Pelakon Zara Zya mengakui dia ada mendapatkan khidmat melakukan prosedur kecantikan di bahagian muka dan bibir untuk tampil kelihatan awet muda.
Menurut Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia mengambil inisiatif tersebut kerana ingin menghilangkan kedutan di wajah yang semakin ketara seiring peningkatan usia.
Tak Ubah Bentuk Dan Struktur Asal Muka, Hanya Suntikan Vitamin Sahaja
Malah, Zara turut menepis dakwaan dia cuba untuk mengubah bentuk muka, sebaliknya apa yang dilakukannya itu hanyalah suntikan vitamin semata-mata.
“Apa yang saya buat itu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ia (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.
Artikel berkaitan: Jodoh ‘Rahsia’ Allah, Zara Zya Serah Semua Pada Takdir!
“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang.
“Apabila tegang, bibir akan menjadi lebih mungil dan berwarna kemerah-merahan,” katanya memetik video yang dikongsikan menerusi TikTok Melodi.
@melodiberapi Sebagai selebriti of course kena jaga dari head to toe, salah satu rutin untuk selebriti la – Zara Zya #meloditv3 #zarazya #kontroversi #fypシ #ceritaartismalaysia ♬ original sound – Melodi
Zara Zya Enggan Ambil Pusing Kecaman Netizen
Pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu juga berkata dia tidak kisah dengan tanggapan negatif sesetengah pihak berhubung kenyataannya itu.
“Terpulang kepada orang. Masing-masing ada pendapat sendiri. Macam saya, saya adalah selebriti jadi penampilan dari kepala ke kaki mesti kena jaga.
“Saya tak kisah orang nak kecam dan tetap akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Artikel berkaitan: Wajah Berseri, Tak Lokek Dengan Senyuman! Zara Zya Kongsi Petua Kulit ‘Glowing’ Miliknya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Zara Zya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI