“Ya Allah Terimalah Sedekah Hadiah Ini Jadi Asbab Hidayah”- Ustaz Ebit Lew Sumbang 10K Mask

Share

Seperti yang kita ketahui, bekalan topeng muka semakin sukar untuk didapati sedangkan jumlah angka Covid-19 semakin meningkat.

Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask.

Ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luar yang telap air.

Elakkan menggunakannya berulang kali, memakai terlalu lama dan menyentuh topeng dengan tangan yang kotor.

Jika anda ke Jepun dan beberapa negara lain, adalah suatu yang normal untuk melihat orang awam memakai topeng muka (walaupun tiada wabak)

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew yang bermurah hati untuk menyumbangkan bekalan topeng muka (mask) untuk keperluan pasukan perubatan.

Puas fikir nak cari mana bila dengar banyak mask dah tiada. Semua tugas utama yang perlu berada di jalan, banyak restoren, kedai-kedai dan bahagian sokongan, kerja bank-bank. Saya sendiri puas cari mask tak dapat lama dah. Tanya sana sini. Ramai tanya saya.

Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau mahal dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini. Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.

Tadi dah guna khidmat bungkusit edarkan pada beberapa tempat. Ada adik kerja tu datang tak pakai mask pun. Ya Allah bahayanya adikku. Saya hadiahkan juga padanya. Keadaan terdesak sekarang. Sebab jika ke hospital pun nak dipilih untuk disaring memang susah. Semoga Allah selamatkanlah kita semua. Pulihkan keadaan ini.

Pohon doa yer semua rider adik ni semua selamat menghantar ke semua tempat. Ya Allah terimalah sedekah hadiah ini jadi asbab hidayah. Jika ada sesiapa ada mask banyak boleh bagitahu. Sebab dah habis. Ramai lagi nak mask. Semoga dimudahkan yer-ebitlew

Siapa ingin infak
cimb 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

Sumber kredit: Ebit Lew dan Public Health Malaysia

Published by
Norhasliza