Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.
Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.
Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.
Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.
Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
IDEA PENUBUHAN SALUN MUSLIMAH “Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.
“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.
“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”
Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.
Ads
“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.
Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.
“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.
“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”
Ads
KEHIDUPAN SEBAGAI WOMENPRENEUR
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?
“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.
“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.
“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”
Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.
Ads
PETUA RAMBUT SIHAT ALA YULIA ASTUTI
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.
Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
TIP URUS PERNIAGAAN & KEWANGAN “Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.
“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”
Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.
“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”
Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci Mekah sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarga termasuk anak kecilnya, Siti Aafiyah. Walaupun sedang kusyuk membuat ibadah, tetapi beliau tidak lupa muat turun segala aktiviti dilakukan di sana di media sosial.
Malah netizen juga tertunggu-tunggu posting terbarunya menceritakan pengalaman membawa anak kecilnya di sana. Sebelum ini memang menjadi hajatnya untuk membawa Siti Aafiyah menjejakkkan kaki ke Tanah Suci bila sampai masanya.
Nampaknya menurut Siti, Aafiyah tidak banyak ragam sepanjang berada di sana. Malah dalam posting terdahulu Siti juga mengucap syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan berada di Masjidil Haram di hujung Ramadan.
Pelantun lagu Anta Permana ini juga memberitahu Siti Aafiyah sempat mengikutnya menunaikan tawaf sunat dan jadi pengalaman sangat bermakna buat dirinya dan suami.
Selain itu netizen juga menyukai cara Siti yang dikatakan sangat humble. Penampilannya juga sangat cantik walaupun berwajah polos tanpa sebarang solekan.
Walaupun beliau seorang public figure, tetapi tidak memilih untuk berniqab menutup muka biarpun dirinya sangat dikenali di sana.
Ayuh kita lihat foto-foto menarik yang dimuat turut oleh Siti dalam laman Instagramnya.
smileysoulstore Selamat menunaikan umrah Dato’ CT & Family. Moga dipermudahkan dan mendapat umrah yg mabrur. Happy tengok Aafiyah bawak softbook tu sampai ke tanah suci.
Pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera akhirnya selamat melahirkan bayi perempuannya 22 Ogos lalu. Menjalani fasa baru sebagai seorang ibu memberi pengalaman cukup berbeza buat pelakon ini. Ternyata kehadiran bayi perempuan yang lahir sebulan lebih awal ini membuatkan Ummi Nazeera tidak cukup tidur rehat kerana terpaksa berjaga sepanjang malam. Ummi yang memuat naik status terbarunya itu turut memberitahu masanya kini difokuskan pada si kecil yang baru berusia beberapa hari ini.
Pelakon Bisik Pada Langit ini juga tidak berkesempatan untuk membalas semua mesej kerana tidak punya rehat mencukupi. Malah dia juga memberitahu kini sedang dalam proses membiasakan diri dengan situasi yang dihadapinya sekarang.
Bayinya yang telah diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari juga menggunakan tanda palang #Baby AA ini begitu terserlah kecomelannya. Sebaik lahir ke dunia, ucapan tahniah turut diberikan buat si kecil ini.
Dan sebagai ibu Ummi turut mendoakan semoga Allah melindungi anak yang baru dilahirkan ini. Dia melahirkan bayi perempuannya ini menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu di Hospital Serdang.
Namun segalanya berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan Allah. Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu.
Bagi umat Islam, berdoa, bersedekah, hingga memakan buah-buahan seperti kurma ataupun madu menjadi salah satu sunnah Nabi Muhamamd SAW agar terhindar dari pelbagai macam penyakit. Kurma merupakan salah satu makanan yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menjaga stamina dan kesihatan tubuh.
Kurma Ajwa atau dikenal dengan kurma Aliyah, menurut Imam Ibnu Qayyim, merupakan kurma terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya padat, agak keras dan kuat, namun kurma yang paling lazat, paling harum, dan paling empuk.
Sebagaimana Hadits aosulullah, Kurma Ajwa dianggap mampu menghidari seseorang dari bahaya racun dan sihir.
Dari Abu Huraira ra, ia berkata “ Rasulullah SAW bersabda, “Kurma Ajwah itu dari surga, di dalamnya tedapat penawar terhadap racun dan cendawan (kam’ah) adalah manni, sedangkan airnya adalah obat bagi mata,” (HR Imam At-Toirmidzi dalam Ath-Thib)
Dalam hadits lain, Aisyah RA, Nabi bersabda “Sesungguhnya dalam kurma ajwa dari daerah Aliyah ada obat atau itu Ajwa adalah anti racun di pagi hari.”(HR Muslim).
Amalkan Pengambilan 3 makanan ini dalam pengambilan makanan harian.
Dalam keadaan dunia dilanda satu wabak yang sangat berbahaya, anda dikehendaki menjaga sistem pemakanan agar imunisasi badan dapat melawan pelbagai penyakit. Jadikan 3 makanan sunnah rasulullah ini sebagai rutin pemakanan harian agar terhindar dari virus yang menular.
KURMA
Kurma sering dimakan oleh masyarakat Malaysia untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kurma dipercaya memiliki khasiat untuk kesihatan, menambah kadar gula darah dan mengubati katarak mata. Sedangkan sari kurma dianggap boleh untuk mengubati demam berdarah, melancarkan buang air besar, sakit tekak, dan insomnia. Sedangkan pasta kurma apabila dicampur dengan madu dapat dijadikan ubat untuk mengatasi diet.
Selain Kurma, Rasulullah juga memperkenalkan Habbatus Saudah atau biji hitam sebagai ubat kesihatan. Habbatus Saudah atau dikenal juga dengan sebutan jintan hitam dianggap oleh masyarakat sebagai ubat segala penyakit dan juga untuk menjaga sistem imun tubuh.
Dari Aisyah dari Khalid ibn Sa’id, ia berkata, “Kami keluar bersama Ghalib ibn Abjar, di jalan ia sakit. Saat sampai di Madinah ia masih sakit, Ibnu Abi Atiq menjenguknya lalu berkata kepada kami, ‘Mestinya kalian gunakan Habbatus Sauda ini, ambillah lima atau tujuh butir, tumbuklah, kemudian teteskanlah seperti minyak di sebelah sini dan di sebelah sini,” Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahwa nabi Saw berkata, “Sesungguhnya Habbatus Saudah ini adalah obat segala penyakit, kecuali penyakit as-sam,” Aku bertanya, “Apakah as-sam itu?” Nabi menjawab, “Kematian.” (HR Bukhari).
Madu lebah
Madu merupakan makanan alkali (zat kimia yang menuetralisi asid atau membentuk garam), kerana mengandung potasium , sodium, kalsium, dan magnesium. Karena itu madu sangat berguna untuk menyeimbangkan kadar alkali dalam tubuh serta membersihkan tubuh dari zat asid yang menghilangkan kekuatan tubuh dan menyebabkan kelesuan.
Selain Jintan hitam dan Kurma, madu juga dianggap sebagai ubat alami untuh tubuh. Allah berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia,” (QS An-Nahl ayat 68-69).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...