Tuhan menganugerahkan kita akal dan ilmu untuk bertindak dengan cara yang betul. Lembutkan hati pasangan yang terkadang tinggi egonya tidak memerlukan kita menggunakan cara salah. Cukup dengan mengamalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati pasangan anda.
Sebagai seorang isteri ataupun suami, kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat dan melembutkan hati pasangan. Jangan sesekali menggunakan cara yang dimungkari oleh ajaran islam.
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, amalkan ayat Yusuf ini:
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin”.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri niatkan untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi. Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.
Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4:
- Jika dibaca bersungguh-sungguh sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
- Jika dibaca 7 kali setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
- Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia akan meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
- Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.
- Selain surah yusuf ayat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat-19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi maha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.
- Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu”(yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff”(yang maha lembut) dan“Ya Rahman”(yang maha pengasih).
Kelebihan Zikir Ya Latiff
1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani karenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya.
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang (ingin mendekatkan jodoh), Perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff’ sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh.
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga. Perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff ‘dan surah as-Syura ayat 19 (seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff’ sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir.
5. Ketika ribut petir maka eloklah memperbanyakkan membaca zikir ‘Ya Latiff’, InshaAllah akan redalah ribut petir.
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir ‘Ya Latiff’ untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian.
Semoga dapat keberkatan dan selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI