Syawal tahun ini begitu bermakna sekali buat pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Fazura yang pertama kali menyambutnya sebagai pasangan suami isteri. Keduanya menyambut lebaran pertama di sebelah keluarga Fazura di Pekan. Dan menariknya Fazura tetap mengenakan hijab untuk sambutan Syawal yang lalu.
Melalui posting dilaman instagramnya, Fazura turut menyatakan keseronokan beraya bersama keluarga mertua dan keluarga besar suaminya itu di Bagan Datuk, Perak.
Beliau tetap mengambil kesempatan ini dengan memilih untuk berhijab ketika merayakannya bersama sanak saudara suaminya itu.
Tiada lilitan keterlaluan, Fazura lebih senang menggayakan bawal sahaja yang dilepaskan labuh menutup paras dada.
Ternyata Fazura pandai menyesuaikan dirinya dan hormat ketika berada dalam keluarga Fattah yang kebanyakannya bertudung litup.
Biarpun berstatus pelakon kelas pertama tapi tidak membataskan dirinya untuk berada dalam kelompok keluarga yang penuh sederhana.
@haniazita Alhamdulillah syukur @missfazura dpt mnyesuaikn diri dgn suasana kmpg @fattahaminz Nmpk gembira&x kekok w/pun faz seorg pelakon terkenal&hebat.Bangga dgn Faz.
@humayyraa__ pandai sngt fazura bawa diri, i respect you!!
@oohasyiknya Bagus fazura, sgt menghormati keluarga suaminya. Moga murah rezeki, dan istiqamah selalu..aamin
Malah netizen turut memberikan komen yang memuji kesungguhan Fazura yang mahu menjadi menantu yang senang bergaul dengan ahli keluarga lain dan mesra bersama sanak saudara.
@shikhass240781 Salute u @missfazura… walaupun glamour, turun level sama tara dgn keluarga mertua. Tahniah
@mizssyafa Really respect u miss fazura..u betul2 hormat akan keadaan no wonder hubby u jatuh cinta..even u model org bandar moden u still can adapt n letakkan hormat dgn keadaan sekeliling..mak mertua u sgt2 beruntung dpt u tau..n of course yr hubby too @missfazura
Ada juga netizen yang turut memuji Fazura yang sudah melabuhkan tudungnya selepas berkahwin dengan Fattah.
@shellakhairi Cantik fazura pakai tudung litup
@balanmaxv8 Teruskan berhijab kak faz…lots of love u look beutiful and lovely in hijab!!!
Ramai juga turut mendoakan pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke jannah.
@nurain.nirudzuan Till jannah both of you
@norhashimahomarbaki Salam 5 Syawal Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat Fazura n Fattah Amin sekeluarga diBagan Datuk semoga jodoh kekal keJannah Aamiin
Sebelum itu sepanjang Ramadan, pelakon dan isteri kesayangan Fattah Amin ini mengambil keberkatan Ramadan dengan mengenakan hijab. Malay Fazura dilihat cukup santun menggayakan hijab yang dililid ringkas dan begitu mnjaga aurantnya.
Malah follower kedua-duanya turut mendoakan agar Fazura akan kekal berhijab setelah habisnya Ramadan ini.
@riena5467 Tgok lps puasa dh bkk tudung balik… Harap berubah la kpd yg lbih baik lg.. Cantik berhijab ms bln puasa ari tu… Kekalkan la berhijab smpai bl2..jgn hny bulan puasa shj…
@hykiyang Semoga faz terbuka hati utk terus berhijab dan bukan hanya pakai utk certain months atau places sahaja..u look prettier with tudung doll! Keep on wearing it…in shaa Allah kami peminat faz doakan
REDIT FOTO: INSTAGRAM FAZURA