Ada dalam kalangan kita yang mempunyai warna leher yang sedikit gelap dari orang lain. Mereka yang alami masalah ini sentiasa berdepan dengan rasa malu oleh kerana sering di pandang orang sekeliling.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada hal ini seperti kesan bahan kimia dari produk kosmetik atau juga salah satu tanda diabetes.

Cari Ikhtiar Untuk Putihkan Leher

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Sebenarnya ada sahaja cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan satu tona warna kulit yang sekata buat mereka yang alami leher yang gelap. Mungkin perlu ikuti beberapa petua.

Artikel berkaitan: Minyak Kelapa Boleh Mencerahkan Kulit Wajah? Ini 5 Kebaikan Buah Kelapa Kepada Kesihatan Kulit Anda!

Ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu anda untuk mencerahkan warna leher yang gelap. Antaranya:-

Ads

Kentang

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Salah satu khasiat dari kentang adalah ejen mencerahkan kulit! Caranya adalah dengan memarut satu biji kentang dan perahkan jus daripadanya. Sapukan cecair itu pada leher dan biarkan sahaja selama 15 minit, kemudian bilas dengan air biasa.

Lidah buaya

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Mengandungi mineral dan vitamin, ia boleh mengurangkan kesan pigmentasi dengan mengehadkan pengeluaran melanin yang muncul pada permukaan kulit. Hanya perlu potong daun lidah buaya atau aloe vera dan ekstrak gelnya. Sapukan pada leher dan biarkan dalam setengah jam. Seusai masa berlalu, bilaskan dengan air!

Apple cider vinegar

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Ia boleh mengimbangi nilai pH dan menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit. Ambil dua sudu cuka Apple Cider dan campurkan ke dalam air. Celupkan bola kapas dalam larutan dan sapukan dengan rata pada kawasan yang gelap.

Ads

Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air.

Minyak badam

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Minyak badam mempunyai vitamin E yag boleh membantu mencerahkan warna kulit. Titiskan minyak badam dalam kuantiti yang sederhana dan urut pada bahagian leher selama beberapa minit. Biarkan sahaja ia meresap masuk ke dalam kulit.

Ads

Yogurt

Warna Leher Sedikit Gelap? Cuba Sapukan Yogurt Untuk Mencerahkan!
Sumber dari Canva

Kandungan enzim semula jadi dapat membantu mencerahkan kulit. Dua sudu yogurt segar diletakkan pada tangan dan sapukan dengan rata pada bahagian leher. Hanya perlu tunggu 15 minit sahaja dan sedia untuk bilas bersama air.

Artikel berkaitan: Hanya Lakukan Di Rumah Sahaja, 5 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Mencerahkan Kulit Kusam Anda!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI