WOW, Bila AF Hilang 24 KG Dalam Masa 7 Bulan Tanpa PIL Pelangsing Badan, Hanya Guna 3 Kaedah MUDAH

Share

Bakat selebriti ini cukup hebat di pentas nyanyian. Walaupun dikurniakan tubuh yang berisi, namun suaranya cukup hebat dan mantap. Menenyedari, bentuk fizikal itu membuatkan dirinya kurang keyakinan dan rasa rendah diri, Bila AF nekad untuk mengurangkan berat badan. Kini Bila mampu tersenyum kerana berjaya membuang hampir 24kg dengan pengorbanan yang dilakukan selama 7 bulan. Dia yang sebelum ini mempunyai berat 140.8kg kini beratnya hanya tinggal 116.8kg. Anak kepada pemain gitar bass Wings, Eddie ini berkongsi rahsia transformasi diri di laman twitternya.

Bila tidak lokek berkongsi tip yang diamalkan hingga mampu melenyapkan 24 kg dalam tempoh berkenaan. Malah perkongsian di laman sosial itu juga mendapat retweet

hampir 8 ribu dalam perkongsiannya itu.

Menurut Bila apabila ditanya netizen, dia mengamalkan 4 perkara dalam usaha menurunkan berat badannya itu.

1. Minum air kosong 2 liter sehari..no air sejuk..

2. Makan la apa je awak nak mkn..TAPI kuantiti tu sikit ye..

3. Selepas pukul 7pm NO FOOD ALLOWED ahahaha pastu exercise laaaa..hehehe 30 minit pon cukup.. kena kuat iman dgn mental la..hehe

Ternyata perkongsian Bila mendapat respon cukup baik dari netizen. Malah ramai yang memberi galakan dan cadangan untuknya menurunkan lagi berat badan ke tahap seterusnya.

Malah ada juga yang turut berkongsi tip diet masing-masing dalam usaha menurunkan berat badan.

 

Transformasi yang cukup drastik ini menyebabkan Bila kini semakin bersemangat untuk kembali bekerja.

Bercakap dengan Harian Metro, sebenarnya dia berazam untuk mengubah gaya hidup dan penampilan setelah ditegur peminat. Menurutnya ada peminat memanggilnya Aunty

dan bertanya adakah dia tidak mahu nampak cantik dan lebih sihat.

Dek kerana teguran dan kata-kata itu menyebabkan Bila atau nama sebenarnya Nur Najmi Nabila tertarik untuk menyertainya. Dia mengajar melakukan yoga, senaman aerobic dan mengamalkan diet seimbang.

Pada mulanya Bila berkata agak sukar untuk berdepan dengan cabaran dilaluiya. Namun selepas sedikit susut, dia mula rasakan perubahan.

 

Dia tidak lagi mengah ketika naik tangga dan pernafasan sewaktu menyanyi juga semakin bertambah baik.

Walau bagaimanapun, Bila menolak untuk mengambil sebarang pil pelangsingan badan kerana takut ada kesan sampingan. Menurutnya dia lebih selesa untuk amalkan gaya hidup sihat dan susut secara semulajadi.

KREDIT FOTO: TWITTER & INSTAGRAM BILA AF

Published by
Siti Zurina