Bagi mereka yang mengikuti perkembangan tentang adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, pasti tahu bagaimana ‘perjalanan’ si comel ini. Pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut empat tahun lalu, hari demi hari Ainul semakin pulih dan tentunya ramai yang berkongsi kegembiraan itu.
Namun secara tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan situasi genting yang sedang dialami oleh adik Ainul Mardhiah yang kini ditempatkan di wad kecemasan di sebuah hospital.
Pada awalnya ibu adik Ainul, Nurul Erwani Zaidi, berkongsi keadaan adik Ainul yang dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman melalui Instagramnya.
Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni. Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.
View this post on Instagram
Namun kira-kira jam 5.40 petang, ibu adik Ainul ‘update’ keadaan terkini adik Ainul.
Mama akan update keadaan Ainul di IG story ya. Tak dapat nak tunjuk Ainul buat masa sekarang. Nanti dah balik rumah baru boleh tunjuk Ainul okay!
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Doktor Amalina Bakri yang merupakan doktor yang membantu Ainul mendapatkan rawatan di United Kingdom (UK) empat tahun yang lalu turut terkejut dengan berita tentang adik Ainul.
Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh 🙏🏽
Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) August 1, 2022
Ramai yang sayang dengan adik Ainul. Ini antara komen-komen yang mendoakan agar adik Ainul segera sembuh.
SEMOGA ALLAH LINDUNGI ADIK AINUL.
KEEP FIGHTING DIK
HIJABISTA: Marilah kita sama-sama doakan adik Ainul pulih seperti sedia kala. Moga si kecil ini kembali ceria menjalani kehidupan hariannya. Aamiin…
Sumber kredit: Instagram _nrlerwani Twitter Dr Amalina Bakri dan Instagram Dr Amalina Bakri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI