Nampaknya sekarang tengah trending kisah Husna, watak yang dilakonkan oleh pelakon Niena Baharun dalam drama Jangan Benci Cintaku. Watak sebagai wanita yang dikatakan perampas semua orang menjadikan Husna dibenci kerana sikapnya itu. Tetapi sebenarnya itu hanyalah dalam lakonan, kerana hakikat pelakon cantik manis ini sebenarnya isteri orang dan kini bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Anak adalah anugerah Allah tidak bernilai. Kalau boleh sebagai ibu bapa kita mahu menatangnya bagai minyak yang penuh. Dan jika diizinkan sebagai ibu mahu memberi susu ibu yang memang terjamin keselamatannya untuk diberi pada si kecil. Namun ada orang rezeki untuk memberi susu badan hanya untuk bulan-bulan awal sahaja dan sebagai ganti perlu memberi susu formula pada anak. Tak salah memberi susu formula, tetapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang diberi ini sebenarnya adalah susu formula tiruan.
Dalam hal ini kita tak menyalahkan pengeluar. Ini kerana jika barang lain pun boleh ditiru, tidak mustahil susu formula yang memang meningkat permintaannya turut ditiru juga. Lumrah manusia ini selagi boleh buat keuntungan, selagi itulah akan melakukannya tanpa memikirka nasib orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Seila Nawi menceritakan pengalamannya terbeli susu tiruan untuk anaknya. Sebelum it anaknya ditahan hospital selama 2 minggu disangka sakit biasa. Hinggalah dia menyedari rupa-rupanya kesan dari susu tiruan yang diminum.
Bermula dari mengalami muntah-muntah, demam yang bersilih ganti dan kulit jadi kemerah-merahan hinggalah mengeluarkan najis yang begitu busuk baunya. Ternyata pengalaman hampir dua minggu itu menyedarkan wanita ini yang anaknya terminum susu tiruan (sebelum ini tidak tahu punca dan menyangka masalah salah beri makanan) setelah mendengar berita mengenainya.
Baca pengakuannya di sini dan admin harap ibu-ibu di luar sana berhati-hati dengan perkara ini. Semoga anak-anak kita yang masih kecil dilindungi Allah dari sebarang bahaya.
Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.
Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.
Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;
Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.
Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.
*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*
Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.
Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.
Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).
Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.
Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.
Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.
Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.
Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.
Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.
Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.
Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac?
Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.
Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.
Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum?).
Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.
Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.
Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.
Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.
Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.
Minyak argan adalah salah satu ramuan yang anda lihat dalam setiap produk, dibaca dalam setiap artikel, tetapi masih tidak tahu mengapa, sebenarnya, ia sangat mengagumkan.
Penting memilih produk penjagaan kulit mahupun alat solek yang mempunyai manfaat dalaman. Minyak yang serbaguna ini banyak manfaat untuk kulit wajah. Jom semak kehebatan manfaat minyak argan.
Ternyata, setiap minyak wajah memiliki formulasi dan kadar penyerapan yang berbeza, menjadikannya lebih sesuai untuk jenis dan masalah kulit tertentu daripada yang lain.
Minyak argan, tidak terlalu berat, tidak terlalu ringan menjadikannya sempurna untuk digunakan pada semua jenis kulit. Ini penuh dengan asid lemak omega, vitamin E dan asid linoleat, semuanya berfungsi untuk melembapkan kulit anda dengan ringan, melembutkan tompok kering, bahkan mengurangkan jerawat. Pada dasarnya ini adalah makanan tambahan pelindung alam yang berkhasiat untuk kulit anda.
Wajah yang breakout bukan kerana kulitnya berminyak secara semula jadi, tetapi kerana kulit terlalu kering, rosak dan meradang akibat rejimen produk jerawat yang keras. Penghadang kulit yang rosak itu kemudiannya berlebihan dengan menghasilkan lebih banyak minyak yang dapat menyumbat liang. Minyak argan, bagaimanapun, dapat membantu memecahkan kitaran.
Vitamin E dalam minyak argan bukan sahaja bertindak sebagai anti-inflamasi utama untuk kulit merah dan reaktif, “tetapi juga membantu mengawal pengeluaran minyak kulit anda dengan menyeimbangkan tahap sebum anda. Selain itu, semua antioksidan yang terdapat secara semula jadi dalam minyak argan terkenal dapat menenangkan eksim dan memudarkan parut.
Ingin mengenengahkan persepsi baru dalam penggunaan bedak asas jenis kompak selari dengan trend terkini, Young & Glow mengambil kira fungsi penggunaan yang mudah, selamat, dan bersih dalam bekas serba emas bersinar yang bakal menjadi teman anda di dalam tas tangan.
Bedak asas kompak jenis krim ini mengandungi beberapa bahan natural istimewa pastinya minyak argan yang baik dalam melindungi kulit dari kerosakkan sinar matahari seterusnya mengurangkan kesan penuaan dan pada masa sama mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Minyak Biji Avocado bakal memberikan penghidratan pada kulit juga mengelakkan kulit dari masalah seperti jerawat dan pori tersumbat. Manakala ekstrak pudina menjadi ejen utama yang mengelakkan kulit menjadi rengsa juga melindugi kulit dari pencemaran udara dan radikal bebas.
Selain daripada pembaharuan bungkusan, Young &Glow Foundation didatangkan dengan saiz kuantiti yang lebih banyak iaitu 10g. Hadir dengan satu warna yang sesuai dengan jenis dan warna kulit anda, bedak asas ikonik ini bakal meliputi wajah dengan menyeluruh dan kekal sehingga lapan jam bersama tekstur yang ringan serta selesa pada kulit wajah. Sesuai digunakan buat kesemua jenis kulit Asia, bedak asas mesra whudu ini juga kini hadir dengan sijil Halal rasmi, ideal dimiliki oleh wanita muslimah moden masa kini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.