Ya Ampun Sedapnya! Menyegarkan Tekak, Ini Resepi Buah Koktail Bandung Yang Wajib Dicuba
April 12, 2022
Share
Pada bulan puasa ini, pastinya kita sentiasa mengidamkan sesuatu yang dapat menyejukkan tekak kita apabila tiba waktu berbuka nanti. Teh ais, mangga susu… ahh sungguh mengasyikkan!
Jika anda sudah jemu dengan menu tersebut, bolehlah mencuba pula buah koktail bandung yang menyegarkan. Tak perlu langkah-langkah yang merumitkan, ini resepi mudah yang telah dikongsikan oleh Hasniza Hassan bagi menghasilkan pencuci mulut yang lazat ini.
BAHAN-BAHANNYA :
-Serbuk agar-agar/bertali
-Setengah sudu besar perisa strawberry
-5 sudu besar gula perang
-Setengah sudu besar perisa sirap/rose
-Sagu 1 cawan
-5/6 cawan air
-Koktail buah
-1 tin longan
-1 cawan susu segar
-Setengah cawan susu pekat
Cara-caranya:
1- Larutkan serbuk agar-agar ke dalam 4 cawan air panas mendidih, kemudian masukkan gula perang serta perisa strawberry. Kacau sebati kemudian masukkan dalam bekas dan sejukkan sebelum dipotong dadu.
2- Kemudian campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Gaul rata.
3- Masukkan ais dan gaul sebati.
Selamat mencuba! Untuk pelbagai lagi hidangan yang menarik, anda boleh mengikuti Kuali Kak Has yang sentiasa tampil dengan resepi mudah untuk anda.