Ramai hijabi masa kini yang berhajat untuk bergelar instafamous atau influencer. Rata-rata menggunakan pendekatan viral untuk jadi popular. Tetapi lain caranya bagi Yuyu Zulaikha, 29 tahun salah seorang antara blogger/instafamous cukup popular dan sudah lama berkecimpung di laman sosial. Dia lebih senang menggunakan cara yang lebih berhemah untuk kekal ‘maintain’ seperti sekarang.
10 TAHUN SEBAGAI BLOGGER
Menurut Yuyu yang sudah 10 tahun berkecimpung sebagai personaliti media sosial ini, sekarang lebih ramai hijabi yang mahu bergelar instafamous ataupun influencer. Berbanding ketika zaman dia mula-mula menceburi bidang ini.
Dia juga yang kini membuat bidang ini secara sambilan memandanngkan perlu fokus tugasnya sebagai seorang suri rumah. Yuyu yang mempunyai dua orang cahaya mata ini dan keduanya masih kecil dan perlukan lebih perhatian darinya.
Walaupun menyedari kehadiran instafamous yang semakin ramai hari ini, namun Yuyu menganggap sebagai satu saingan yang sihat.
“Saya tak anggap persaingan (kemunculan instafamous) itu sebagai satu cabaran kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Macam Yuyu sekarang lebih kepada parenting dan lifestyle dengan memberi lebih banyak info kepada follower Yuyu sendiri,” ungkapnya ketika ditemui di majlis pelancaran syampu terbaru Safi Shayla di Putrajaya semalam.
Dia yang bertubuh kecil kelihatan lebih muda dari usia sebenar hadir bersama suami dan dua anaknya.
TIDAK SUSAH BAWA ANAK
Menurut Yuyu bukan selalu dia membawa anak-anaknya tetapi bergantung pada majlis bersesuaian. Biasanya dia akan hadir keseorangan dan lebih memudahkan untuknya membuat kerja.
“Tetapi sebenarnya tidak susahpun membawa anak kerana mereka sudah biasa dibawa ke majlis sebegini yang ada ramai orang. Anak-anak pandai bawa diri walaupun kedua-duanya masih kecil. Tetapi selalunya suami akan turut serta membantu menjaga mereka,” jelas Yuyu yang juga tidak lokek berkongsi tip untuk maintain bergelar instafamous/influencer sehingga ke hari ini.
“Dalam hal ini Yuyu mengambil pendekatan tidak menggunakan medium viral untuk jadi popular. Sejak pembabitan awal lagi Yuyu lebih senang dengan cara sederhana dan tidak perlu membuat sesuatu yang memalukan diri kita sendiri untuk popular.
“Ini kerana cara berkenaan tidak mampu bertahan lama. Bagi Yuyu penting untuk kita ada identiti sendiri dan tahu apa sebenarnya kehendak follower kita. Yuyu lebih banyak share dan salur informasi mengenai parenting dalam media sosial.
“Untuk buat ‘paid review’ pula, bergantung pada situasi. Kalau Yuyu sibuk, tak akan buat kerana tak nak serabutkan fikiran. Lagipun Yuyu tak nak nampak sangat instagram Yuyu lebih kepada review sahaja,” katanya yang mula menulis blog sejak 2008.
Yuyu yang mempunyai ijazah dalam Perbankan Islam memberitahu sebulan pendapatannya untuk ‘paid review’ di laman sosial boleh mencecah lima angka biarpun tidak menggunakan pendekatakan viral.
TAK GUNA CARA VIRAL
Biasanya dia akan menbuat ‘paid review’ lebih kepada produk parenting, kecantikan dan barangan kediaman keluarga untuk beberapa jenama terkenal.
Ramai followernya yang cukup terinspirasi dengan sifat dan personaliti Yuyu itu sendiri. Dia yang mempunyai tubuh kecil molek ini mempunyai pengikut di laman sosial kira-kira 126K. Malah ramai yang memasang impian untuk menjadi personaliti media sosial sepertinya.
“Yuyu bersyukur dan berterima kasih kepada follower Yuyu yang setia mengikut perkembangan Yuyu sejak sebelum kahwin hinggalah sudah punyai anak ini. Walaupun Yuyu tidak gunakan cara viral, namun masih boleh bertahan hingga ke hari ini.
“Rahsianya adalah jadi diri sendiri dan gunakan platform yang kita ada untuk memberi tahu info yang baik-baik sahaja. Yuyu sendiri setiap hari akan pastikan ada perkongsian berguna buat follower Yuyu.
“Tak naklah orang ikut kita pada benda yang tidak elok. Yuyu nak orang follow dan ambik yang baik-baik sahaja,” tambahnya yang juga merupakan founder kepada jenama Yulaeka.
Yuyu mengakui dia sebenarnya mengalami masalah kurang berat badan dan berusaha untuk menambah berat sedia ada.
NAK TAMBAH BERAT BADAN
“Saya cuba untuk tambahkan berat badan tetapi tidak berjaya. Susah sangat berat nak naik. Lagi-lagi sekarang ini tugas sebagai ibu kepada dua anak yang masih kecil memang memenatkan.
“Tapi sebenarnya seronok kerana Yuyu sendiri yang besarkan anak-anak depan mata. Walaupun penat tetapi sangat mengujakan untuk menjalani rutian harian sebagai ibu,” ujar Yuyu yang tidak begitu mendedahkan anak-anak di laman sosial. Namun ada juga jenama produk yang mahu menggunakan khidmat anaknya untuk mempromosikan barangan mereka.
Pembabitan Yuyu Zulaikha sebaris dengan blogger seangkatan dengannya seperti Maria Elena, Cik Epal, Fatin Liyana dan juga Hanis Zalikha. Menurut Yuyu juga dia tidak terkecuali pernah kecam tetapi abaikan sahaja kerana tiad guna melayan kerenah netizen begitu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM YUYU ZULAIKHA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI