Kecantikan

Wow! Hilang 41 Kg Dalam Masa 7 Bulan, Gadis Ini Kongsi Tip Turut Berat Badan Berlebihan Tanpa Skip Makan

Share

Gadis ini pernah mengalami pertambahan berat badan yang agak keterlaluan. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menguruskan badan. Hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram kepada 57 kilogram dalam tempoh 6 hingga 7 bulan. Rahsianya adalah perlu jaga pemakanan. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal  dan kena kuat dalam menahan godaan nafsu makan. Lagi satu adalah kena disipinkan diri dan kena tahu berapa untuk capai target.

Nurul Sahira Hashim yang juga seorang model sambilan ini tidak lokek berkongsi tip untuk anda yang mahu kelihatan langsing sepertinya. Ada beberapa tip untuk kembali langsing dan jika dilihat, dia tidak mengenepikan perkara yang WAJIB seperti tidak skip sarapan, tetapi perlu ada caranya.

Perbezaan cukup ketara.

Ini tips saya

SAYA AMBIL 6-7BULAN UNTUK KURUS
Dari 98kg, Now 57kg

Nak turunkan berat badan ni, first youu kena jaga pemakanan sebenarnya.. Then fizikal dengan mental you kena kuat. Kena displinkan diri you. Kena tahu berapa you nak capai target!

Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB! Tidur kena cukup. i makan 5-6kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit, bukan banyak ye. So perut kita takdelah terasa lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori ye.

Suatu ketika dulu.

Air manis, ais jangan ambik. I langsung tak sentuh! Sampai makan biskut pun i cicah dengan i masak je sampai sekarang. Then i banyak minum air kosong, minum 3liter sehari. Pagi selalu i breakfast oat.

Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.. Nasi nak makan boleh je, ambik suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambik beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 bende ni, kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat naik.

Kurus tanpa skip makan.

Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih, makan roti wholemeal sahaja. I ni tak suka makan nasi, tapi i makan roti wholemeal. Roti pun dah karbo. So i tukarkan nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.

Jangan ambik mee, atau kueh teow sebab makanan tu berminyak. Boleh makan bihun je. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang i tak ambik. Kalau ikan atau ayam i makan yg grill or steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan, tapi jangan selalu, seelok-eloknya kurangkan, seeloknya ambil yg berkuah, grill atau steam.

Salah satu tipnya, makan malam sebelum jam 8.

Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong. Then kena jogging or execrise . Execrise tu tak kisah, tengok kat youtube pun boleh. Seminggu dalam 2-3kali dah cukup. Saya tak ambil apa2 supplement. Malam sebelum tidur saya just minum air green tea.

INGAT!!! pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye☝. Penjagaan kalori tu penting.

Amalkan diet 20% dan makan pula 80 %.

Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting .

Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan. Kalau saya boleh, awak mesti boleh.  InsyaAllah.
Hope, apa yg saya bagi ni, membantu untuk anda semua.
Apa2 boleh tanya saya

 

 

 

Published by
Siti Zurina