Warna Ungu Bukan Sekadar Obsesi, Ia Lambang Unik Dan Misteri

Share

Pasti sis semua ada seorang kawan yang suka akan terhadap warna ungu! Bukan sahaja beg tangan, malah, phone case, bekas hand sanitizer, dompet dan kalau boleh semua barang peribadi dan aksesori mereka akan berwarna atau berunsurkan warna ungu.

Belum lagi anda tanya mereka mengenai warna kegemaran, sudah tentu ramai penggemar warna ungu akan bersorak dan berani untuk menyatakan rasa cinta kepada warna ungu. Jadi ada apa dengan warna ungu? Mereka ini obses atau apa?

Satu warna yang kuat dengan makna dan sejarah

Hakikat kepada penggemar warna ungu, mereka tampak sangat bangga dengan warna kegemaran mereka. Tiada apa yang boleh mereka sembunyikan tentang rasa cinta terhadap warna ungu kerana pasti setiap barang peribadi mereka ada ‘terselit’ warna ungu.

Sebenarnya ada maksud tersirat melalui warna ungu yang membuatkan ia unik dan menjadi satu warna yang sangat ‘kuat’. Warna ungu juga di kaitkan dengan pelbagai makna termasuklah kebijaksanaan, kreativiti, kuasa, cita-cita, dan kemewahan. Ia juga boleh di kaitkan dengan makna magis, kemewahan, keamanan, kebangaan, dan kemerdekaan. Mengikut segi psikologi warna pula, warna ungu menunjukkan bahawa ia dapat manipulasi emosi dan tingkah laku.

Artikel berkaitan: Pilih Warna Baju Atau Tudung Mesti Ikut Warna Kulit? Guru Imej Ini Kongsi Faktanya

Menurut VeryWellmind, warna ungu juga sering di kaitkan dengan warna elit kerana pengeluarannya sangat sedikit dan juga susah di dapati di pasaran buat seketika waktu dahulu. Jadi ia di anggap sebagai warna elit kerana kebanyakan golongan bangsawan sahaja yang memiliki warna ungu dalam pakaian atau barang peribadi mereka.

Pada sekitar 1200 SM, Bandar Tirus (di sepanjang pantai Phoenicia purba) mula menghasilkan pewarna ungu dengan menhancurkan cangkerang siput laut yang kecil. Ungu Tyrian adalah warna yang terhasil dan menjadi begitu terkenal sehingga di sebut dalam ‘Illiad’ 

karya Homer dan ‘Aeneid‘ karya Virgil. Alexander the Great dan raja-raja Mesir juga memakai pakaian berwarna ungu Tyrian.

Warna ungu juga menurut tag, merupakan satu warna yang paling kuat dalam spektrum warna. Dalam bentuk cahaya, kelihatan kuat gelombang warna tersebut. Semakin kecil panjang gelombang, semakin kuat ia terjelas. Panjang gelombang warna ungu adalah sebanyak 400 nanometer yang menjadikannya warna terkecil tetapi paling kuat antara semua warna. Ini mungkin dapat di jelaskan mengapa ungu sering di kaitkan dengan magis atau ajaib.

Bagi mereka yang menggemari warna ungu, mereka sering di kaitkan dengan orang yang sangat unik, bijak, dan misteri. Sering kali mereka juga menjadi orang sangat posesif! Jadi jika sis mempunyai kawan yang gemar warna ungu, sudah tentu mereka akan bangga dengan fakta mengenai warna ungu ini.

Artikel berkaitan: Pandanan Warna Berani Aksesori & Pakaian Sedia Pakai Ini Tidak Akan Membosankan Gaya. Ini Petuanya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee