Tak dinafikan agak sukar untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mahu mendapat berat ideal. Lebih-lebih lagi apabila sukar membendung nafsu makan terutama jika melihat pelbagai sajian menyelerakan di atas meja.
Namun itu semua tidak jadi masalah jika kita berazam atau target untuk mendapat berat ideal. Seperti perkongsian mudah wanita ini, Sophia Safian yang hanya mengamalkan diet dengan makan pisang sebelum mengambil apa-apa makanan.
Menurut Sophia selepas melahirkan anak ketiganya dia mengalami pertambahan berat badan mendadak sehingga mencecah 90 kg. Oleh kerana mempunyai rangka besar agak sukar untuknya mendapat berat ideal. Paling terbaru dia berjaya lenyapkan 40 kg dalam masa 8 bulan setelah mengamalkan diet seimbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Ini Kongsi Tip Turun Berat Badan, Buat Transformasi Hebat Awal & Akhir Tahun!
DIAJAK DIET OLEH TEMAN BAIK
Kebetulan pula teman baiknya mengajak dia untuk sama-sama kurus sebelum raya tahun ini. Dengan ajasan teman baiknya itu, Sophia kemudiannya menjalani diet makan pisang selama 2 minggu. Selepas itu memang ketara perbezaannya. Tubuhnya nampak sedikit kurus dan susut.
Menurutnya juga sebelum memulakan diet pisang ini, dia bukan jenis orang yang secara membuta tuli berdiet. Sebaliknya dia membuat research terlebih dahulu apa berkaitan diet pisang ini.
Malah dia turut mengkaji apa yang menyebabkan dia tidak gembira selama ini dan salah satu puncanya adalah kerana bertubuh gemuk. Dan setelah membuat research tentang pisang yang merupakan makanan penghuni syurga seperti yang disebut dalam Al-Quran, barulah dia mengamalkan diet ini.
Sophia memilih pisang selain kurma, buah tin dan anggur kerana buah ini tidak bermusim dan mudah untuk didapati.
Menurutnya dia menggunakan kaedah diet pisang ini setelah terbaca satu aritkel di mana seorang pharmacist dari Osaka, Jepun, Sumiko Watanabe yang mencipta diet sarapan pagi dengan pisang untuk suaminya Hitoshi Watanabe.
Rupanya method diet pisang ini pernah jadi viral pada 2008 di Jepun kerana suaminya berjaya menurunkan berat badan sehingga 16.8 kg. Dan ketika itu sesiapa yang merasakan dirinya gemuk telah pergi membeli pisang dengan banyaknya.
Berbekalkan disiplin dan komited dengan apa diusahakan, Sophia Safian berjaya menghilangkan 30 kg dalam masa 4 bulan. Sebelum itu dia mempunyai berat 90 dan kini beratnya sekitar 63 kg. Paling terkini ketika ditimbang sekitar Mac lalu, beratnya sudah mencecah 59.95 kg.
Semoga tercapai impian Sophia untuk mendapat berat ideal sebelum menjelang Syawal tahun ini. Dan bagi sesiapa yang mahu mengamalkan diet sihat boleh cuba cara yang dilakukannya.
Ayuh, kita baca perkongsiannya:
Assalamualaikum salam pagi Ahad semua!
Okey lah memandangkan entri hakak semalam sampai ada yang pm inbox tanya hakak makan pisang apa, nahh pagi ni hakak tempek gambar rupe pisang yang hakak amalkan untuk DIET PISANG 12 HARI.
JENIS PISANG: CAVENDISH (Bahasa Melayu tak tau pisang ni depa panggil pisang apa)
Yang buat hakak ni sanggup nak mengeksperimen DIET PISANG ni bila hakak ade terbaca seorang Pharmacist dari Osaka, dia yang create MORNING DIET BANANA untuk husband dia nama Hitoshi Watanabe.
Method MORNING DIET BANANA (12 Days Banana Diet) pernah VIRAL tahun 2008 sehingga Jepun pernah pecah rekod shortage of banana tahun tersebut gara-gara si suami Hitoshi Wanabe tu tadi berjaya turun berat badan sehingga 16.8 kg. So masa tahun tu semua yang merasakan diorang “GEMUK”, semua pakat memborong pisang cavendish gara-gara teruja nak kurus macam Hitoshi. Memang terujaaa beb baca, nak tau lebih lanjut korang boleh google jer.
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
**Mesti minum air putih banyak, nak tahu berapa jumlah liter sehari korang patut minum, setiap 25kg jisim berat badan memerlukan 1 liter air sehari. So kalau berat korang 50kg, minum 2 Liter atau lebih pun tak pe. If berat 75kg mesti minum 3 Liter air atau lebih. Selamat mencuba!
Tetapi sebelum itu, Sophia juga turut memberi beberapa tip ekstra jika mahu cepat kurus perlu ada teman yang boleh diajak bersama-sma mengamalkan diet ini.
TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FACEBOOK SOPHIA SAFIAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI