Gadis ini pernah mengalami pertambahan berat badan yang agak keterlaluan. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menguruskan badan. Hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram kepada 57 kilogram dalam tempoh 6 hingga 7 bulan. Rahsianya adalah perlu jaga pemakanan. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal dan kena kuat dalam menahan godaan nafsu makan. Lagi satu adalah kena disipinkan diri dan kena tahu berapa untuk capai target.
Nurul Sahira Hashim yang juga seorang model sambilan ini tidak lokek berkongsi tip untuk anda yang mahu kelihatan langsing sepertinya. Ada beberapa tip untuk kembali langsing dan jika dilihat, dia tidak mengenepikan perkara yang WAJIB seperti tidak skip sarapan, tetapi perlu ada caranya.
Ini tips saya
SAYA AMBIL 6-7BULAN UNTUK KURUS Dari 98kg, Now 57kg
Nak turunkan berat badan ni, first youu kena jaga pemakanan sebenarnya.. Then fizikal dengan mental you kena kuat. Kena displinkan diri you. Kena tahu berapa you nak capai target!
Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB! Tidur kena cukup. i makan 5-6kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit, bukan banyak ye. So perut kita takdelah terasa lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori ye.
Ads
Air manis, ais jangan ambik. I langsung tak sentuh! Sampai makan biskut pun i cicah dengan i masak je sampai sekarang. Then i banyak minum air kosong, minum 3liter sehari. Pagi selalu i breakfast oat.
Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.. Nasi nak makan boleh je, ambik suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambik beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 bende ni, kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat naik.
Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih, makan roti wholemeal sahaja. I ni tak suka makan nasi, tapi i makan roti wholemeal. Roti pun dah karbo. So i tukarkan nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.
Ads
Jangan ambik mee, atau kueh teow sebab makanan tu berminyak. Boleh makan bihun je. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang i tak ambik. Kalau ikan atau ayam i makan yg grill or steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan, tapi jangan selalu, seelok-eloknya kurangkan, seeloknya ambil yg berkuah, grill atau steam.
Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong. Then kena jogging or execrise . Execrise tu tak kisah, tengok kat youtube pun boleh. Seminggu dalam 2-3kali dah cukup. Saya tak ambil apa2 supplement. Malam sebelum tidur saya just minum air green tea.
INGAT!!! pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye☝. Penjagaan kalori tu penting.
Ads
Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting .
Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan. Kalau saya boleh, awak mesti boleh. InsyaAllah. Hope, apa yg saya bagi ni, membantu untuk anda semua. Apa2 boleh tanya saya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi berbeza sepanjang Ramadan tahun ini oleh Khairul Aming. Seperti tahun sebelumnya, Khairul Aming mencipta video 30 Hari 30 Resepi.
Menu kongsi yang Khairul Aming cipta bukan sahaja sedap ia juga mudah dibuat. Langkah demi langkah cara membuat setiap menu senang diikuti.
Seperti perkongsian videonya semalam, Khairul Aming berkongsi beberapa resepi air yang memukau netizen dan mudah diikuti. Menu perkongsian Khairul Aming sering mendapat sambutan kerana ianya mudah dibuat. Anda boleh memilih daripada empat menu berbeza, sama ada Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka.
Nadia Brian, seorang pelakon, juga terjebak dengan mencuba sendiri resepi menu Khairul Aming itu. Dia berkongsi videonya di TikTok dan mendapat perhatian netizen.
Ruangan komen perkongsian menu berbuka itu dibanjiri komen mengucapkan “Terima kasih Khairul Aming kerana menjadi peneman setia sepanjang Ramadan, terus hasilkan konten berkualiti,” komen netizen.
Bukan setakat minuman yang sedap mata memandang, malah penampilan Nadia Brian turut menjadi perhatian netizan. Bukan setakat memuji tapi diiringi doa. Hijabista percaya masanya akan tiba dan hidayah itu hadir bagi hambaNya yang disayangi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Buat penggemar nasi goreng, anda perlu lebih berhati-hati. Memang sedap makan nasi goreng panas-panas dengan telur mata tetapi tahukah anda bahawa nasi goreng juga boleh menjadi sajian yang menyebabkan keracunan makanan.
Kebiasaannya apabila nasi yang dimasak tidak habis di makan maka nasi itu akan disimpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya barulah nasi tersebut dijadikan nasi goreng. Tahukah anda bahawa nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak ada spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul.
Potensi untuk mengalami masalah keracunan makanan selepas makan nasi goreng akan menjadi lebih tinggi jika makan di luar. Hal ini adalah keran kita tidak pasti berapa lama nasi itu telah dimasak dan disimpan. Oleh itu seelok-eloknya masak sendiri nasi goreng bagi mengelakkan masalah keracunan makanan terutama hijabi yang mempunyai perut yang sensitif.
Dalam keadaan terdesak, macam-macam sebenarnya yang kita boleh lakukan. Sebagai seorang wanita, kita memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara.
Lebih-lebih lagi jikalau baju atau hijab yang berkedut! Ha, jangan tak mengaku pula. Admin nak kongsi cara bernas untuk anda hilangkan kedutan pada pakaian tanpa menggosoknya!
#1. Guna Periuk Merebus
Ini salah satu cara orang dulu-dulu menghilangkan kedutan pada pakaian. Apa-apa pun, gunalah periuk yang permukaan bawahnya bersih dan rata. Caranya, didihkan air dalam periuk atas dapur, pastikan ia betul-betul mencapai suhu kepanasan yang wow! Setelah selesai, buang air rebusan ke dalam sinki atau asingkan ke tempat lain. Gunakan permukaan bawah periuk seperti seterika. Cara ini adalah sangat efektif dan berguna seperti seterika sebenar!
#2 Khasiat Cuka Hilangkan Kedut
Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan dan khasiat cuka untuk kegunaan rumah dan kesihatan. Oleh itu, bancuh campuran satu (1) nisbah cuka bersama tiga (3) nisbah air biasa. Masukkan di dalam botol semburan dan ia siap untuk digunakan sebagai semburan magis yang dapat menghilangkan kedutan degil pada pakaian! Jangan risau, cuka adalah sejenis cecair yang tidak merosakkan serat benang pakaian.
#3 Boleh Juga Guna Wap Stim Daripada Cerek
Ini yang dikatakan sambil menyelam minum air! Sambil dapat menikmati hidangan teh kegemaran anda, anda juga dapat menghilangkan kedutan pakaian sekali! Regangkan kain anda 12 inci di atas cerek, acukan ia kepada wap stim yang keluar daripada muncung cerek. Anda akan sedar bahawa kedutan beransur hilang sebaik ia diwapkan.
#4 Gantung Baju Berkedut Dalam Bilik Mandi Berwap
Ha! Cara ini bukanlah cara yang paling berkesan menghilangkan kedutan pada baju anda. Tetapi, dapat membantu sedikit sebanyak tatkala anda sedang terdesak dalam percutian di hotel atau motel. Ketika anda sedang mandi air panas, wap haba panas akan memenuhi segenap ruang kamar mandi berkenaan. Oleh itu, gantungkan pakaian berkedut anda di dalam kamar bilik mandi yang masih lagi berwap sambil pintu ditutup rapat. Cubalah!
#5 Gunakan Tekanan Tilam
Salah satu cara yang berguna ketika ada sedang menikmati percutian. Hamparkan pakaian yang anda ingin kenakan pada keesokan harinya di bawah tilam sebelum anda tidur. Esok pagi, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Cuma harus diingatkan, hamparkan pakaian dengan rata dan sebaiknya. Jangan pula anda lipat atau gulungkannya. Jika itu yang anda lakukan, jangan terkejutlah rupanya seperti roti jala nanti!
#6 Kelebihan Iron Rambut
Para wanita sekitar tahun 60-an menggunakan seterika pakaian sebenar untuk meluruskan rambut mereka. Oleh itu, era yang semakin moden kini, dengan adanya ciptaan seperti ‘flat hair iron’ atau seterika rambut, pastinya sudah memadai untuk bantu menghilangkan kedutan pada pakaian kerana fungsinya lebih kurang sama seperti seterika pakaian.
#7 Gunakan Mesin Pengering Cucian
Jika anda mempunyai mesin pengering cucian di rumah, anda boleh masukkan pakaian yang telah pun kering ke dalam mesin pengering demi menghilangkan kedutan. Tetapkan jangka masa pusingan mesin selama 15 hingga 20 minit untuk mendapatkan hasil pakaian tanpa kedutan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...