Kejadian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut kerana tersepit apabila kereta dipandunnya remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori tanah di Jalan Bukit Kachi, Changlun semalam memang mengejutkan ramai pihak.
Mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni,21, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus UUM di Sintok sebelum kereta Perodua Kenari dipandunya bertembung lori yang dipercayai terbabas ke laluan bertentangan kerana hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 2.45 petang.
Benarlah tiada syarat untuk mati melainkan hidup. Sememangnya kematian itu tidak mengenal usia dan tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Untungnya arwah dijemput Tuhan dalam bulan Ramadhan ini. Rehatlah kamu di sana Insyirah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.