Kecantikan

‘Workout’ Sambil Jaga Anak & Ubah Cara Hidup, Rahsia Shila Amzah Kembali Langsing

Share

Usaha tangga kejayaan! Bersenam sambil menjaga anak dan sentiasa bersederhana menjadi rutin penyanyi terkenal, Shila Amzah dalam usahanya untuk menurunkan berat badan.

Bahagia menjadi isteri Haris Idraki Ilias dan ibu kepada Seth Uwais, penyanyi yang mesra disapa Sha ini menyarankan pada semua untuk menukar cara hidup terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Someone followed to work yesterday @sethuwais ❤️

He loves the studio! Dia main-main, crawled sana sini non stop.. Last-last penat 😁

And bila dia penat he will demand me to be a rocking chair.. Banyak orang tanya Sha punya tips kurus kan? Tu la tips dia.. Workout sambil jaga anak 😅

Jangan stress! Minum air banyak-banyak.

Tapi tulah, realitinya, Sha workout almost everyday.. Buat lah workout video kat YouTube tu for 30 minutes, makan jaga portion..

Apa-apa pun ambil dalam kadar sederhana.. Sha tak diet makan, cuma tak makan nasi sangat… Dan yang paling penting, minum air masak banyak-banyak ya! Jangan stress, setiap badan kita semua lain-lain.. Jangan compare siapa cepat siapa lambat.. Tukar cara hidup, benda ni bukan tips diet.. Kita kena buat dia jadi norma baharu kita.. It’s a lifestyle change ❤️

Okay lah.. Have a good weekend everyone!

Betul sangat apa yang dikatakan oleh Shila ini. Kita jangan asyik nak bandingkan hasilnya dengan orang lain sebab tubuh kita semua tidak sama. Yang penting, teruskan usaha kita dan cubalah aktiviti senaman yang menyeronokkan seperti melakukannya bersama dengan suami atau anak agar kita tidak cepat rasa bosan.

Kalau nak tahu lebih mengenai perjalanan Shila dalam menurunkan berat badan, bolehlah mendengar sendiri perkongsiannya di saluran YouTube ‘Shila Amzah’.

Published by
Qistina