Pelakon yang sering turun naik namanya akibat terpalit dengan kontroversi, Zarina Anjoulie hari ini menutup mulut-mulut jahat orang ramai, yang membuat spekulasi kononya dia telah bernikah secara senyap bersama seorang usahawan.
Zarina atau lebih mesra disapa dengan gelaran Anju ternayata baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam satu majlis serba ringkas yang dilakukan secara tertutup di kediaman Anju.
Perkara berkenaan dimaklumkan Anju menerusi beberapa hantaran di laman Instagram miliknya, beberapa jam lepas.
“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini….thank you so much for today. Loving my new family (menyayangi keluarga baru saya),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Anju yang begitu anggun berbaju kurung sambil mengenakan hijab, sambil tersenyum bahagia menerima dua bentuk cincin tanda dan cincin tunang dari keluarga sebelah lelaki.
Malah, Anju juga turut berkongsi klip video semasa majlis itu berlangsung di aplikasi Tik Tok miliknya.
@elzey_anjoulielavocah #fyp Terima kasih #Allah #zarinaanjoulie ♬ Sholawat Al Busyro – Neng Nada Official
“Finally, you are half mine. Thank you Allah for everything (Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya),”kongsinya.
Artikel berkaitan: Anggun Gayakan Busana Pink, Persandingan Zarina Anjoulie Dan Suami Meriah Walau Dalam Norma Baharu
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian Anju itu mendapat respon positif dari pengikut, peminat dan rakan artis dengan ucapan tahniah serta mendoakan agar hubungan Anju kali berkekalan hingga ke Jannah.
Sekadar info, Zarina dan kekasihnya itu, dilihat kerap memuat naik video mempamerkan kemesraan mereka di khalayak umum. Sehinggakan panggilan papa mama antara mereka menimbulkan tanda tanya adakah mereka sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie & Tik Tok Zarina Anjoulie
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.