Setiap apa yang dihasilkan oleh penyanyi yang bersuara lunak ini pastinya memberikan impak yang besar kepada industri muzik tempatan. Barisan lagu yang dihasilkan tidak pernah mengecewakan malah sentiasa bermain ligat di minda. Itulah magis yang ada pada penyanyi yang berkualiti ini. Aina Abdul, namanya sudah tidak asing lagi dalam gelanggang muzik tempatan, terus mekar berkembang menghiasi landskap industri seni negara.
Hadir dengan karya terbaru, penyanyi ini tampil berbeza dengan sebuah lagu English yang rancak dan segar, sesuai dengan arus trend muzik hari ini yang dahagakan sesuatu yang baru dan unik.
Lagu Fool, bukanlah sebuah lagu semata-mata, malah ia boleh disifatkan sebagai karya yang menunjukkan penyanyi tempatan masih lagi berkualiti tinggi! Baru sahaja dilancarkan, video muzik Fool sudahpun menjadi kesukaan orang ramai. Apa yang menariknya, lagu yang dihasilkan oleh Aina ini bukan sahaja memiliki kekuatan dari sudut melodi serta liriknya, malah video muziknya juga tampak berbeza dan berkualiti persis penyanyi antarabangsa!
Diarahkan oleh anak muda yang dikenali sebagai Mshaffuan, sememangnya karya yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan merupakan sebuah idea menarik yang dinanti-nantikan oleh netizen!
Lihat saja gaya agresif Aina serta pemilihan pakaian yang disarungkan, semuanya kelihatan ‘tajam’ dan ‘mahal’! Bernas! Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai netizen yang melabelkan video muzik ini bertaraf video antarabangsa!
Bagi anda yang masih belum menonton video muzik Fool ini, anda boleh menontonnya di laman Youtube Aina Abdul dan juga boleh didengari di semua platform termasuklah di Spotify.
Sumber gambar: Instagram Aina Abdul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe