Biarpun usianya baharu sahaja menginjak 21 tahun, penyanyi yang juga juara Ceria Popstar musim kedua, Masya Masyitah telah berjaya memiliki rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sendiri selama bergelar anak seni.
Memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ di hadapan rumah baharu, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat dirinya kerana bijak mengumpul aset di usia yang muda.
Ads
Bangga dengan awak Masya!
Ads
Sebelum ini, penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di China ini pernah mengejutkan ramai apabila membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium berharga RM300 ribu secara tunai di usia 19 tahun.
Mahu menolong negara Palestin yang kini sedang diserang tentera Israel, pereka fesyen terkemuka negara, Datuk Jovian Mandagie berusaha mengumpul dana untuk mereka dengan melancarkan pelitup muka bercorak bendera Palestin.
Menariknya, beliau tidak akan mengambil keutungan waima satu sen pun kerana 100% hasil penjualan pelitup muka ini akan disumbangkan buat bumi Palestin.
This is JOVIAN MASK FOR PALESTINE. A mask for SOLIDARITY, a mask for HUMAN RIGHTS, a mask that shouts out #FREEPALESTINE! 100% sales will go straight into helping our brothers and sisters in PALESTINE
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
( Account & NGO to proceed
will be finalised )
Order & donate via www.jovian.com.my now
Bagai pisang goreng panas, pelitup muka ini laris di pasaran apabila seribu keping tempahan telah ditempah hanya dalam masa sepuluh minit.
BEYOND EXPECTATION! I’M SPEECHLESS, may Allah bless you all! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WE STAND TOGETHER FOR #FREEPALESTINE
Terus laris di pasaran sehingga ‘sold out’, pelitup muka ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia hingga ramai yang meminta Jovian untuk terus membuka slot tempahan lagi selepas ini.
Namun, disebabkan limitiasi penghasilan pelitup muka tersebut, pengambilan tempahan terpaksa dihentikan seketika bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.
Alhamdulillah, hasil sokongan daripada semua RM 213,005 telah berjaya dikumpul dalam tempoh kurang dari 12 jam. Bakal disumbangkan ke saluran yang betul, moga usaha suami kepada Datin Nina Sabri ini akan mendapat keberkatan dari Yang Esa. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menyatakan sokongan secara terang-terangan, model termuka antarabangsa, Bella Hadid turun ke jalanan bagi melakukan demonstrasi untuk membantah kekejaman Israel terhadap negara Palestin.
Perarakan yang berlaku di Bay Ridge, Brooklyn itu menarik ribuan orang untuk menunjukkan sokongan mereka. Bella, yang mempunyai darah keturunan Palestin daripada ayahnya, Mohamed Hadid dilihat mengenakan Keffiyeh iaitu pakaian tradisional Palestin sambil mengibarkan bendera Palestin.
Perarakan itu jatuh pada Hari Nakba, simbolik konflik 1948 sewaktu Israel mengisytiharkan kemerdekaannya yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kehilangan tempat tinggal termasuklah keluarga ayah Bella.
Baik Bella mahupun kakaknya, Gigi, masing-masing dilihat aktif menyuarakan pendapat mengenai mengenai konflik di antara Israel dan Palestin di laman sosial mereka.
Memuat naik foto perarakan tersebut, Bella meluahkan rasa teruja apabila dapat turut serta dalam acara tersebut bersama-sama dengan penyokong yang lain.
“Bila hati saya merasakannya… Apabila berada bersama dengan kelompok rakyat Palestin yang cantik, bijak, dihormati, penyayang, baik dan pemurah dalam suatu tempat yang sama, ia sangat mengujakan! Kita adalah keturunan yang unik! ❤️”
Konflik dan serangan yang berlaku saban hari ini menjadi isu hangat di serata dunia. Israel mengatakan bahawa 10 warganya telah mati dan Palestin pula melaporkan 139 orang telah terbunuh dalam konflik tersebut.
Jika anda sering mengikuti perkembangan Siti Aafiyah iaitu anak sulung kepada penyanyi ternama, Dato Sri Siti Nurhaliza, pasti anda akan mengenali pengasuh yang sering menjaga dan ada di sisi Aafiyah iaitu Dayah Zubit.
Cantik manis orangnya, gadis yang berasal dari utara ini telah selamat bernikah dengan cinta hatinya hari ini iaitu pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali.
Selamat bernikah di Pulau Pinang, pasangan ini telah berkongsi siaran langsung majlis perkahwinan mereka di laman instagram masing-masing.
Biarpun tidak dapat hadir, Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dan Dato Sri Khalid telah menghadiahkan busana perkahwinan buat Dayah dan pasangan hasil rekaan daripada pereka fesyen ternama iaitu Rizman Ruzaini.
Tok Ti juga telan menitipkan doa agar majlis mereka dapat berjalan dengan lancar pada hari ini.
InshaAllah, moga Allah SWT permudahkan majlis kakak harini…
Untungnya Dayah dapat hadiah daripada Tok Ti! Tahniah Dayah dan Ridzuan. Kami doakan perkahwinan ini sentiasa diberkati dan kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.