Berita

ZASKIA SUNGKAR Kembali Menjalani Rawatan IVF Demi Memiliki Anak Ke-2

Share

Suatu ketika dulu Zaskia Sungkar dan suaminya, Irwansyah pernah menyuarakan hasrat untuk menambah zuriat.

Kredit Foto: zaskiasungkar15
Kredit Foto: zaskiasungkar15

Kedua-duanya kini kembali memilih program In vitro fertilization (IVF) untuk mendapatkan anak kedua.

Salah satu sebab mereka membuat keputusan itu ialah kerana anak pertama mereka, Ukkasya yang semakin membesar.

Zaskia dan Irwansyah juga berharap dapat memberikan Ukkasya teman sepermainan di rumah.

Kredit Foto: zaskiasungkar15
Kredit Foto: zaskiasungkar15

Kini, Zaskia telah pun melalui beberapa peringkat awal untuk program anak kedua.

Menerusi media sosial, Zaskia berkongsi peringkat proses bayi tabung uji yang akan dijalani termasuk proses pengambilan ovum (OPU) untuk mendapatkan semula sel telur.

Amal Hidup Sihat
Sebelum melakukan pengambilan ovum, Zaskia mula menjalani gaya hidup sihat dengan amalan gaya hidup sihat di samping rehat yang secukupnya.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

“Semoga keputusannya baik. Kita tidak tahu bila pemindahan embrio akan berlaku,” kata Zaskia Sungkar dalam siaran program Insert Investigative baru-baru ini.

BACA JUGA: “Siblings Goals, Macam Kembar!” ZASKIA SUNGKAR & SHIREEN SUNGKAR Adik Beradik Cantik & Stylish

Zaskia melakukan persiapan terbaik agar proses IVF berjalan lancar.

“Saya belum tahu lagi tentang pemindahan embrio, kerana kita kena lihat dulu kualiti embrio, kesediaan rahim. Sekarang kita masih berulang-alik untuk memeriksa kesediaan dan perkembangan sel telur,” kata Zaskia Sungkar.

Kredit Foto: zaskiasungkar15

Tak Kisah Jantina
Seperti yang diketahui, Zaskia telah melalui proses yang panjang dan sukar untuk mendapatkan anak pertama.

Momen manis ketika Zaskia Sungkar hamil anak pertama. Kredit Foto: zaskiasungkar15

“Nak dapatkan seorang pun sukar, jadi saya tak akan pernah memilih jantina anak sama ada perempuan atau lelaki. Dikurniakan Allah juga sangat bersyukur,”

luah Zaskia jujur.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar buat Zaskia dan Irwansyah seterusnya kekal bahagia sampai syurga.

Published by
Amy Mohd