Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.

Seperti contoh kisah Nabil yang memberi sedekah pada seorang pakcik walaupun ketika itu hanya ada RM2 dari poketnya. Dan kini beliau antara selebriti terkaya di tanah air.

Tidak susah untuk melakukannya dan paling utama adakah nawaitu untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mungkin pertolongan atau barangan keperluan lain. Ingatkan bukan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak milik kita. Semuanya kepunyaan Allah SWT.

Sediakan Makanan Kucing

Walaupun tidak mempunyai kucing peliharaan, mungkin akan ada kucing ini singgah di rumah kita. Jadi sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Anggap ia adalah rezeki kucing berkenaan.

Wow, Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini! Paling Mudah Baca Al-Fatihah Setiap Pagi

Ads

Asingkan Gaji

Setiap kali mendapat gaji, cuba asingkan sedikit untuk disedekahkan pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu susah mencari orang lain, sebaliknya sedekah pada adik beradik yang susah dan memerlukan. Tidak banyak sedikit juga sudah memadai dan penting sedekah.

Duit Kecil

Kalau boleh amalkan sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet kerana kadang-kadang kita diduga ada yang memohon bantuan. Atau jika singgah solat di mana-mana masjid boleh berbuat demikian pada tabung disediakan.

Wow, Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini! Paling Mudah Baca Al-Fatihah Setiap Pagi

Ads

Sediakan Kotak Kecil

Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini pada yang memerlukan. Insya-Allah.

Majlis Keramaian

Satu lagi amalan lain adalah jika kita mengunjungi majlis keramaian, ada cara tertentu boleh bersedekah. Selain memberi wang, anda juga boleh sedekahkan air mineral pada tetamu yang hadir.  Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Ini memang sangat membantu!

‘Keep The Change’

Tidak rugi juga jika kita amalkan konsep ‘keep the change’ ini. Walaupun bakinya hanya beberapa sen tetapi tak salah sedekah untuk peniaga kecil. Lebih berkat dan memberi kegembiraan pada orang lain. Itu sudah cukup memadai kerana kebahagiaan orang lain sangat bererti padanya.

Beli Al-Quran

Sekiranya anda ada wang lebih digalakkan untuk membeli Al-Quran atau sejadah, boleh sedekahkan di mana-mana masjid atau surau atau pusat tahfiz. Jika mereka membacanya akan ada bahagian anda di situ.

Ads

Amal Al-Fatihah

Amalan paling mudah adalah membaca surah Al-Fatihah setiap pagi. Sedekahkan juga kepada kedua ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah mati. Insya-Allah jika kita amalkan, akan nada balasan baik yang Allah berikan.

Artikel Lain: Kisah Kecintaan Nataha Hudson Pada Quran Buat Hati Sebak

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI