Selebriti ini antara artis wanita yang terawal berhijrah dengan memakai tudung. Ketika itu, gelombang dunia seni menyaksikan ramai selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sebagaimana tuntutan agama yang mewajibkan seorang wanita itu menutup auratnya.
Bagi Erra Fazira, keputusannya berhijab bukan dipaksa orang lain, tetapi dengan kerelaan hatinya sendiri. Ternyata sejak berhijab pada 2015, rezeki pelakon dan penyanyi tinggi lampai ini semakin murah.
Terbaru dia muncul dalam drama bersiri popular Gerak Khas yang menggabungkan dia bersama pelakon asal drama berkenaan, seperti Abby Abadi dan juga Norman Hakim.
Menurut Erra, hijab itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa tetapi kena fahamkan anak perempuannya itu maksud sebenar berhijab dan berdoa untuknya bersedia.
“Saya memang ada tanya Aleesya nak tak pakai tudung. Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes i want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia.
“Saya bukanlah jenis ibu yang suka memaksa. Namun dalam masa sama perlahan-lahan saya bagi dorongan dan bagi injection kepadanya dalam mendidik perkara yang betul.
“Saya tak nak lah maacam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak bolehlah nanti lain jadinya,” ujar Erra. Malah caranya mendidik ini turut dipuji netizen.
Menurut pelakon filem Pasrah ini, dugaan Allah lain-lain dan sebagai hambanya kita kena menerima dengan reda.
IKLAN
“Sebagai hambanya kita kena faham dan mintak petunjuk dari-Nya. Kita tahu dugaan itu macam roller coaster. Jadi kita kena minta doa pada-Nya agar sentiasa kuatkan iman kita. Mohon pada-Nya untuk jadi insan yang lebih baik,” nasihatnya ketika ditemui di majlis pelancaran Koleksi Hijab Eksklusif The Primadona Series Erra Fazira di Puchong baru-baru ini.
Kolobarasi ini adalah yang pertama kali oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE hasil idea bersama pelakon yang terkenal dengan jolokan Primadona Malaysia ini. Koleksi istimewa ini menghimpunkan 12 warna dengan rangkaian Long Shawl dan Square Scarf daripada fabrik matte satin yang sinonim dengan citarasa mewah.
Lebih menarik koleksi yang ada merupakan penceritaan seorang Primadona Malaysia berkisar tentang kehidupan, karakter dan juga simbolik yang dikanvaskan melalui hijab eksklusif The Primadona Series.
Wow memang hebat! Hijabi ini sememangnya telah berjaya memecahkan persepsi negatif terhadap gadis berhijab apabila berjaya menyertai pertandingan meluncur ais peringkat antarabangsa. Siapa kata hijabi tidak mampu beraksi dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak?
Berasal dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari, gadis berusia 22 tahun ini merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Tampil bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra memang memukau dek kerana ketangkasannya dan tidak keterlaluan Hijabista katakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang lain.
Impian Sejak Usia 12 Tahun
Zahra Lari mula meminati dan memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais selepas menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Demi memastikan dirinya berjaya mencapai impiannya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Cabaran Yang Perlu Dihadapi
Berasal dari negara Islam yang konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia ingin bertanding dan percaya bahawa ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka. Keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Ibu Zahra sendiri mengakui mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya demi memberi izin kepada anaknya untuk menyertai sukan tersebut. Apatah lagi dengan kostum yang menjolok mata.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah selepas bapanya sendiri melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Malah, keyakinannya semakin bertambah selepas melihat kostum yang digayakan tidak terlalu menjolok mata. Malah, ayah Zahra kini merupakan penyokong utamanya!
Matlamat
Zahra Lari mengakui bahawa sentiasa komited erana dia percaya bahawa luncur ais merupakan kombinasi seni dan sukan. Semangat dan minat yang tinggi dalam sukan luncur ais membuatkan dia sentiasa fokus untuk mencapai matlamatnya dan dalam masa yang sama turut mengabaikan segala negativiti dan halangan yang mendatang. Antara matlamatnya termasuklah mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Ia juga mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam.
Dinyatakan dalam Al-Quran, di di dalam tafsir Ibnu Kasir ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.
“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari.
Ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), luangkan masa untuk membaca kitab suci Al-Quran. Inilah masanya untuk membaca kalam Allah yang satu ini di samping memperbaiki bacaan Al-Quran.
Perkongsian Uyaina Arshad dan juga Mira Filzah ini wajar menjadi ikutan golongan anak muda.
Thank you Kak @lizaali27 for initiating this beautiful challenge. Ni Yana sambung surah Yassin ayat 11-20 ✨ Dan Yana challenge @mfmirafilzah untuk sambung ayat 21-30 pulak 😊
Selain Netflix & TikTok, korang jangan lupa baca Quran & terjemahannya jugak okay? 😉 Stay safe, everyone!
Bagi semua yang mengikuti laman sosial selebriti popular iaitu Neelofa, anda pasti tahu bahawa kini dia sedang berada di Milan, Itali bagi menghadiri acara terhangat di sana buat masa kini iaitu Milan Fashion Week (MFW).
Tampil dengan pelbagai look yang outstanding, gaya Neelofa berpakaian suit putih paling mencuri tumpuan ramai apabila dia memilih untuk berhijab penuh bagi memadankan dengan busananya yang sememangnya sangat menawan itu.
Dengan suit yang sangat empowering, Neelofa bagai seorang ikon hijabi yang tidak takut pada apa jua cabaran yang mendatang.