Zizi Kirana Dedah Dua Cara Allah ‘Jentik’ Hatinya Untuk Berubah – “Allah Beri Saya Banyak Nikmat, Tapi..”

Share

Namanya pernah menjadi bualan dan sorotan ketika zaman jahil, kerana gemar memaparkan penampilan seksi dan mencolok mata hingga mendatangkan ketidakselesaan dikalangan warganet.

Namun, hidayah itu milik Allah. Kini penyanyi hip hop jelita, Zizi Kirana atau nama penuhnya Nur Fazelah Mat Tahir sudah berada di landasan yang benar setelah meninggalkan masa silam dan melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Selawat ‘Purnama’ Antara Asbab Penghijrahan Zizi Kirana!

Mengulas berkenaan perjalanan hijrah yang dimilikinya, Zizi mendedahkan bahawa selawat Purnama atau lebih dikenali sebagai selawat Qamarun adlaah antara asbab yang memupuk dirinya untuk berhijrah secara perlahan-lahan.

“Selawat yang sebenarnya antara asbab menjadikan Zizi Kirana yang sekarang adalah selawat purnama atau Qomarun. Masa itu saya berduet dengan kumpulan (nasyid) UNIC.

“Apabila selawat itu keluar, orang ramai terima dengan baik. Itu antara selawat yang kalau pergi mana-mana, peminat akan minta (alunkan) Qomarun,” katanya.

Zizi berkata demikian, pada program MUM bertajuk ‘Zizi Kirana istiqamah dalam berhijrah’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.

Artikel berkaitan: Pertama Kali Ingin Tunai Umrah Bersama Suami, Zizi Kirana Akui Rasa Teruja! Sebab..

Ketika disoal adakah selepas penghijrahan berlaku beliau akan memperlahankan kariernya sebagai penyayi, ini respon yang diberikan oleh Isteri kepada aktor kacak, Yusuf Bahrin itu.

“Saya akan terus menyanyi kerana itu adalah minat saya sejak kecil dan kini (setelah berhijrah) akan terarah kepada lagu-lagu ketuhanan.

“Saya masih mahu kekalkan genre rap (dalam lagu) tetapi lebih terarah kepada nasihat dan nak kekalkan ‘hype’,” ujarnya lagi.

Kehilangan Orang Tersayang?

Mengulas lanjut berkenaan perjalanan hijrah yang dimilikinya, Zizi akui segalanya bermula apabila dia mulai merasa kehilangan, ramai insan tersayang di sekelilingnya hingga akhirnya memutuskan untuk berhijrah.

“Bila hati dah dijentik, akan terus rasa inilah masanya (untuk berubah) dan bila sudah melangkah, kena teruskan.

“Allah beri saya banyak nikmat hingga satu tahap saya tanya diri sendiri, apa yang saya beri kepada Allah. Apa tujuan hidup dan bila bermuhasabah, saya tekad untuk berhijrah.

“Saya bersyukur dengan apa yang dibuat sekarang (berbanding) dahulu. Saya sudah tinggalkan ia sebagai pengajaran, apa yang ‘best’ saya simpan sebagai kenangan kerana percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan: “Lelaki Akal Panjang, Sebab Tu Pandai Bohong,” – Zizi Kirana Dedahkan Punca ‘Tweet’ Begitu Emosi!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir