Isi Kandungan
ToggleKejadian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut kerana tersepit apabila kereta dipandunnya remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori tanah di Jalan Bukit Kachi, Changlun semalam memang mengejutkan ramai pihak.
Mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni,21, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus UUM di Sintok sebelum kereta Perodua Kenari dipandunya bertembung lori yang dipercayai terbabas ke laluan bertentangan kerana hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 2.45 petang.
Lebih menyedihkan, beberapa hari sebelum kejadian, arwah telah memuat naik tweet di laman twitternya yang menunjukkan betapa terujanya arwah untuk menyambut Hari Raya selepas mendapatkan kain songket.
Beruntungnya arwah apabila ramai yang turut serta melakukan solat jenazah buat dirinya.
Netizen juga berasa sebak apabila melihat retweet daripada arwah yang seolah-olah memberi bayangan dia mahu pergi tak lama lagi.
Benarlah tiada syarat untuk mati melainkan hidup. Sememangnya kematian itu tidak mengenal usia dan tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Untungnya arwah dijemput Tuhan dalam bulan Ramadhan ini. Rehatlah kamu di sana Insyirah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Daripada Orang Yang Naik Bas, Sekarang Vellfire!”- Beby Tora Tora Syukur Impiannya Tercapai!
Isi Kandungan
TogglePempengaruh media sosial, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi rasa teruja selepas berjaya memiliki kereta impiannya, Toyota Vellfire.
Bagi yang tidak mengenali dirinya, dia telah menjadi terkenal di laman sosial selepas sering memuat naik video ‘review’ makanan dan membuat mukbang yang menyelerakan.
Luah Beby Tora Tora, dia telah melalui pelbagai fasa dalam hidup bermulalah dengan kesusahan apabila terpaksa bergerak ke merata tempat menaiki bas, motor dan hinggalah kini mampu membeli sebuah kereta mewah.
Di kesempatan itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering memberi sokongan buatnya termasuklah suami tersayang serta ahli keluarga yang tercinta.
“Achievement unlocked!! Allahuakbar.. dari orang yang naik bas ke sana sini, tukar kepada motor, tukar kepada kereta kecik dan sekrang Vellfire!! 🥰😘”
“Thank you korang yang selalu support!! and thank you my husband and family”
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah di atas pencapaian usaha gigihnya itu termasuklah pelakon serta penyanyi terkenal, Vicha Barbie dan Wani Syaz.
“Tahniah sayang, alhamdulillah.
“Tahniah beb. Bangga betul la dengan hang.
“Alhamdulillah, semoga maju jaya.
“Tahniah awak, suka tengok semangat awak,” antara komen-komen warganet di Instagram buatnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penggunaan Peranti Penstriman Haram (ISD) Undang Risiko Serangan Siber
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan peranti penstriman haram (ISD) atau cetak rompak digital dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Kesan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh mengundang risiko serangan siber yang serius. Seseorang itu turut berisiko untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Risiko Serangan Siber
Kotak TV haram sering berfungsi sebagai pintu masuk untuk penjenayah siber, kerana mereka mengabaikan semua proses pelesenan dan saluran yang betul. Peranti-peranti ini tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat yang melindungi pengguna di platform yang sah.
Akibatnya, kotak-kotak ini mungkin mengandungi perisian berniat jahat, yang meningkatkan risiko serangan siber, penipuan, dan pelanggaran data peribadi. Pakar keselamatan siber memberi amaran bahawa peranti penstriman haram boleh membuka jalan kepada penjenayah yang merbahaya, yang dapat menyusup ke dalam rangkaian rumah anda.
Salah satu kesan paling ketara daripada penggunaan ISD adalah kemerosotan kemampuan penyiar yang sah untuk beroperasi dengan berkesan. Tindakan cetak rompak secara meluas ini memberi kesan buruk kepada industri hiburan, mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja kepada penyiar, tetapi juga kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.
“Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif.
“Dengan tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.
“Selain itu, usaha ini juga penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru” ujar Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Kes Cetak Rompak
Sebelum ini, di Ipoh, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 pada Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang telah dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram.
Peranti itu ditemui dalam satu serbuan pada Oktober 2023. Pada Julai tahun yang sama, dua individu di Seremban turut berdepan tuduhan yang serupa.
Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar yang terkenal terpaksa menanggung padah berjumlah ratusan ribuan ringgit gara-gara menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.
Dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.
Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.
Kes-kes tersebut mencerminkan usaha keras Astro dalam memerangi cetak rompak digital dan memastikan pematuhan syarat-syarat langganan pengisian Astro.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Saja Kenangan Yang Tinggal Bersama Abah” – Syafiq Farhain Muat Turut Turun Foto Masa Kecil & Doa Allah Ampunkan Dosa Bapanya
Dunia seni hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan kematian penyanyi legenda, Saleem yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi jam 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras. Berita kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini turut dikongsi oleh anaknya yang juga penyanyi Syafiq Farhain dalam laman instagramnya. Menurut Syafiq, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir dan berdoa supaya Allah memberi rahmat serta sejahtera, mengampuni dosa dan memaafkan dia.
Posting itu juga turut disertakan sekeping gambar penyanyi berkenaan bersama dia serta dua orang adiknya yang masih kecil. Dia turut memberitahu mungkin itu sahaja kenangan bersama ‘Abah’ yang tinggal untuk diingati.
Dalam pada itu lapor Sinar Harian Online, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majid terbabit dalam kemalangan 21 September lalu hingga mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Ramai rakan artis serta netizen turut mengucapkan takziah dan turut berdoa agar Saleem ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
miszannaj25 takziah semoga ditempatkan dlm klgn org2 beriman
Ketika hayatnya, Saleem yang juga bekas ahli kumpulan Iklim antara penyanyi legenda tahun 90-an yang mempunyai suara cukup unik.
Antara lagu-lagu popular kumpulannya hingga kini masih sedap didengar selain Suci Dalam Debu adalah Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai dan banyak lagi.
Takziah dari Hijabista buat keluarga penyanyi legenda ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQ FARHAIN & MEDIA HIBURAN ONLINE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI