuah kerana dikurniakan seraut wajah tiada bermasalah dan sangat mulus.
Namun, itu bukan alasan buatnya tidak menjaga kecantikan diri.
Menelusuri rutin penjagaan kecantikannya nyata wanita ini mengamalkan penjagaan kecantikan yang ringkas dan banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur untuk tampil menawan.
Wanita cantik ini turut berkongsi mengamalkan petua kecantikan berasaskan kunyit seperti yang dilaporkan di Sinar Harian.
1. Masker Kunyit
Ads
“Saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana tidak gemar ke spa kecantikan,” jelas Zizi Kirana.
2. Jamu Kunyit
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga.
Ads
Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan.
Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Zizi Kirana juga khabarnya pernah ‘bermusuh’ dengan nasi sekitar tahun 2018. Tapi kini Zizi akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang namun mengambil nasi sekali sahaja.
Ads
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalori dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad telah berkongsi berita duka pemergian nenek tercinta atau lebih dikenali sebagai “Mamih Popon” Sabtu lalu.
Berita kehilangan neneknya Hanifa Binti Dharma, 88, telah dikongsikan melalui laman Instagram miliknya sendiri. Raffi memberitahu bahawa neneknya meninggal dunia pada 31 Disember 2022, pukul 4.01 petang waktu Indonesia.
Terdahulu, neneknya sempat dirawat akibat strok untuk kali yang kedua diunitrawatanrapi sebuah hospital di Jakarta. Keadaan Mami Popon dikatakan memang menurun sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Pelakon tersebut turut menitipkan doa buat Allahyarham neneknya supaya diampunkan segala dosa dan salah silap yang pernah dilakukan.
“Innalillahiwainailaihi raajiun.. Nenek saya hanifah Darma (Mami Popon) telah meninggal dunia pada pukul 4.01 petang, Sabtu 31 Disember 2022.
“Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafannya. Insya Allah nenek akan disemadikan di tanah perkuburan di Bandung,” tulisnya.
Melihat ke ruangan hantaran yang lain, terlihat pelakon tersebut sempat memuat naik video memberikan ciuman terakhir buat neneknya serta turut membantu menguruskan jenazah hingga ke liang lahad.
Foto Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina semasa melawat Mami Popon
Melalui temubual bersama Insertlive, Raffi Faridz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raffi Ahmad,35, menyatakanhasratneneknyauntukkerumahbaharunyayang sedang dalampembinaan. “Kali terakhir,sebelumMamisakittenat,diamintapergikeAndara,naktengokrumahbaru.
Difahamkan, keadaanMamiPopon ketika itu sangatlemah.Walaupunbegitu, bonda Raffi, AmyQanitatetap menunaikan hasratnya serta memandunyakerumahbaharu tersebut.
Namun disebabkan masih tidak berdaya, Mami Popon hanyaberada dan melihat daridalamkeretanya. ApabiladitanyatentangrumahbaharuRaffiAhmad,MamiPopon dikatakan hanyamengangguk lemah.
Presiden Jokowi turut mengucapkan takziah
Foto dari IG Story Raffi Ahmad
Berita pemergian neneknya turut mendapat perhatian daripada Presiden Indonesia sendiri iaitu Joko Widodo. Joko Widodo atau dikenali mesra sebagai Jokowi dilihat sempat menghantar jambangan bunga buat keluarga Raffi Ahmad.
“Terimakasihpa@jokowidanibu,”tulisnya.
SelainPresidenIndonesia,Raffijugamenerimabanyakjambanganbungadaripadaeksekutifstesentelevisyen,bankdan kelab-kelab serta persatuan Indonesia yang lain.
Rakan artis turut mengucapkan takziah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Baim Wong, Acha Septriasa, Irwansyah, Luna Maya dan ramai lagi turut berduka cita dan mengucapkan salam takziah. Bahkan selebriti Tanah Air, Zizan Razak turut tidak ketinggalan menyampaikan salam takziah.
“Turut berduka citaaaaa semoga Allah menempatkan nya di tempat terbaik Allah” -Shireen Sungkar
“Innalillahi wa Innalillahi rajiun allahummaghfirlaha warhha waafihibwafuanha”-Irwansyah
” Turut berduka yang sedalam2nya Raffi dan Gigi…”-Astrid Sartiasari
“Innalillahi wainailaihi rojiun, turut berduka yg sedalam dalamnya 🙏🏻, Alfatihah menghantar kepergian mamih ke surga Allah SWT آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن”-Melly Goeslow
Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Malah, sejak mendirikan perkahwinan dengan rakan duetnya, Akwa Ariffin pada 11 November 2022, jarang kita lihat penyanyi anak kelahiran Batu Pahat ini semakin jarang kelihatan di panggung seni.
Namun, persembahan julung kali Najwa di Hype Night, Kuala Lumpur tedahulu, menerusi lagu ‘kosong’ telah memukau ramai orang sekaligus mengubati kerinduan para peminatnya.
Perkongsian video nyanyian tersebut dibuat oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @farah.azr. Dalam video berkenaan kelihatan Najwa tampil anggun dan sopan mengenakan busana serba hitam telah mencuri perhatian ramai.
Rata-rata peminat yang teruja melihat video berkenaan telah menghujani hantaran tersebut dengan pelbagai komen menyatakan kerinduan terhadap lagu nyanyian Najwa.
Malah, ramai yang memuji vokal pemilik nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif kerana suaranya masih sama seperti dahulu dan tidak berubah sama sekali.
Selain itu, terdapat juga beberapa peminat yang mahukan agar Najwa menyertai program Gegar Vaganza agar bakat yang diperolehinya tidak sia-sia dan boleh diketenghkan lagi serta menyumbang semula kepada industri hiburan tanah air.
Untuk rekod, Najwa Latiff pada zaman kegemilangannya, popular menerusi lagu-lagu seperti Cinta Muka Buku, Ada Mu, Satu Hari Nanti, Sahabat dan Kosong.
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Segalanya mengenai Phasmophobia
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Tanda-tanda phasmophobia:
Anda sering rasa seperti diperhatikan oleh hantu atau makhluk ghaib.
Rasa cemas apabila mula mendengar cerita mengenai perkara ghaib atau hantu.
Mengalami gejala seperti berpeluh sejuk, badan menggigil, dan jantung berdegup kencang.
Badan terasa kaku, tidak dapat menumpukan perhatian, dan tidak dapat berfikir dengan jelas apabila berada di tempat yang sunyi dan gelap.
Punca phasmophobia
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
1. Pengalaman traumatik atau menakutkan
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
2.Faktor genetik dan persekitaran
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
3.Terlalu taksub dengan perkara ghaib
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Kesan buruk Phasmopobia
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Susah untuk tidur
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Cemas berlebihan
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Depresi
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Cara mengubati Phasmopobia
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!