“Ada Tak Rasa Nak Bukak Tudung Balik” .. & Yatt Hamzah Kongsi Cara Untuk Kekal Istiqomah

Share

Seperti yang kita maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah. Justeru melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.

Yatt Hamzah yang muat turut posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna selepas ramai yang bertanya padanya bagaimana untuk istiqomah selepas hijrah.

Istiqomah selepas hijrah

Ramai sgt yg tanya, “Macam mana boleh Istiqomah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqomah?” JAWAPANNYA, NAK BERUBAH JADI BAIK PUN DAH SUSAH. NAK ISTIQOMAH LAGI LAH SUSAH.

Tu belum lagi masuk yg bertanya masa awal2 dulu, “Tak sayang ke dunia glamour?””Ada tak rasa nak buka tudung balik?”


Allahu, dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi.

Nak berubah kena berkorban

“Benar kata-kata Ulama, nak berubah kena kuat. Kena berkorban. Terlalu banyak pengorbanan. Kalau tak Hijrah dulu, pasti masih ligat dengan dunia hiburan lagi sekarang. Pasti masih lagi hanyut dan leka,” kongsi Yatt di media sosialnya.

Alhamdulillah Allah sayang, Allah bantu hamba2Nya yg benar-benar serius dan tekad nak berubah. Berubah kerana Allah semata2, bukan sebab lain. Tiada motif lain. NO, tak boleh ada motif lain melainkan LILLAHITAALA.

Caranya bukan mudah

Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.

“Seriously tak mudah. Tapi buat sikit-sikit, pelan-pelan janji selalu buat. Mantain buat. 1st yg saya buat dulu. Cari kawan2 yg Soleh Solehah. Bila ada dg diorang mmg akan ikut style diorang. Betul kata Nabi SAW, akhlak kita ditentukan oleh akhlak kawan kita. Cara fikir, cara cakap, cara pakai, cara tulis mereka mmg terkesan pd kita,

kalau boleh nak jadi sama baik atau lbh baik dr mereka,” ujar Yatt lagi.

Menurut Prof Muhaya, tidak mengapa jika kita berlumba-lumba dan bersaing dalam soal kebaikan. Berada di dalam golongan ini, insyallah hati tenang, jaga solat, jaga Al Quran, jaga lisan, selalu ke masjid, cari ilmu. Hati akan sentiasa istiqomah selagi kita bersama dengan mereka. Sebab mereka sentiasa tegru-menegur mengingati Allah SWT.

“So cari kawan Soleh Solehah ni dulu. Tak perlu ramai dapat satu pun jadilah. Kalau dah jumpa jaga mereka ni betul2 sampai bila2, jangan pernah lepaskan. Sebab kebaikan2 lain akan menyusul satu2. Carilah. Percayalah. In Shaa Allah.”

Nak hijrah jangan mengalah

Hijrah dan istiqomah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah.Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.

“The moment kita Mengalah, SYAITAN IBLIS DAH MELOMPAT GEMBIRA, MISI MENYESATKAN DAH TERCAPAI. JALAN KE SYURGA DAH KEMBALI SAMAR.”

Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.G

PANDANG DGN MATA LEBAH, BUKAN LALAT.

Published by
SH