Berita

WonderLab & WonderDewi Memperbaharui Keseluruhan Siri Penjagaan Kulit Sempena Ulang Tahun ke-5

Share

Sempena sambutan ulang tahun ke-5, WonderLab dan WonderDewi memperbaharui siri penjagaan kulit dengan memperkenalkan dua rangkaian produk berwajah baharu bersama rumusan yang ditambah baik.

Rumusannya khas untuk rakyat Malaysia mengikut kesesuaian iklim di negara ini. WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menawarkan produk pra-penuaan terkini agar kulit tampak lebih muda dan tegang.

Manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baharu. Produk ini membantu melegakan, mencerahkan dan menghidrasi kulit.

Rangkaian produk yang diperbaharui ini diumumkan pada pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up. Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman penjagaan kulit bersama aktiviti interaktif dan promosi eksklusif pada acara jualan sementara di The Starhill Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Pemilik Jenama WonderLab & WonderDewi, Hoe Kian Choon (tengah).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab & WonderDewi, Hoe Kian Choon (KC Hoe) menyatakan semangat beliau terhadap pencapaian hebat ini.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-5 ini, kami teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang telah diperbaharui. Kedua-dua rangkaian produk ini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaharu berteknologi terkini.

“Sekaligus, menyampaikan solusi kecantikan yang transformatif buat rakyat Malaysia. Pelancaran ini turut menzahirkan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan.

“Kemajuan selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk meneroka potensi evolusi kecantikan, mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain daripada biasa. Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica menyediakan pilihan efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda.

“Kedua-dua rangkaian produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit di semua peringkat kehidupan bermula dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit sehinggalah kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif.

“Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, mudah diterima dan mereka terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” tambah Hoe.

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menyampaikan formulasi terkini pra-penuaan ‘Trio Youth Effect’ yang memberi kesan ketegangan, keanjalan dan kecerahan. Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut dipetik dari Pulau Jeju. Ia pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral.

Siri yang baharu dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaharu yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing turut menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence) yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 bagi memudahkan rutin penjagaan kulit. 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas dua minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam empat minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa tiga minggu.

Niacinamide Toner Essence.

 

Terdapat juga Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang memberi tenaga kepada kulit sepanjang semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit wajah kekal segar pada pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing.

“Siri ini menggariskan lagi komitmen kami untuk menyampaikan solusi penjagaan kulit yang efektif dan sesuai dengan keperluan tempatan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab & WonderDewi, Queenie Goh.

Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Pemilik Jenama WonderLab & WonderDewi, Queenie Goh (kanan).

“Bahan-bahan utama kami seperti kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam bersumberkan dari Pulau Jeju, Korea. Bahan-bahan ini terkenal dengan kebolehan untuk menegang, menganjal dan mencerahkan kulit. Dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, kami memastikan produk ini memberi hasil yang ketara dan memenuhi keperluan kulit rakyat Malaysia.”

Siri WonderDewi Cica: Penjagaan Kulit untuk WONDER-warni Remaja
Direka khas sebagai pengenalan untuk mereka yang baru bermula memakai produk penjagaan kulit. Set empat serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baharu seterusnya menjadi asas bagi kulit wajah yang sihat.

Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi. Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang membantu meningkatkan seri wajah.

Siri WonderDewi Cica turut menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser) yang diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan, mengimbangi mikrobiom serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit wajah yang lebih cerah. Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen) yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.

siri WonderDewi Cica.

“Siri ini adalah kit permulaan yang sangat sesuai untuk remaja dan pengguna yang baharu memulakan langkah pertama dalam dunia penjagaan kulit. Diperkaya dengan kelebihan Tecamin-CTM untuk melegakan, mencerah dan menghidrasikan kulit. Siri ini memberikan rutin penjagaan kulit yang mudah, efektif dan berpatutan,” kata Queenie.

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online di TikTok, Shopee, dan Lazada. Tidak lama lagi, WonderLab dan WonderDewi akan boleh didapati di Watsons terpilih seluruh negara.

Alami Keajaiban Penjagaan Kulit di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up!
Kini produk kecantikan boleh dibeli ala barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up seterusnya memperkasakan pengunjung untuk ‘Be Iconic’.

Berlatarkan bandar elit Bukit Bintang Kuala Lumpur, pengalaman membeli ala runcit ini direka khas sempena sambutan ulang tahun ke-5 WonderLab | WonderDewi. Orang ramai boleh mula berkunjung ke jualan terhad pop-up mart ini di The Starhill Bukit Bintang bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam, sehingga 1 September 2024 ini.

Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica. Pop-up mart ini turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif termasuk permainan mini yang bernostalgia serta analisa kulit percuma.

Turut diadakan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai dan promosi lain-lain serta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis bernilai sehingga RM399.

Bagi yang tidak berpeluang hadir ke acara ini, anda masih boleh mendapatkan tawaran eksklusif melalui strim langsung 48 jam istimewa di TikTok WonderLab (@wonderlab_my) bermula 29 Ogos sehingga 1 September, setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

 

Published by
Amy Mohd