Musim Hari Raya masih berbaki kurang lebih dua minggu sahaja lagi. Jadi masih sempat lagi kalau hijabi nak marathon untuk hadiri jemputan rumah-rumah terbuka Syawal saudara dan rakan-rakan.
Tapi pernah tak hijabi berdepan dengan masalah seperti ini? Tengah sedap-sedap menikmati juadah raya di rumah terbuka. Sekali minyak rendang atau minyak lauk pauk yang dihidang tu terkena pada lengan baju? Dah lah baju putih, habis comot! Macam mana ni, cacatlah ootd Raya nanti.
Hijabista Ada Penyelesaianya! Hanya Gunakan Ini..
Sedih bukan? Tambah-tambah lagi kalau baju raya tu berjenama seperti Fizi Woo, Fuustaan, Petra, Lily Petuna, Iqbal M dan bermacam lagi. Mesti hati pun rasa kesal dan terkilan sebab kos beli baju bukanya murah.
Malah, seperti yang kita sedia maklum minyak rendang adalah antara minyak yang amat sukar untuk ditanggalkan dan mempunyai kesan degil yang pastinya melekat pada pakaian, terutamanya pakaian putih.
Jangan gusar sis! Ada satu spray ajaib ni memang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian putih tau. Tak sabar nak tau apa jenama spray tu? Ni dia spray nya, jenama Ecomax!
Menariknya, spray ini sememangnya berkesan untuk menanggalkan kotoran degil seperti minyak rendang, kesan solekan, kesan lipstik, minyak tudung dan segala macam kotoran degil lagi lah.
Artikel berkaitan: Tudung Putih Cepat Kotor? Tiga Selebriti Kongsi Cara Menjaga Kesucian Tudung ‘Favourite’ Hijabi!
Caranya:
1. Spraykan Ecomax laundry pre-wash kepada permukaan pakaian atau tudung yang telah tercemar dek kotoran itu. Spraykan dua tiga kali, hingga sabun meresap dan mengeluarkan kotoran itu dari pakaian anda.
2. Kemudia tunggu selama 3 hingga 5 minit, apabila dah nampak buih-buih sabun bertukar warna daripada warna putih kepada warna kotoran yang melekat pada permukaan pakaian atau tudung anda tadi, boleh lah bilas dengan menggunakan air bersih.
3. Lepas dah bilas, perah sehingga kering dan jemurkan pakaian atau tudung di ampaian sehingga kering! Anda pasti teruja dengan keberkesanan spray Promax ini!
Dah tau caranya kan? Katakan selamat tinggal pada kotoran degil tanpa perlu teruk menggonyoh dan menyental! Spray-spray je guna Promax! Kotoran degil pasti hilang! Min dah cuba tau, memang superb weh..
Artikel berkaitan: Baju Putih ‘Rosak’ Turun Warna Ketika Dicuci Hingga Bercapuk? Selamatkan Dengan Dua Bahan Mudah Ni Sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.