Hi Hijabi, mesti ramai yang terkena impak work from home bukan? Penulis pun antara yang terkesan dan mula-mula ia terasa sangat memenatkan. Lebih produktif sekiranya berada dalam suasana pejabat. Namun begitu jangan jadikan ini alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita masih ada kerja bukan?
Tip-tip ini boleh membantu anda untuk mengekalkan kesihatan mental pada tahap yang baik selain mengoptimumkan prestasi anda sebagai seorang pekerja.
Nampak macam mudah tapi sebenarnya ramai yang tidak mengambil berat perkara ini. Walaupun bekerja di rumah tetapi anda harus mempersiapkan diri agar segar dan menyingkap aura positif di dalam diri. Bangun pagi seperti biasa, bersihkan diri dan kemudian bersiap rapi seperti anda akan ke pejabat. Percayalah aura setelah bersiap lebih baik berbanding anda bangun dan tidak mandi kerana hanya duduk di rumah!
Salah satu cabaran yang ramai hadapai adalah ketiadaan ruang yang sesuai untuk melakukan kerja. Namun anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengubah susun atur sesetengah sudut agar menampakkan suasana kerja. Bagi yang tinggal di rumah kecil seperti apartment atau flat, anda boleh mengubah suai sudut meja makan dan jadikan ia sebagai sudut untuk membuat kerja di siang hari. Kalau ada duit lebih mungkin anda boleh membeli sebuah kerusi kerja yang selesa untuk berhadapan dengan kerja selama 8 jam. Paling penting jangan buat kerja sambal terbaring di atas katil!
Jika waktu kerja anda adalah jam 9 pagi ke 6 petang, pastikan anda melakukan segala tugasan, perbincangan dan mensyuarat dalam zon waktu ini. Jangan biasakan amalan kerana kerja di rumah, bila-bila masa sahaja kerja boleh dilakukan. Ini demi menjaga kesihatan mental dan juga fizikal anda. Bertegas dengan rakan sekerja lain untuk mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan. Tapi pastikan anda efektif! Jangan melengah-lengahkan kerja.
Mentang-mentang kerja di rumah semuanya mahu dilakukan dalam waktu work from home sebagai contoh, memasak, mengemas rumah, mencuci baju dan menyusun atur dekor rumah. Yes! maybe you can do this, but don’t take advantages on this situation. Ia akan menjadikan anda tidak fokus terhadap kerja. Sebaliknya lakukan sebelum waktu kerja atau Ketika rehat tengah hari.
Jika ansda tidak biasa dengan kerja dari rumah, pasti ada perkara yang akan membantutkan prestasi kerja anda. Cara untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan kekal berkomunikasi dengan rakan sekerja anda. Pelbagai kemudahan berhubung seperti google meet, zoom dan Microsoft teams yang anda boleh gunakan. Jangan biarkan kerja anda tidak sempurna kerana kurangnya komunikasi. Lagipun bagus jika anda kekal berkomunikasi sesama rakan pejabat anda untuk mengelakkan salah faham serta mengisi masa anda untuk merasai suasana kerja seperti di pejabat.
Mungkin tip ini nampak mudah, tetapi cubalah anda amalkan. Selamat bekerja!