Sebelum ini seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun menjadi viral kerana memiliki rupa paras yang cantik dan comel seperti anak patung. Ella Gross yang berasal dari Los Angeles ini merupakan anak kacukan Mix Amerika dan Korea. Malah gambar Ella mula jadi bualan kerana dia juga dilantik menjadi model untuk beberapa jenama terkemuka dunia. Dan terbaru seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Anastasia Knyazeva yang dinobatkan sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia.
Anastasia yang memiliki mata biru kini menjadi rebutan dan telah berlakon dalam banyak iklan berprofil tinggi. Bukan itu sahaja keistimewaannya, kanak-kanak ini juga mempunyai rambut panjang berwarna perang, berkulit putih dan mempunyai senyuman manis.
Ibunya, Anna telah membuka akaun Instagram untuk anaknya itu sejak dia berusia 4 tahun. Kini, Anastasia memiliki lebih 1 juta pengikut.
Anna kerap memuat naik foto terbaru Knyazeva dari pelbagai sesi fotografi dan gambar itu akan dibanjiri ratusan malah komen yang memuji kecantikannya si cilik ini.
@sharleen_sraon06 You are soooo beautiful
@alanlima7956 good very congratulations so Beautiful
@pondokchrs500 Subhanallah… Cantik
@bianca.alanis06 Absolutely gorgeous
@lahcristina Beautiful and Amazing This Girl
@indarismylove Miss u cantik
Anantasia kini menjadi wajah jenama sekolah di Rusia iaitu Chobi Kids. Tahun lalu kanak-kanak cantik ini dipilih sebagai Little Miss Aoki untuk jenama gedung fesyen mewah, Mischka Aoki.
Anastasia bakal mengikut jejak bekas kanak-kanak paling comel di dunia, Thylane yang berasal dari Paris. Model cilik ini kini bernaung di bawah President Kids Management.
Thylane kini berusia 16 tahun dan menjadi duta untuk L’Oreal Paris’ serta memperagakan pakaian Michael Kors’ dalam pertunjukan Minggu Fesyen New York.
FOTO-FOTO LAIN:
#1. LOVE
#2. BEAUTIFUL
#3. STYLO
#4. CUTE
#5. WONDERFUL
#6. GORGEOUS
#7. PRINCESS
#8. ADORABLE
#9. GREAT PERSONALITY
#10. PERFECT
SUMBER: MEDIA HIBURAN ONLINE
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ANASTASIA KNYAZEVA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adira Tolak Suntikan, Cuma Amal 5 Tip Ini Untuk Wajah Kekal Halus & Putih Gebu
Setiap selebriti pasti ada rahsia tersendiri untuk kelihatan cantik dan berpenampilan menarik setiap kali berada di luar atau majlis tertentu. Maklumlah ada di antara selebriti ini yang menjadi idola kepada peminat mereka.
Malah perkembangan artis ini akan diikuti oleh peminat mereka melalui laman sosial seperti instagram, facebook atau tweeter. Salam seorang artis yang juga menjaga kecantikan wajahnya adalah penyanyi kelahiran Sabah, Adira.
Seperti yang kita maklum, dia antara artis yang memiliki kulit putih melepak dan tanpa solekan tebal juga dapat menyerlah kejelitaan sebenar ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Menurut adira dia tidak perlukan suntikan pada wajahnya sebaliknya mengamalkan 5 cara ini untuk kekal anggun, cantik dan berwajah mulus. Dia juga sebenarnya dikurniakan kulit yang cerah sejak kecil.
Jom kita intai regim penjagaan wajah Adira yang cukup sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’ dek kerana wajahnya yang putih, halus dan gebu itu.
Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Adira sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk kekalkan kulit putih dan cantik
1. Sapu Krim Untuk Kelembapan Kulit
Tidak dinafikan krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekali gus kulit anda akan kekal cantik. Jangan sesekali biarkan kulit kering kerana akan menyebabkan masalah menggelupas. Carilah krim bersesuaian untuk disapu sama ada sebelum ke tempat kerja atau ketika mahu tidur.
2. Jaga Diet Yang Seimbang
Jangan terlalu rakus memilih makanan yang digemari tanpa mengetahui khasiat di sebaliknya. Sebaliknya pilih pemakanan yang sihat. Lebih elok amalkan pengambilan makanan yang direbus, kurang minyak dan juga bakar. Sangat baik untuk kesihatan kulit anda.
3. Tidak Lupa Ambil Air Kosong Untuk Kulit Bercahaya
Sangat penting mengambil air yang cukup setiap hari. Pengambilan ai boleh mengelakkan masalah dehidrasi dan juga penting untuk kelempaban kulit. Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya. Pastikan ada botol berisi air kosong yang dibawa ke mana-mana sahaja.
4.Sangat Pentingkan Diet Sihat & Makan Buah-buahan
Selain pemakanan yang sihat, pengambilan buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C misalnya oren memang menjadikan kulit anda cantik sekali gus mencerahkan kulit. Seeloknya makan buah sebelum mengambil pemakanan berat.
5. Rajin Buat Rawatan Badan & Wajah
Jika mampu tidak salah rawatan kecantikan ‘top to toe’ di salun. Jika tidak boleh anda lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan alami semula jadi. Carian di internet akan memberi pelbagai informasi atau petua alami yang diamalkan orang dulu-dulu. Misalnya membuat masker daripada ketulan kiub tomato.
SUMBER: VIA HANASUVA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masa Tunang Pilih Kuning, Tapi Di Majlis Perkahwinan Bella Dally Anggun Gayakan Dress Rona Putih & Pink
Minggu lalu seorang lagi selebriti popular, Bella Dally selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella Dally setelah berpisah dengan bekas suaminya Nazim Othman tahun lalu. Pelakon cantik manis ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Jika sebelum ini di majlis pertunangan, Bella atau nama Nabilah Ali Dally memilih busana rona kuning tetapi untuk majlis pernikahannya dia kelihatan begitu anggun dalam dress rona putih.
Tampil sedondon dengan pasangannya yang juga kelihatan cukup segak mengenakan baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan samping.
Untuk malis resepsi yang berlangsung di sebelah malamnya pula, Bella Dally menyarung dress rona pink rekaan Mimpi Kita yang dipadankan dengan hijab juga warna yang sama.
Aura pengantin baru begitu terserlah di wajah Bella Dally yang kelihatan sangat cantik mendapat sentuhan mekap jurusolek Yna Sakinah di majlis persandingan. Malah terpancar cahaya kebahagiaan di wajah Bella yang begitu sepadan berada di sebelah suaminya.
Begitu juga Arif yang tampil cukup tampal menggayakan suit untuk majlis persandingan diadakan di Putrajaya sambil disaksikan oleh teman-teman artis yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia till jannah.
Lagi Foto Menarik Di Majlis #ArifRingsBell:
#1. nuex_rosli Cantik sgt!
#2. bajuriasruri Nice
#3. abulehahijab Cantikknyaaa
#4. norashahr Sepadan…. Tahniah. Semoga bahagia till Jannah.
#5. noorhayati_abdul_rahim Moga perkahwinan ini di dalam rahmat dan kasih syg Allah..amiin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran, Jangan Beri Hadiah Yang Tidak Senonoh Pada Pengantin
Masyarakat kita hari ini suka melakukan perkara yang bukan-bukan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.
Baru-baru ini tular sekumpulan lelaki menghadiahkan barangan yang tidak senonoh kepada rakan mereka di hari perkahwinannya.
Perbuatan ini mendapat perhatian bukan hanya di kalangan masyarakat tetapi juga pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun.
TREND HADIAH KAHWIN TIDAK BERMARUAH
Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur tidak senonoh. Allahu Akbar.
Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu. Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat.
Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?
SUNGGUH, SIFAT MALU ITU PERISAI ORANG MUKMIN
Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah dan lain-lain.
Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: “Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimah kenabian terdahulu adalah, “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Ayat “buatlah sesuka hatimu” itu bukan bererti Rasulullah SAW beri kebebasan kepada kita untuk lakukan sewenangnya, tapi ia merupakan satu sindiran yang amat pedih bagi mereka yang memiliki iman. Kita bimbang jika Allah dan Rasulullah sudah tidak lagi peduli pada kita sedangkan Syurga-Nya dan syafaat Baginda yang kita tagihkan.” Semoga kita mengambil pengajaran.
DOSA BAGI ORANG MUKMIN IBARAT GUNUNG YANG MENGHEMPAP
Ya, kita tak pernah lari dari kesilapan, namun sebaik-baik pendosa ialah yang bertaubat.
Apa yang dilakukan memang memalukan diri sendiri, namun jangan berputus asa dengan rahmat-Nya, jika ada sedikit rasa malu kepada Allah maka bertaubatlah.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau berkata:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ قَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya sepertinya berada di bawah gunung, dia bimbang gunung itu runtuh ke atasnya. Sebaliknya orang keji (derhaka) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya. Dia berkata “Ini cuma seperti ini, lalu terbang.” (HR Tirmizi, hadis sahih)
Firman Allah SWT:
قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Az-Zumar 39: 53)
ADAB MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN
Dikongsikan beberapa adab ketika menghadiri majlis perkahwinan di sini, mudah-mudahan kita dapat sama-sama amalkan, insyaAllah.
1. Wajib Hadir Apabila Dijemput
Apabila sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
أَجِيبُوا هَذِهِ الدَّعْوَةَ إِذَا دُعِيتُمْ لَهَا
Maksudnya: “Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
2. Niat
Niatkan kehadiran kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
3. Menutup Aurat
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan sama ada lelaki atau wanita, kerana pakaian yang tidak sopan menyebabkan orang sekeliling terganggu dan mendatangkan dosa jika tidak menutup aurat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Maksudnya: “Saidatina Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah menegur, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya” (HR Abu Daud, hadis sahih)
4. Menjaga Adab-adab Makan
Islam agama yang sangat indah, banyak panduan yang diberikan termasuk adab ketika makan.
Daripada Umar bin Abu Salamah, beliau menceritakan ketika kecil, Rasulullah pernah bersabda kepada beliau:
عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka, Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.”(HR Muslim, hadis sahih)
5. Memberi Hadiah
Hadiah adalah satu bentuk atau tanda kasih sayang daripada seseorang kepada seseorang, ia dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah baginda Nabi SAW kerana memberi hadiah dapat menghilangkan dendam dan eratkan silaturrahim dengan lebih mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُوا
Maksudnya : “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai” (HR Bukhari, hadis sahih)
6. Mendoakan Kebahagiaan Pengantin
Mungkin kebiasaan apabila kita hadir majlis kenduri adalah untuk makan dan bergambar bersama pengantin, namun mari kita contohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan, Baginda akan mendoakan pengantin tersebut.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda akan berdoa, “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.” (HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
7. Mendoakan Tuan Rumah Kerana Memberi Makan
Selain mendoakan pengantin, panjangkan juga doa kita kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk hidangkan makanan buat semua tetamu yang hadir, mudah-mudahan mereka mendapat keberkatan dan kebaikan.
Daripada Hisyam bin Yusuf, beliau menceritakan:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بُسْرٍ يُحَدِّثُ أَنَّ أَبَاهُ صَنَعَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَدَعَاهُ فَأَجَابَهُ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ طَعَامِهِ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ
Maksudnya: “Saya pernah terdengar Abdullah bin Busr menceritakan bahawa bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi SAW kemudian menjemput Baginda makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Engkau anugerahkan untuk mereka.” (HR Muslim, hadis sahih)
Sumber kredit: Asma’ binti Harun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI