Peristiwa tembakan di Masjid Christchurch sebelum solat Jumaat hari ini begitu memeranjatkan seluruh dunia. Dalam laporan Awani, setakat ini pihak berkuasa New Zeland mengesahkan 49 maut sementara 48 lagi cedera dalam kejadian di dua masjid berkenaan.
Senario dianggap hari duka negara Kiwi yang sangat menggemparkan ini turut menyentuh simpati semua pihak dan salah seorang adalah pelakon Wardina Safiyyah yang kini menetap di Australia.
Dalam posting terbarunya di laman instagram, Wardina turut menulis dia yang berada di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch.
Menurutnya benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ianya akan bertukar menjadi benci dan menjadi benci yang melampau.
Saya di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch. Benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ianya Akan bertukar menjadi benci. Benci yang melampau. From hate things like these are only waiting to happen.
Dalam pada sebagai seorang ibu prihatin dia juga turut memberitahu salah seorang anak gadisnya, Amna tentang kejadian tembakan berkenaan dan memberi pesanan supaya berhati-hati.
Posting ini mendapat respon dari netizen yang rata-rata turut mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah melindungi keluarga ini yang berada di Australia.
azubairsb Stay safe kak.. my prayers are with the muslim community in Australia and NZ. May Allah protect all of you.
rubiadaibrahim sedih sangat dengan berita ni..kak dina, take care ya di aussie!
lavender_ila Take care wardina n famili di sana..
annurabadi Take care kak dina, moga Allah melindungi mu dan saudara kita yg lain..
Sementara itu melalui Utusan Online, Mufti Wilayah Persekutuan, dalam khutbahnya hari ini berkata umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand hari ini meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesemua mereka yang maut itu meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat Jumaat dan mahu mengadap Allah.
“Mereka mengadap Allah dalam keadaan berwuduk dan dalam rumah Allah. Dalam keadaan menanti untuk solat berjemaah.
“Kesemua itu kebaikan demi kebaikan. Mati dalam husnul khatimah. Kita mengharapkan mereka diganjari dengan balasan yang sebaiknya di sisi Allah.
“Ditempatkan mereka sebagaimana di sebut ‘mereka itulah akan bersama para nabi, para siddiqin, para shuhadah dan juga para solehin. Yang mana mereka inilah golongan yang terbaik yang Allah ganjarkan kepada mereka,” kata Dr. Zulkifli dalam khutbah Jumaat yang disampaikannya hari ini.