Siapa sangka tepat tekaan orang ramai mengenai jantina bayi Uyaina Arshad dan suami adalah lelaki. Namun, ramai yang tidak tahu keperitan yang dialami Uyaina ketika sedang hamil.
Seperti ramai yang tahu, pelakon dan pengacara itu mempunyai masalah kesihatan jantung, diuji dengan pelbagai dugaan di awal tempoh mengandung. Bersyukur fasa ketiga mengandung Uyaina dan bayi dalam keadaan yang normal, walaubagaimanapun, Raja Syahiran turut bimbang dengan keadaan isterinya yang hanya menanti hari untuk bersalin.
“No point if kita decide to go for private hospital sekalipun nanti diorang akan revert ke hospital government jugak.” kata Uyaina.
“Nak avoid benda tu berlaku, kita pergi je dekat government hospital. So far kitorang tak specific pilih lagi. I think it the best and wisest thing to do.”
“It not hospital yang ‘kebaboom’ grand, Yana langsung tak pandang benda itu semua. Asalkan proses bersalin itu mudah.” katanya lagi mengenai pilihan hospital untuk bersalin.
Kedua pasangan ini tetap yakin dan berusaha untuk membuat pilihan yang terbaik demi kesihatan bayi dan juga Uyaina sendiri.
“Yana ada complication dekat heart, benda yang kena prepare itu, if any complication not just segi keselamatan baby but Yana sendiri.” ujar Raja Syahiran.
Artikel berkaitan: ‘Rasa Sakit Sangat-Sangat, Kesian Baby’- Alami Masalah Apendiks, Uyaina Arshad Selamat Dibedah
Uyaina mengharapkan untuk bersalin dalam keadaan yang normal dan tidak mahu untuk melakukan bersalin secara pembedahan.
“Yana nak normal. Semua ibu nak macam itu kan? Tapi Yana terbuka kepada kebarangkalian.”
“Sebab itu Yana banyak bincang dengan Syahiran, tak nak nanti bila ada complication baru terfikir,” katanya lagi.
Kedua pasangan selebriti ini tampil bersiap sedia dengan plan untuk berpantang demi keselesaan bayi dan juga Uyaina.
“Yana akan pantang dekat rumah Ibu Syahiran tapi umi Yana duduk sekali, Confinement Lady pun ada sekali.”
“Tapi Yana just harap Yana bersabar untuk heal dengan cepat.” kata Uyaina. Mereka juga telah pun berbincang untuk berjaga di kala malam untuk menjaga keperluan bayi.
“Macam saya sendiri saya kena berjaga malam dan senang untuk tidur juga bangun.” kata Syahiran.
Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah mengadakan majlis “baby shower” dan mendedahkan jantina bayi. Majlis yang serba ringkas yang di adakan di Janda Baik, Pahang, disusuli sembahyang hajat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Artikel Berkaitan: “Bayinya Nanti ‘Strong’ Macam Maknya”- Tetap Aktif Walaupun Hamil, Netizen Terpegun Tonton Video Senaman Uyaina!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.