‘You Are Beautiful!’ Rasa Insecure Dengan Diri, Gadis Ini Terima Sokongan Padu Dari Netizen

Share

Tidak kira bagaimana sekali rupa kita, yang penting adalah kita mensyukuri segala nikmat dan kurniaan yang telah Tuhan jadikan buat diri kita kerana segala ciptaanNya adalah indah.

Bagi seorang gadis iaitu Hikmah Razlan,21, yang mempunyai penglihatan sebelah mata sejak dilahirkan, dia berasa bangga dapat menempuh tahun 2019 ini dengan baik dan tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai halangan untuk terus maju ke hadapan.

Menerusi laman twitternya, gadis yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Pahang ini mendapat penuh sokongan daripada rakan-rakan media sosial yang lain dan berharap dia dapat terus membawa dirinya dengan penuh keyakinan.

‘Tuhan menilai dari hati bukan rupa’

Nobody Can Be Like You!

kredit: twitter Hikmah Razlan

Published by
Qiss