Yatt Hamzah Reda ‘Let Go’ Koleksi Tumit Tinggi Sempena Hijrah Lalu. Ada Antaranya Cecah Ratusan Ringgit!

Share

Setiap orang ada cerita hijrahnya yang tersendiri. Jika Farah Lee mengambil kesempatan sempena hijrah yang lalu dengan melanjutkan pelajaran di United Kingdom sambil membawa anaknya. Lain pula ceritanya bagi pelakon dan juga usahawan Yatt Hamzah. Bagi Yatt pula hijrah dilakukan apabila mahu let go koleksi kasut tumit tinggi yang menjadi kesayangannya selama ini.

Yatt juga dalam tulisannya di instagram berkata kasut inilah yang menjadi kegilaannya suatu ketika dulu. Semua koleksi ini masih elok dalam jagaan dan simpanannya.

Tambahnya ini adalah sebahagian dari usaha Hijrah dirinya sempena Awal Muharam tempohari. Dia reda untuk mengorbankan koleksi kesayangannya (kasut) yang masih elok dan ada antaranya berharga ratusan ringgit.

Artikel Berkaitan: Perkongsian Tentang Hukum Tidur Lepas Subuh

Menurut Yatt juga kalau dulu setiap kali keluar memang wajib memakai kasut tumit tinggi 4 inci ini dan kini segalanya tidak lagi. Dia lebih berminat menggayakan kasut tumit getah yang tidak sampai dua inci.

Melalui perkongsian itu, dia mengakui sukar untuk hijrah kerana melepaskan apa yang kita sayang tetapi ALLAH janji akan gantikan dengan yang paling baik buat kita.

Dilihat di laman instagramnya Yatt juga kini telah mengubah penampilan diri yang memenuhi gaya Muslimah sejati. Dia yang juga ibu kepada tiga cahayamata lebih senang menggayakan hijab labuh dengan dress serta jubah dan sekali sekali berbaju kurung mengikut majlis dihadiri.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YATT HAMZAH

 

 

Published by
Siti Zurina