Penjagaan rambut bukan sahaja untuk wanita yang tidak bertudung. Sebaiknya bagi mereka yang berhijab juga perlu menitik beratkan penjagaan mahkota yang satu ini. Salah seorang selebriti berhijab yang begitu menitik beratkan soal penjagaan rambut adalah Yuna. Seperti orang lain dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut. Dan dia ada rahsia tertentu untuk mengekalkan kesegaran keserian rambut walaupun seharian berhijab.
Menurut Yuna, dia hanya mencuci rambut dua kali seminggu. Cara ini adalah bagi mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala. Penyanyi bersuara unik ini memang begitu menitik beratkan tentang kesihatan kulit kepalanya supaya ia seimbang dan tidak kering.
Nasihat Yuna lagi, bagi wanita berhijab itu perlu mencari produk penjagaan rambut bersesuaian dengan masalah rambut. Pastikan juga megamalkan rutin penjagaan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Sebenarnya cucian rambut terlalu kerap juga boleh menyebabkan kulit kepala mengalami masalah kekeringan. Sekaigus akan menyebabkan rambut kering dan rosak. Dan jika tidak dicuci pula akan menyebabkan masalah kelemumur.
Ads
Jadi seseorang wanita itu tidak kira berhijab atau tidak perlu bijak seimbangkan cara penjagaan rambut.
Yuna ditemui ketika majlis pelancaran kempen #wanitabesi anjuran jenama syampu Pantene di GSC MId Valley. Sekaligus turut menyaksikan penyanyi yang kini mengembangkan namanya di US dipilih sebagai duta bagi jenama ini.
Hadir dengan berhijab turban dan topi bowler, Yuna kelihatan sangat edgy dan chic untuk majlis tontonan filem pendek Wanita Besi! Selesai tayangan, Yuna cukup ramah melayan rakan media yang bertanya pelbagai soalan.
Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya. Pernah menyuarakan hasrat untuk ‘gugur’ sebagai syahid dan nyata permintaan bekas sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Razan Ashraf Najjar di makbulkan. Dia maut selepas ditembak di dada oleh rejim Zionis ketika memberikan bantuan perubaan di perkampungan Khua’za Gaza Jumaat lalu.
Menerusi Facebook MyCare, Razan dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai syahid.
“Boleh sahaja jika saya (Razan) hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” katanya yang dipetik melalui Facebook NGO terbabit.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCare. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang terkejut dengan berita kematiannya yang dianggap kejam kerana dibunuh menjalankan tugas membantu insan yang memerlukan.
Kamarul berkata, Razan ada menyuarakan hasratnya untuk meneruskan aktiviti sukarela, namun tidak sempat menyempurnakan sepenuhnya niat baiknya itu.
“Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.
Mangsa Razan Ashraf Najjar, 21 tahun yang juga warga Palestin pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.
Najjar yang juga seorang jururawat memakai uniform putih ketika sedang menjalankan tugasnya sewaktu ditembak di bahagian dada berkenaan.
Dalam kejadian berkenaan 100 orang cedera termasuk Najjar yang terbunuh disebabkan serangan tentera Israel di hari Jumaat nan mulia.
Sebelum itu, Najjar dikatakan sedang berusaha membantu pesakit lain dalam jarak 100 meter dari kawasan sempedan tetapi kahirnya peluru Israel menembusi dadanya.
Ribuan yang menghadiri majlis pengebumian sukarelawan yang bukan sahaja masih muda tetapi punya personaliti menarik.
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: VIA FACEBOOK HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MYCARE)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak YB Nurul Izzah menang dalam pilihanraya lalu, ramai yang mula meminati gaya dan penampilannya yang cukup sederhana. Malah lilitan hijab daripada tudung bawal yang digayakan cukup trending di kalangan netizen. Ramai yang cuba membuatnya dan salah seorang adalah owner Tudung People, Fazrena Aziz yang turut membuat tutorial hijab gaya Nurul Izzah.
Tutorial yang digayakan oleh Fazrena ini turut dmuatkan dalam laman sosialnya yang turut mendapat perhatian follower beliau.
Ramai yang mahu cuba untuk mencuba tutorial gaya hijab berkenaan hinggga mendapat hampir 60 ribu butang view. Walaupun tidak sebenarnya ‘sama’ tetapi hijab tutorial Nurul Izzah ala Fazrena ini tetap boleh dicuba terutama buat peminat bawal.
Menurut Fazrena, melalui hijab digayakan YB Nurul Izzah ini begitu memberi penekanan kepada penutupan di bahagian bawah dagu.
Sebelum itu Nurul Izzah juga ada muat turut tutorial sebenar gaya hijab yang sering digayakannya. Beliau yang sudah hampir 20 tahun memakai bawal tetap setia dengan gaya hijab yang ringkas dan menyenangkannya untuk bergerak ke sana ke mari.
Ayuh, kita cuba tutorial yang dibuat dan masih sempat untuk kita gayakannya sempena menghadiri majlis open house sepanjang minggu ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.