Siapa bilang warna hitam itu membosankan? Jenama Chanel contohnya hadir dengan ilham inspirasi ‘little black dress’ pada tahun 1926 yang diterbitkan di American Vogue. ia menjadi simbolik dalam dunia fesyen saat itu apabila ramai yang mendambakan siluet ringkas yang seksi dengan padanan warna hitam yang menjadikan si pemakai lebih anggun, glamor dan ‘mahal’.
Malah, jika dilihat satu-persatu karya magis jenama antarabangsa mahupun lokal, warna hitam itu pasti menjadi salah satu warna yang menyempurnakan koleksi fesyen mereka. Sama ada musim panas ataupun musim luruh, warna hitam itu menjadi kunci untuk melengkapkan sebuah koleksi.
Hari ini, warna hitam tidak dipandang sebagai warna asas. Malah, perspektif masyarakat terutamanya pencinta fesyen sudah menganggap warna hitam adalah warna ‘brilliant’ yang menjadikan gaya keseluruhan kamu menarik!
Cara-cara untuk jadikan fesyen kamu tidak bosan dengan warna hitam.
Pilihan aksesori yang tepat boleh menjadikan keseluhan stail kamu lebih dramatik dan glamor. Tambahan pula jika kamu menghadiri majlis makan malam ataupun majlis yang mewah, ia mampu memberikan ‘bonus’ dalam penampilan kamu.
Contohnya, penggunaan warna ‘silver’ boleh memberi elemen mahal dan aksesori yang berwarna seperti merah dan kuning menaikkan aura ‘fun’ pada fesyen kamu. Tetapi, jika kamu memang meminati warna hitam, tidak salah sekiranya kamu ingin memakai aksesori yang juga berwarna hitam. Asalkan tidak melebih-lebih.
‘Outerwear’ dilihan sebagai ‘fashion statement’ yang mengubah keseluruhan gaya anda. Sama ada ‘oversized shirt’, ‘bomber jacket’, ‘cardigan’ ataupun ‘blazer’ ala kasual, pastinya menjadikan gaya hitam fesyen kamu tidak bosan.
Banyak jenama-jenama yang mampu milik seperti Monki, H&M, Cotton On mahupun Zara menyediakan rangakaian ‘outerwear’ yang kemas potongannya, sesuai untuk kamu peminat fashion. Nilai ‘sophisticated’ akan jelas terserlah apabila kamu menyarungkan ‘outerwear’ yang betul. Tetapi, usahlah kamu hasilkan gaya fesyen kamu yang berlapis-lapis, tidak kena pula dengan cuaca kita di Malaysia ini. Cukup sekadar 2 lapisan sudah memadai. Ingat, pilihan yang bijak menunjukkan kamu punya ilmu fesyen yang bernas!
Bagusnya untuk kamu yang berhijab, kamu boleh bermain dengan pilihan hijab yang berwarna-warni dan bercorak. Biarpun kamu menyarung keseluruhan fesyen kamu berwarna hitam, namun tonjolkan seri fesyen kamu dengan hijab yang bercorak serta berwarna.
Bukan itu sahaja, malah pemilihan fabrik yang betul seperti satin, lagi menaikkan nilai ‘mahal’ dan eksklusif. Tidak salah jika kamu memilih hijab agak meriah warnanya kerana ia membantu untuk menyempurnakan staiul kamu!
Kesempuraa dalam gaya fesyen kamu tidak lengkap sekiranya solekan yang dikenakan tidak kemas dan tidak sesuai dengan warna fesyen yang dipakai. Untuk warna hitam, lebih cantik sekiranya kamu mengenakan konsep solekan yang sedikit dramatik, ‘gothic’ ataupun glamor. Bukan mahu melebih-lebih, tetapi apabila solekan sebegini dipadankan dengan gaya fesyen hitam kamu, akan tampak lebih molek!
Ha! Tak susahkan sebenarnya untuk jadikan gaya fesyen kamu lebih menarik walaupun keseluruhan warna dari atas hingga ke bawah berwarna hitam. Selamat berOOTD!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramadan merupakan bulan di mana segala perbuatan kita perlu dijaga dengan lebih teliti kerana banyak perkara yang boleh membawa kepada kehilangan pahala puasa kita. Ini termasuk sekali dalam soal fesyen dan menutup aurat. Apa guna kita berpuasa tetapi tidak menutup aurat dan mengekalkan modesty sepanjang masa.
Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan stail kita. Mari Hijabista beri beberapa panduan untuk kekal bergaya sepanjang Ramadan.
1. Lilitan hijab
Dek kerana mahu cepat dan ringkas, ramai yang gemar mengenakan shawl instant atau semi-instant. Terdapat banyak cara yang mudah untuk melilit shawl tetapi kekal chic dan tidak rumit.
P.S: Jangan lupa untuk labuhkan sedikit hijab anda ya!
2. Kaftan
Jika anda tidak mahu memilih jubah sebagai busana sopan di bulan Ramadan, ayuh cuba kaftan! Ia bukan sahaja labuh dan longgar, malah ia lebih elegan dan juga lebih banyak variety untuk dipilih dan digayakan mengikut kesesuaian stail anda.
P.S: Pastikan anda memakai inner labuh jika kaftan anda jarang dan sheer ok?
3. Dres flowy
Bila masa lagi anda mahu gayakan dres flowy yang anda miliki kalau bukan sekarang? Jika lengannya 3/4, padankan bersama kardigan atau blazer untuk kekal modest dan sopan.
Gaya dan stail yang high taste tidak boleh mengalahkan attitude yang positif dan humble. Selalulah ingatkan diri bahawa pemakaian busana bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, ianya bertujuan untuk menutup aurat dan juga memberi impressi baik terhadap diri.
Senia Puspita antara contoh wanita yang memberi inspirasi kepada wanita lain dengan kecekalannya dalam membina perniagaan. Hijabi cantik ini memiliki semangat yang tinggi dengan bergelar usahawan sejak di kolej. Sejak itu Senia Puspita sudah pun berimpian untuk membuka perniagaannya sendiri.
Kegigihan Senia Puspita terus membara sehinggalah dia berkahwin.
Malah, kegigihannya dalam bidang keusahawanan semakin berkembang dengan sokongan daripada suami tercinta.
Kini, ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai beberapa rangkaian perniagaan.
Salah satunya ialah brand clothing Senia Couture untuk golongan menengah ke atasan.
Selain pemasaran dalam talian, Senia Puspita turut menjual produknya menerusi media sosial seperti Shoppe, Instagram dan Tiktok.
Turut Bergelar Pencipta Kandungan Fesyen
Bukan sahaja seorang usahawan, Senia juga menjadi rujukan fesyen.
Selain sebagai usahawan, Senia Puspita turut bergelar pencipta kandungan atau content creator yang membahas tentang rujukan outfit khusus untuk hijabi.
Contohnya, tip fesyen untuk outfit harian dengan gaya hijab yang menawan.
Mencari kasut larian boleh menjadi sangat luar biasa jika anda tidak tahu apa yang anda cari. Terdapat begitu banyak kasut larian dengan pelbagai jenis teknologi. Setiap kasut ini dibina untuk pelbagai jenis kaki.
Fokus pada bagaimana perasaan anda dalam jangka terawal memakainya. Ramai pakar mengatakan kasut berlari tidak semestinya dipecahkan, tetapi lebih selesa ketika larian pertama.
Walaupun kasut lari boleh jadi pelaburan yang mahal, kasut yang tepat akan membawa anda sejauh beberapa kilometer dan memastikan anda tetap selesa, sihat dengan semangat berlari.
Ciri-ciri sempurna untuk pelari wanita
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika tiba masanya untuk membeli kasut larian baru. Anda mahukan sesuatu yang selesa, menyokong, tahan lama dan pada masa yang tampak bergaya dengan ideal. Reka bentuk adalah senjata besar jenama Nike, falsafah reka bentuk dan penampilan yang bergaya ke trek mahupun ketika bergaya kasual.
Berlari di jalanan bukan satu perkara yang asing bagi anda yang menjalani gaya hidup sihat malah sebagai wanita yang mementingkan gaya pasti pilihan sepasang kasut larian di jalanan berbeza sama sekali di atas trek.
Nah! Nike React Escape Run, direka dan disesuaikan untuk wanita, ia mempunyai permukaan yang lebih lebar dan perincian bersulam. Kusyen berlapis memberikan rasa lembut dan responsif semasa dalam perjalanan. Dengan midsole yang dibuat dengan ‘React foam’, pelapik kaki paling tahan lama dan kenyal, Nike React Escape RN adalah kasut larian yang bergaya untuk wanita. Kerana berlari lebih daripada sekadar latihan ia adalah cara untuk mengatur semula dan mempraktikkan rawatan diri. Empat ciri utama koleksi terbaharu Nike buat anda tidak perlu fikir berulang kali untuk memilikinya.
1. Direka Untuk Pelari Wanita
Pembukaan kolar yang lebih lebar khas untuk pergelangan kaki wanita. Kajian menunjukkan bahawa pergelangan kaki wanita rata-rata 4–5mm lebih besar berbanding pergelangan kaki lelaki. Dengan ini, kasut membantu memenuhi keperluan anda dengan permukaan yang empuk yang dibina untuk bentuk kaki anda.
2. Melangkah dengan selesa
Kajian NSRL (Makmal Penyelidikan Sukan Nike) menunjukkan bahawa atlet wanita menikmati rasa yang lebih lembut dari bantalan kasut ini. Bahagian tengah menggunakan Nike React foam yang ringan untuk perjalanan yang responsif dan tahan lama. Ketinggian foam yang lebih tinggi memberikan sensasi halus untuk keselesaan pada setiap langkah.
3. Gaya hidup sihat di bandar
Kasut ini sangat sesuai untuk berlari di bandar. Daya tarikan pelbagai arah membantu memberikan kestabilan bagi sebarang kejutan yang mungkin anda hadapi di laluan anda. Bahagian luar getah yang sukar dibina untuk kekukuhan turapan.
4. Pandangan Segar ketika Berlari
Elemen bersulam dan reflektif membuat pembinaan premium yang dibuat sepanjang hari anda dari tempat kerja hingga senaman. Titik sentuhan di kolar dan lidah memberikan rasa biasa ketika anda meluncurkan kaki ke kasut.
Kasut larian terbaik adalah kasut yang terasa paling selesa di kaki anda dan sesuai dengan kaki anda. Sekiranya anda mahu memiliki koleksi terbaharu Nike React Escape Run boleh terus beli di atas talian atau klik di pautan ini di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...