Hab kreatif yang semakin berkembang di Kuala Lumpur iaitu Pusat Beli Belah Komuniti Kreatif GMBB dilancarkan secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Yang Berhormat Dr Zaliha Mustafa di The Grey Box GMBB.
Turut hadir ialah Pengarah GMBB, Ahmad Zul-Qarnain Ibrahim; Pengurus Besar GMBB, Lim Ying Hui; dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Amerrudin Ahmad.
Terdahulu, GMBB dibayangkan sebagai pusat borong fesyen namun berubah menjadi hab kreatif apabila pengasas-pengasasnya menyedari betapa perlunya ruang kreatif di Kuala Lumpur.
Perubahan ini dipengaruhi oleh keterujaan mereka terhadap beberapa lokasi seni lain yang berjaya di luar negara seperti 798 Art Zone di Beijing dan PMQ di Hong Kong. Selain itu, pentingnya ada ruang fizikal untuk ahli kreatif, artis serta artisan tempatan agar dapat berkembang maju di Malaysia.
‘Dari Sekecil Benih ke Sebesar Rimba’ umpama benih yang disemai di tanah yang subur. Begitulah jua peranan GMBB untuk memupuk bakat tempatan dalam ekosistem dinamik.
Para artis, artisan dan kreatif yang berlainan latar belakang, bakat serta pengalaman boleh berkumpul, berkolaborasi dan membantu merangsang ekonomi kreatif dan budaya Malaysia.
Walaupun berdepan cabaran awal sebagai pendatang baharu dalam lapangan seni, GMBB memulakan perjalanan mereka berlandaskan visi yang utuh.
Jelas Pengurus Besar GMBB, Lim Ying Hui, “Dari inspirasi awal yang diambil dari pusat kreatif global hingga realiti yang telah disemaikan di GMBB, kita telah melalui perjalanan luar biasa dalam mencorak lanskap kreatif dan budaya Malaysia.
“Saya bersyukur kerana hari demi hari kita dapat menyaksikan kuasa transformasi kreativiti dan komuniti diperkasakan secara langsung. Bersamalah kita membantu mengembangkan ekosistem kreatif dan budaya Malaysia. Setiap suara pencipta bersatu dalam memperkayakan budaya dan menjalin hubungan bermakna.”
Kini GMBB berdiri sebagai sebuah hab unggul yang menempatkan lebih daripada seratus para artis, artisan dan kreatif di sembilan tingkatnya yang berkeluasan kira-kira 110,000 kaki persegi.
Ads
Mereka ialah Five Arts Centre, Fusion Wayang Kulit, Gangsapura, Museum of Picture Book Art, beberapa studio artis kelainan upaya dan kafe-kafe menarik.
Menurut Pengurus Besar GMBB Lim Ying Hui, semangat dan kepelbagaian menjadi aspek paling penting bagi meluaskan lagi komuniti kreatif.
“Fokus kita ialah mengangkat nilai yang dibawa oleh GMBB dalam menawarkan pengalaman pelancongan di Malaysia yang unik serta sumbangan kepada ekonomi kreatif dan budaya tempatan.”
GMBB sedang giat bekerjasama dengan institusi-institusi tempatan terutamanya Balai Seni Negara dengan penyediaan ruang untuk memberi sokongan kepada artis-artis yang terlibat dalam program Balai Seni Negara.
Ads
Pembangunan dan promosi bakat Malaysia kepada dunia adalah fokus utama yang
akan terus berkembang untuk tahun-tahun mendatang. GMBB juga berhasrat untuk
turut serta dan menyumbang.
Menariknya lagi, GMBB turut bekerjasama dengan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Jabatan Seni Halus, ASWARA dalam menganjurkan pameran akhir tahun pelajar-pelajar mereka.
Kerancakan suasana di GMBB ditingkatkan lagi melalui kerjasama dengan kolektif pengarkiban Gerimis yang aktif menerbitkan kandungan berkenaan Orang Asli serta Borneo Laboratory dan HAUS KCH yang berpangkalan di Sarawak.
GMBB secara aktif menyokong inisiatif Think City Creative KL, berkongsi cita-cita untuk mengubah pusat bandar Kuala Lumpur menjadi sebuah destinasi yang penuh meriah dengan elemen kreatif serta budaya.
Menurut YB Dr Zaliha Binti Mustafa, GMBB menampakkan bagaimana kerjasama strategik antara inisiatif kerajaan dan perusahaan swasta mampu mempertingkatkan suasana budaya Kuala Lumpur dan sektor pelancongan.
“Ia menunjukkan kesan positif dalam memupuk bakat kreatif tempatan dan ruang komuniti yang meriah. GMBB turut berfungsi sebagai model praktikal untuk inisiatif-inisiatif seumpamanya bagi memperkayakan landskap budaya bandar dan menarik pengunjung yang pelbagai.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Popular di aplikasi TikTok dengan mempunyai jumlah pengikut melebihi sejuta, Norhidayatul Asmiera Md Asadzzman Hoque,19, yang mesra disapa Angah ini menjadi tular di kalangan warganet apabila dia dipelawa menjadi model koleksi hijab terbaharu milik pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Ramai yang terpesona apabila melihat fotonya yang ayu berhijab disebabkan penampilannya sebelum ini yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki.
Sudah lali dikecam kerana berimej sedemikian, Angah tidak pernah mengambil hati malah menerima segala kritikan dengan hati terbuka. Dia juga melihatnya dari sudut positif agar dapat berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.
Jelas Angah, dia bukanlah seorang yang kasar dan ganas cuma dia memang selesa dengan imejnya yang sebegini sejak dari usia 12 tahun lagi.
“Keluarga selalu tegur. Apa yang salah pasti mereka tegur. Mak saya pun membantah. Dia selalu minta saya pakai tudung. Tapi mak ayah tahu yang suatu hari nanti saya akan berubah. Kita sendiri tahu mana yang baik dan buruk,” jelasnya yang mengusahakan perniagaan bundle dan kosmetik ini.
Selain itu, Angah juga berasa terharu apabila ada netizen yang sudi mendoakan untuknya dan memberikan kata-kata semangat agar dia mengubah penampilan suatu hari nanti.
“Apa yang saya buat, saya tak harapkan penilaian orang tapi saya buat untuk kepuasan diri sendiri. Saya tak pernah hiraukan kecaman dan segala teguran netizen saya terima.
“Mana tahu doa salah seorang daripada mereka diangkat Allah. Saya sentiasa mengharapkan doa-doa mereka semua. Saya berpegang kepada satu kata-kata, kita hidup kena santai, jangan sampai kena bantai,” ujarnya kepada mstar.
Rumah yang berbau wangi akan buatkan minda kita rasa tenang apabila memasukinya. Kebiasaannya kita akan menggunakan pewangi untuk mengekalkan kesegaran bau di rumah. Namun, masalahnya pewangi ini akan cepat habis dan harganya juga agak mahal.
Jangan risau sis, kalau nak rumah sentiasa wangi tak semestinya kena beli pewangi. Apa kata sis cara yang dikongsi ini. Harum sangat. Murah pun murah!
.
Tips nak rumah sentiasa wangi
Kalau nak rumah sentiasa wangi & tak payah beli pewangi mahal2.. Gunalah cara ni..
Beli sabun mandi (RM2.. 3biji…beli beberapa jenis.. Banyak jual kat Eco) dan letak dalam bakul comel2 mcm ni.. Confirm rumah bau harummm semerbak…. Boleh tahan berbulan2.. Susun untuk dijadikan deco pun boleh.. Pilih ikut warna n bau kesukaan masing2.. Nak naikkan bau just spray sikit air.. Nanti bau akan naik balik..
Selamat mencuba..
Kredit: Asri Meris Anthony ( AsriSitiDeco )
.
Senangkan sis? Kalau sis tahu cara ni dulu, awal-awal lagi sis dah cuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata kerajaan New Zealand akan menanggung segala kos pengebumian mangsa serangan bersenjata yang berlaku di masjid pada Jumaat yang lalu.
Berkata kepada sebahagian ahli keluarga 49 orang mangsa yang terkorban dalam kejadian berdarah itu, beliau memberikan mereka jaminan bahawa kerajaan juga akan memberikan bantuan kewangan kepada keluarga walaupun berstatus imigran.
Kata-katanya yang telah diposkan di media sosial…
“Kami sangat fokus dalam memastikan anda mendapat sokongan yang diperlukan dalam waktu ini dan pada masa akan datang.
Kebanyakan daripada mereka yang terkorban merupakan insan yang mencari nafkah buat keluarga mereka. Insan yang menjadi kebergantungan keluarga dan pasangan mereka. Saya mahu memberikan jaminan bahawa melalui sistem di New Zealand, melalui ACC, ada peruntukan yang disediakan untuk keluarga-keluarga tersebut.
Peruntukan itu wujud tidak kiralah status imigran mereka samada yang terkorban mahupun ahli keluarga mereka. Ini termasuklah kos pengebumian dan juga sokongan dari segi kewangan untuk jangka masa yang lama. Saya boleh berikan jaminan itu.”
Ternyata Jacinda telah menunjukkan sisinya yang bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Beliau juga telah mengenakan hijab sebagai tanda hormat sewaktu melawat keluarga mangsa.
Tiada perbezaan, beliau berkata pada keluarga mangsa : “You are us”
Strong leadership: New Zealand Prime Minister @jacindaardern visits grieving Muslim families, wearing hijab as a sign of respect.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...