Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah bertukar menjadi tempat yang penuh bercahaya dengan simbahan warna neon untuk acara NKF Glow yang menyeronokkan pada 20 Julai yang lalu.
Diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 50 National Kidney Foundation of Malaysia, acara itu menampilkan pelbagai aktiviti dan yang paling utama semestinya larian 5 kilometer yang dipenuhi dengan cahaya neon di mana 3000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara itu.
NKF Glow Run diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan buah pinggang kita bagi mengelakkan daripada penyakit kronik.
Baru-baru ini juga NKF telah mengadakan NKF Patient Forum yang merupakan sebuah inisiatif dan platform bagi menyebarkan informasi merangkumi pelbagai topik bagi merawat penyakit berkaitan buah pinggang. Bukan satu perkara baru, forum ini sebenarnya telah diadakan sejak dari tahun 2003 lagi.
Forum yang menampilkan lima ahli nefrologis dan pakar diet itu telah berkongsi maklumat berguna mengenai buah pinggang dan bagaimana cara bagi merawat pesakit dialisis. Selain itu, mereka juga turut memberi ilmu kepada penjaga bagaimana untuk memberikan rawatan yang sebetulnya pada mereka yang memerlukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tak Tau Gaya Berjalan Juga Bawa Maksud Tersendiri. No 2 Boleh Buat Kawan Sebab Pandai Simpan Rahsia
Isi Kandungan
ToggleSetiap perlakuan kita sebenarnya menggambarkan perilaku dan sifat diri kita sendiri. Misalnya jika kita gemar menggayakan warna biru dikatakan seorang yang berjiwa tenang.
Bukan itu sahaja, sama sepeti gaya kita berjalan. Tanpa sedar ada maksud di sebaliknya yan ramai tak tahu. Mungkin apabila sudah tahu, jika ia membawa unsur tiak bagus pada diri, kita boleh mengubahnya.
Jom selidiki maksud berjalan di bawah ini dan rasa-rasanya gaya anda dalam kategori yag mana satu. Untung jika anda dalam kategori 2 kerana dikatakan boleh menyimpan rahsia. Elok untuk kita kongsi segala permasalahan bersama.
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini ini sebenarnya lebih sesuai untuk peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Walau bagaimanapun ini hanyalah panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.
Wallahualam.
SUMBER: VIA AL RAUDHAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
YB DATO’ SRI NANCY Rasmi Majlis Amal Iftar Perdana, Santuni Anak-Anak Istimewa & Golongan Kurang Berkemampuan
Baru-baru ini berlangsungnya Majlis Iftar Perdana anjuran Family of Charity (Persatuan Sinaran Hidup) bersama rakan strategik, Kampung Fresh Market Sdn.
Majlis tersebut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu kumpulan masyarakat yang kurang berkemampuan.
Meraikan seramai 200 orang anak-anak tahfiz, ibu tunggal dan keluarga B40. Majlis diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA) dalam suasana meriah.
Dalam ucapan YB Dato’ Sri Hajah Nancy, beliau menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan dalam membantu golongan daif dan kurang bernasib baik melalui sumbangan kewangan mahupun barangan.
Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Amer Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din yang merupakan penaung diraja bagi FOC serta agensi-agensi di bawah KPWKM.
Persatuan Sinar Hidup yang juga dikenali sebagai Family of Charity (FOC) sentiasa giat melakukan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan golongan kurang berkemampuan termasuk anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan banyak lagi.
“Kami bersyukur FOC berpeluang sekali lagi mengadakan majlis sebegini pada tahun ini. Walaupun kami aktif melakukan aktiviti dan majlis amal, kelainan kali ini ialah kami dapat bekerjasama dengan Datin Nurfatin yang merupakan rakan strategik kami sejak sebelum penubuhan syarikatnya Kampung Fresh Market (KFM),” kongsi pengasas FOC, Datuk Sharifah Maznee Al Attas Syed Noor Osman.
Menurut Datin Nurfatin, “Tahun ini kami bersama Family of Charity atau Persatuan Sinar Hidup ingin menjayakan bulan Ramadan ini dengan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal.
“Sebaga rakan strategik FOC di majlis ini, kami bersyukur diberikan peluang untuk turut menyumbang bukan saja dalam bentuk kewangan bahkan tenaga. Usaha ini membuktikan semangat kepedulian sosial dan kebersamaan adalah teras dalam masyarakat.”
Majlis diakhiri dengan sesi pemberian duit raya oleh YB Dato’ Seri Hajah Nancy daripada Yayasan Kebajikan Negara buat golongan kurang berkemampuan yang hadir serta anak-anak tahfiz dan ibu tunggal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Baby Bump Dia Dah Nampak La…’- Netizen Teruja Lihat Foto Hamil Mira Filzah
Sejak mengumumkan berita mengenai kehamilannya tujuh hari yang lalu, pelakon dan pengacara iaitu Mira Filzah dihujani bertalu-talu ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan para peminatnya yang teruja dengan khabar gembira ini.
Berkongsi foto ‘oufit of the day‘ ataupun OOTD, ramai yang ‘excited’ apabila terlihat baby bump pelakon drama The Hotel itu dalam gambar tersebut.
Sementara itu, jurusolek selebriti popular, Yna Sakinah juga telah memuat naik gambarnya bersama Mira Filzah yang kini kandungannya sudah hampir memasuki tujuh bulan.
Sekarang borak pasal mak mak je…
Alhamdulillah kandungan dah nak masuk 7 bulan.. Sekarang Kina pun dh start borak pasal mak mak je.. 😄 @mfmirafilzah
.
Semoga Mama Mira & Baby sihat walafiat. Dipermudahkan sampai urusan bersalin. Aminnnn.. 🥰
.
#makeupbynasakinah #mommytobe
Sebagai info, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI