Bulan Ramadan tentu berkaitan dengan Zakat fitrah dan kita diwajibkan untuk menjalankannya. Bacaan, doa dan niat membayar Zakat fitrah yang boleh anda ucapkan untuk diri sendiri, isteri, anak serta seluruh keluarga. Semoga bermanfaat dan berakah bagi anda yang menjalankannya.
“Rasulullah Saw mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sha’ kurma atau gandum atas setiap muslim merdeka atau hamba sahaya laki-laki atau perempuan”, (HR. Bukhari Muslim)
Kerana wajib itulah umat Islam tidak boleh meninggalkannya. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah. Walaupun mempunyai halangan agama Islam memberikan kemudahan.
Untuk menjalani ibadah wajib ini tentu ada niat yang harus diucapkan agar ibadah menjadi sah. Bacaan doa dan niat membayar Zakat fitrah yang boleh kamu ucapkan untuk diri sendiri, isteri, anak dan seluruh keluarga adalah seperti berikut.
1. ZAKAT FITRAH UNTUK DIRI SENDIRI
Niat doa zakat fitrah untuk diri sendiri adalah seperti berikut.
Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an (……) fardhan lillahi ta’ala
Ertinya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik), fardhu karena Allah Taala.”
Bacaan, doa dan niat membayar Zakat fitrah yang bisa kamu ucapkan untuk diri sendiri, isteri, anak serta seluruh keluarga. Semoga bermanfaat dan berkah bagi kamu yang menjalankannya ya. Bagi anda yang belum menjalankan ibadah ini wajib untuk mereka yang berkemampuan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Minggu lalu viral apabila bekas pemain bola sepak sensasi, David Beckham berknjung ke Pavillion Kuala Lumpur. Rata-rata ramai peminat bekas Kapten England ini tidak melepaskan peluang untuk bertentang mata dengan bapa kepada empat cahaya mata ini.
Biarpun usianya sudah menjangkau 42 tahun, namun kelibatnya di pusat beli belah terkemuka itu tetap menjadi buruan paparazi dan jeritan histeria daripada peminat yang cukup fanatik, terutma gadis yang menyambut kehadiranya. Maklumlah suami kepada Victoria Beckham ini masih lagi kacak, tampan dan bergaya.
Malah selebriti lain juga turut hadir ke majlis berkenaan. Antara Fazley Yaakob juga turut menyifatkan Beckham ini begitu merendah diri dan mesra dengan semua orang di sekelilingnya. Beliau dikatakan sentiasa melemparkan senyuman dan bersalam dengan semua yang ada di situ termasuk bodyguard, emcee dan juga organizer.
Dalam keghairahan untuk bertemu beliau, terdapat satu video pendek berdurasi 20 saat ini menjadi tular. Ini disebabkan penolakan seorang gadis Muslimah bertudung hijau yang memakai baju lengan panjang untuk bersalam dengan Beckham.
Gadis ini hanya menunduk hormat tika David Beckham menghulurkan tangan untuk bersalam. Nyata gadis ini cukup tegas dengan pendiriannya dan begitu menjaga auratnya dengan lelaki bukan muhrim. Walaupun di hadapannya adalah seorang lagenda bola sepak terkenal, namun dia tegas dengan pendiriannya.
Bekas bintang kelab Manchester United itu juga turut bersikap profesional dengan hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti dan menghormati keputusan gadis itu. Biarpun hanya beberapa minit, tetapi video ini mendapat reaksi positif daripada netizen.
Ramai memuji tindakan gadis ini yang walaupun teruja bertentang mata dan satu pentas dengan Beckham, tetapi tetap menjaga pergaulannya sebagai gadis Muslimah beragama Islam. Rasanya kalau orang lain pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan selebriti dari luar negara ini.
Seorang netizen berkata, “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”
“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.
“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,”kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.
Islam telah mengajar kita untuk sentiasa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Antara perkara yang disuruh oleh Allah SWT ialah melakukan beberapa amalan sebelum tidur.
Begitu terperinci dan indahnya agama Islam, sehinggakan sebelum tidur pun disarankan untuk melakukan beberapa amalan supaya Allah SWT menyayangi kita dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah!
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur adalah:
Mengambil wudhu
Amalan kebiasaan Rasulullah sebelum tidur ialah yang pertama, mengambil air wudhu. Air wudhu ini bukan sahaja mempersiapkan tidur kita seperti ingin bersolat ataupun dijadikan pelindung dari kejahatan syaitan, malah ia membuatkan diri kita lebih tenang. Keadaan tubuh kita menjadi lebih suci.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka berwudhulah sebagaimana wudhumu untuk solat.” (HR. Al Bukhari no. 6311 dan Muslim no. 2710).
Menjaga kebersihan tempat tidur
Seterusnya, amalan Rasulullah sebelum tidur ialah menjaga kebersihan tempat tidur. Menghilangkan kotoran yang pada bantal dan tempat tidur. Sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan juga pernafasan.
“Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan, ‘bismillaah,” kerana ia tidak tahu apa yang terjadi di atasnya tadi.” [HR. Al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714, at-Tirmidzi no. 3401 dan Abu Dawud no. 5050.
Memperbanyakkan zikir
Amalan mengingat Allah atau zikir menjadi kebiasaan amalan Rasululah sebelum tidur yang patut diamalkan. Bacaan ini akan membuat hati lebih tenang, sesuai dengan firman Allah, “Ala bidzikrillahi tathmainnul qulub (hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram).” (Ar-Ra”du ayat 28).
Membaca Ayat Kursi
“Jika engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), maka bacalah ayat kursi. Nescahya Allah akan selalu menjagamu dan setan pun tidak akan mengganggu tidurmu hingga pagi tiba.” (HR Al-Bukhari).
Membaca Doa Sebelum Tidur
Akhir sekali, bacalah doa tidur bagi menyempurnakan malam anda sebelum tidur.
“Apabila Nabi shallallahu alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan doa: Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, Beliau mengucapkan:
“Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari no. 6324).
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular di sosial media mengenai kawasan gurun di beberapa wilayah barat Arab Saudi mulai menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan beberapa foto tentang fenomena itu.
Penduduk tempatan juga turut sempat berkongsi keadaan sebenar melalui rakaman video yang dimuat naik di Twitter.
Semakin kelihatan ‘menghijau’ di sesetengah kawasan…
Dilaporkan oleh SinarHarian, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan–pemeluwapan wap air yang menyebabkan hujan, hujan batu, dan salji. Kejadian ini berlaku dalam kadar hampir berterusan dalam tempoh yang panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Keadaan itu menyebabkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di kawasan barat Saudi dan mengalami hujan lebat secara berterusan secara luar biasa. Ini menjadi faktor bagaimana kawasan gurun di Makkah dan Madinah mulai tumbuh tumbuhan hijau.
Imej yang yang dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi kesatuan itu menjadi saksi fenomena luar biasa ini berlaku.
Adakah kiamat mulai hampir?
Sudah sekian lama orang ramai memperkatakan tentang tanda-tanda kiamat yang mulai muncul satu demi satu. Jadi adakah kiamat bakal tiba tidak lama lagi?
Kejadian itu tidak boleh kita sangkalkan, Allah SWT sahaja yang mengetahui bila tiba masanya hari pembalasan akan tiba. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak Haraj.” Mereka bertanya apakah Haraj Ya Rasulullah? Jawab Baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan muslim)
Munculnya tanda-tanda kecil kiamat
Pembangunan bangunan-banguna serta pusat membeli-belah yang berkedudukan dekat antara satu sama lain. Keadaan ini pernah di sebut melalui sabda Rasulullah SAW melalui satu riwayat:
Baginda SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan pasar-pasar saling berdekatan.” (Riwayat Ahmad)
Dalam masa yang sama, para ulama juga merungkaikan perbuhungan antara kecanggihan teknologi yang mempercepatkan proses pembelian yang mudah dan pantas. Bahkan, pergerakan masa yang terlalu cepat juga patut kita khuatiri.
Perubahan antara tahun ke tahun itu amat pantas sehinggakan kita bakal berjumpa bulan Ramadhan tidak lama lagi. Perkara ini juga pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Apakah mungkin semua ini berlaku sekadar fenomena alam semula jadi? Atau jua tanda Allah SWT memperingati kita kiamat semakin hampir? Kedua-duanya menjadi persoalan.
Menjadi kepastian adalah Kiamat itu bakal tiba dan Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita harus mulai rasa takut dan memperbanyakkan masa untuk beribadah.
Kegusaran hati yang membuak-buak itu salurkan dengan ketenangan melakukan ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, dengan izinNya, bersama-sama kita dilindungi dengan syafaat Allah SWT.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...