Warna Merah Untuk Anda Yang Seksi? Serlahkan Stail Anda Dengan Pilihan Warna Yang Terbaik Tahun 2021!

Share

Gaya yang sempurna ialah apabila anda yakin dengan warna yang anda sarungkan! Tidak kiralah warna-warna terang seperti merah, kuning, jingga mahupun warna-warni, semuanya mempunyai definisi sendiri dalam menterjemahkan personaliti diri anda! 

Memakai setiap satu warna boleh menambah ‘mood’ untuk melakukan apa jua aktiviti. Tetapi, adakah benar warna juga melambangkan personaliti? Well honey, check this out!

Miss Pinky!

Sumber gambar: Instagram Vivy Yusof

Pink is a new green! THEY ARE HOT! Merah jambu adalah lambang feminin. Pastinya para gadis yang sukakan rona ini adalah golongan yang sangat sweet,

sensitif, lembut dan sangat gemarkan gaya yang menonjolkan sifat keperempuanan. Dalam apa jua keadaan, pinky girls gemar berfesyen dan suka tampil cantik. Paling menarik, biarpun mereka kelihatan lembut, namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan apa jua cabaran!

Miss Earth!

Sumber gambar: Instagram Uyaina Arshad

Siapa yang tidak suka dengan pilihan rona hijau? Warna hijau tidak hanya melambangkan kesegaran! Malah, hijau juga berupaya menenangkan perasaan dan jiwa seseorang. Gadis yang menggemari rona ini sukakan keamanan, tidak mudah panik dan sentiasa tenang walau dalam kesusahan. Uniknya mereka apabila gaya low profile menjadi pilihan utama untuk menerajui kehidupan. Mereka juga mudah didekati walau sedikit pendiam dan pemalu!

Miss Diva!

Sumber gambar: Instagram Dato Seri Siti Nurhaliza

BRAVE ‘N SEXY!

Merah tanda cinta. Merah juga simbol keberanian. Gadis yang tidak lekang daripada warna ini memiliki personaliti menarik tetapi sukar dijangka. Sifat ingin mencuba dan berani memang mudah dilihat dalam diri mereka. Pantang dicabar, pasti mereka sahut dengan daya keyakinan yang tinggi. Mereka juga memiliki sifat anggun dan seksi yang semulajadi. Berilah apa jua helaian fesyen, mereka pasti bijak menggayakannya dengan penuh persona yang sensual!

Miss Sunshine!

Sumber gambar: Instagram Wany Hasrita

SO BRIGHT! Senyuman dan gelak tawa cukup sinonim dengan si manis yang sukakan warna kuning. Memiliki karakter yang ceria, easy going dan happy go lucky, sukar untuk melihat mereka berwajah muram. Tidak hairanlah mengapa mereka sungguh bijak, setiap perkara dalam kehidupan dilaluinya dengan berfikiran positif! Selain ceria, golongan ini juga suka membuatkan orang lain ketawa. Pendek kata, they are really fun to be with!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra