Kecantikan

Yuna Kongsi Penjagaan Rambut Yang Betul Bagi Wanita Berhijab Kekal Segar Walaupun ‘Tertutup’ Sepanjang Hari

Share

Penjagaan rambut bukan sahaja untuk wanita yang tidak bertudung. Sebaiknya bagi mereka yang berhijab juga perlu menitik beratkan penjagaan mahkota yang satu ini. Salah seorang selebriti berhijab yang begitu menitik beratkan soal penjagaan rambut adalah Yuna. Seperti orang lain dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut. Dan dia ada rahsia tertentu untuk mengekalkan kesegaran keserian rambut walaupun seharian berhijab.

Menurut Yuna, dia hanya mencuci rambut dua kali seminggu. Cara ini adalah bagi mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala. Penyanyi bersuara unik ini memang begitu menitik beratkan tentang kesihatan kulit kepalanya supaya ia seimbang dan tidak kering.

Nasihat Yuna lagi, bagi wanita berhijab itu perlu mencari produk penjagaan rambut bersesuaian dengan masalah rambut. Pastikan juga megamalkan rutin penjagaan bagi mengekalkan kesihatan rambut.

Sebenarnya cucian rambut terlalu kerap juga boleh menyebabkan kulit kepala mengalami masalah kekeringan. Sekaigus akan menyebabkan rambut kering dan rosak. Dan jika tidak dicuci pula akan menyebabkan masalah kelemumur. 

Jadi seseorang wanita itu tidak kira berhijab atau tidak perlu bijak seimbangkan cara penjagaan rambut.

Artikel Berkaitan: Pengalaman Yuna Sambut Raya Di Airport Bersama Suami

Yuna ditemui ketika majlis pelancaran kempen #wanitabesi anjuran jenama syampu Pantene di GSC MId Valley. Sekaligus turut menyaksikan penyanyi yang kini mengembangkan namanya di US dipilih sebagai duta bagi jenama ini.

Hadir dengan berhijab turban dan topi bowler, Yuna kelihatan sangat edgy dan chic untuk majlis tontonan filem pendek Wanita Besi! Selesai tayangan, Yuna cukup ramah melayan rakan media yang bertanya pelbagai soalan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YUNA

Published by
Siti Zurina